Suasana dirumah Encik Izman menjadi kacau-bilau. Sana sini bergaduh. Motor yang lalu lalang tak henti-henti terdengar.
"Apa masalah kau sebenarnya?" Tanya Ophelia yang memandang Qila dengan penuh tajam.
"Aku memang tak ada masalah. Yang bermasalah sekarang ni, yang kau nak berkepit dengan laki orang dah kenapa? Tak ada jantan lain ke? Habis ke jantan lain dekat dunia ni?" Tanya Qila dengan serius. Ophelia yang terasa mengubah reaksi mukanya agar tetap profesional.
"Bila masa pula aku ni nak berkepit dengan laki orang? Dah mak cik ni yang bawa aku." Jelas Ophelia yang berdiri sambil menyilangkan tangannya.
"Kau jangan sampai kau tak ada rambut eh. Muka kau yang macam hauk ni, aku simbah juga dengan minyak masak nanti!" Geram betul hati si Qila ni. Sampaikan rambut Ophelia sanggup dibotakkan.
"Akak! Sabarlah. Kita ni dekat rumah suami Adira ni. Tak sopan tau kita bergaduh dekat rumah orang." Bisik Syafiqah yang masih mencuba menenangkan kakaknya.
"Kak Qila. Sudahlah eh. Tak baik bergaduh. Kita bincang elok-elok jangan bergaduh. Nanti cepat tua kata orang."
"Adira! Takkan kau nak biarkan perempuan ni gangguan rumah tangga kau." Tiba-tiba nada suara Qila berubah lembut apabila bercakap dengan Adira. Takkanlah kita nak tengking orang yang tak bersalah kan? Suami Adira hanya perhatikan jelah.
Adira memandang Ophelia. Semua orang tidak tahu bahawa Ophelia dan Adira merupakan adik kakak. Namun, Adira memutuskan untuk merahsiakan semuanya, termasuk Ammar. Ammar yang sepupu dekatnya pun belum tahu kalau Puan Husna sudah mempunyai anak.
"Ye, Adira tahu. Tapi, kan elok kalau kita berbincang. Ada masalah kita selesaikan."
"Tak masalah dia sekarang ni! Perempuan ni.." tangan Qila cuba mengugut rambut Ophelia. Lengan bawah Ophelia yang masih disilangkan, langsung ditarik Aryan ke belakang. Ophelia yang terkejut hanya terdiam.
Ammar yang melihat dari jauh badannya bagaikan dibeku.
"Alamak! Gunung berapi dah nak meletup." Ujar Ammar dan langsung berlari ke dalam bilik untuk menghampiri Adira. Adira yang lihat hanya memegang tangan Aryan yang memegang lengan bawah Ophelia seketika berhenti. Suasana sunyi. Mata tertumpu ke arah Aryan dan Ophelia.
"Kenapa tengok aku?" Tanya Aryan yang memang tak tahu nak rasa bersalah. Siap bertanya lagi. Puan Siti yang menunjukkan, semakin membuat Aryan tidak mengerti.
Ammar yang dari belakang langsung meleraikan pegangan keduanya. Dan terjadilah suatu keadaan dimana Ammar menjadi orang tengah. Adira menoleh ke arah Qila dengan perlahan.
Fuh mat, gunung berapi memang meletus mat. Mentang-mentang Qila masih marah dekat Ophelia, dibiarkan Qila tu bergaduh dengan Ophelia. Suasananya, perghh sangat bising.
"Ya Allah Qila!"
"Akak sudahlah!"
"Wey sabar wey!"
"Sayang mengucap! Astaghfirullahalazim!"
Mak cik Jenab yang tidak mahu masuk campur langsung meninggalkan rumah Encik Izman. Pergi dengan kereta Honda. Uii, korang nak pinang mak cik Jenab ni tak? Kaya orangnya walaupun dah tua dan bukan gadis lagi.
"Wey wey wey! Kaki aku jangan dipijak!" Ammar berteriak apabila kakinya dipijak dengan kasut tumit tinggi Ophelia. Perghh, sakit mat bila kaki dipijak.
"KAKI AKU!" Suasana semakin menjadi. Aryan yang sudah tahu, menjadi rasa bersalah terutama terhadap isterinya. Langkah demi langkah menuju ke arah Adira. Kepalanya diletakkan di atas bahu Adira. Tangannya pula memegang lengan Adira.
"Sorry." Ujar Aryan dengan nada yang rendah.
Eitsss seperti yang kita ketahui di bab pertama, Syafiqah mempunyai 1 adik bongsu perempuan bukan? Yeup dia masih mempunyai 1 kakak perempuan yang sudah lama berkahwin dan mengikuti suaminya. Dan dalam erti kata lain, Syafiqah anak urutan ketiga.
Medengar Adira tidaj bersuara, ia menoleh ke arah Adira dengan kepala yang masih di bahu Adira.
"Awak?" Adira menoleh ke arah lain. Ia tidak ingin matanya bertembung dengan mata Aryan, "Hey sweetie.." meremang bulu roma Adira. Ophelia yang melihat yang masih bergaduh dengan Qila, langsung pergi dengan muka cemburunya.
"Ha tahu pun kau pergi!" Semua mereka kehabisan tenaga semata-mata hendak menenangkan Qila. Takut, anak orang mati nanti dikerjakan.
Aryan memandang Ophelia yang semakin menjauh dan menjauh. Ingatannya kembali berputar dan bermain di kepalanya.
"Aryan. Awak janjikan, awak tak tinggalkan aku?"
"Heh, jangan risaulahlah. Nanti bantuan akan datang."
"Tapi..kalau aku menghilang kau masih cintakan aku?"
"Dahlah jangan banyak cakap. Kau tu luka teruk."
Ingatannya kembali kepada masa sekarang. Aryan cuba melupakan segalanya. Ia mengangkat kepalanya dan terus pergi. Adira yang ditinggalkannya hanya dapat melihatnya menjauh pergi.
"Kenapa dengan dia tu?" Gumam hati Adira yang tampaknya ingin tahu. Telefon yang diletakkan dipoket kembali berdering. Aryan mengeluarkan telefon untuk melihat siapa yang mesejnya untuk kali ini. Gambar yang berbeza namun penghantarnya masih nombor orang yang sama.
Difoto tersebut diperlihatkan gambar Adira dari kejauhan.
"Ni bukannya bukit yang atas sana?" Tanya hati Aryan. Ia menoleh. Yang ia nampak dari kejauhan hanyalah semak-samun.
Aryan melangkah dengan laju untuk menuju ke keretanya diletakkan di belakang. Depan belakang letak kereta boleh je asalkan jangan letak di dalam sudah.
Alang-alang sahabat Adira di rumah Encik Izman, Puan Siti langsung menjemput mereka untuk masuk ke dalam rumah.
"Qila..minum air sejuk ni. Untuk legakan kemarahan tu." Usik Puan Siti.
"Bismillahirrahmanirrahim." Meneguk air sejuk yang dihidangkan.
"Kak, perlahan-lahanlah minum air tu. Nanti tersedak."
"Alhamdulillah." Meletakkan semula air sejuk yang diteguknya. Syafiqah yang melihat hanya dapat ternganga jelah.
"Ni Qila. Asal marah tadi?" Tanya Puan Siti.
"Ee mak cik. Mata saya ni memang pantang melihat orang macam dia ni datang ke rumah mak cik! Bukan apa, si Aryan tu kan dah kahwin. Mana boleh si perempuan muka hauk tu datang nak menggoda laki orang!" Ada betulnya juga apa yang dikatakan Qila. Fikirannya sama dengan fikiran Puan Siti.
"Tapi kak Qila, janganlah sampai marah macam tu sekali. Kesian si Ammar tu. Kaki dia dipijak berkali-kali." Ujar Adira yang dari tadi melihat Ammar menringis kesakitan.
"Bergaduh dahlah tak nampak kaki orang." Bebel Ammar. Ia bangun dan pergi ke belakang bilik. Qila yang bersalah hanya menundukkan mukanya.
Mereka pun bersembang di bilik tamu. Ada yang bersembang tentang cerita ada pula yang bersembang tentang nak kahwin. Aryan yang pergi entah kemana menelefon Azlan.
"Assalamualaikum."
"Walaikumusalam. Ni Azlan aku nak bertemu dengan kau."
"Ai..kenapa marah bagai ni?"
"Nantilah kau tanya. Kau ada di rumah ke?"
"Yeup.."
"Aku akan kesana. Assalamualaikum." Dimatikan telefon. Belum sempat menjawab telefon dah dimatikan.
"Asal dengan dia ni gelabah?" Azlan membuka tirai. Baru je nak buka, kereta yang parking di hadapan rumahnya langsung pergi. Azlan yang melihat pun pelik.
Disisi Adira pula. Ia sibuk mencari sang suami.
"Aik, mana pergi dia ni?" Di carinya dibilik kerja Aryan tetap tidak ketemu. Niat nak mencari pun terbatallah saat ia tidak sengaja melihat suatu buku diatas meja.
Ia menuju ke arah meja. Tapi sebelum tu, apa kata kita tengok sekeliling dahulu, manalah tahu tetiba ada orang kan.
"Lan, dari haritu orang ni asyik tangkap gambar bini aku." Menunjukkan nombor telefon kepada Azlan. Azlan pun rasa pelik. Yelah, tak akan ada orang berani tangkap gambar perempuan secara senyap en, kecuali ada niat jahatlah, tapi yang tu lain cerita.
"Aku tak rasa pun orang ni memang sengaja." Aryan tiba-tiba terfikir.
"Jadi kau nak simpulkan bahawa orang ni kenal bini aku?" Tanya Aryan dengan menyilangkan kakinya.
"Mungkin. Tapi aku teringat akan seseorang." Memandang mata Aryan. Aryan yang tahu terdiam.
"Tak maksud aku, antara dia atau orang lain." Keduanya berfikir keras.
"Wey. Aku ada idea. Apa kata kita pergi tanya unit Kapten Arshaq? Manalah tahu mereka dapat tahu siapa pemilik nombor ni."
"Malaslah."
"Alah kau ni kan asyik kata malas je."
"Lain kali." Bangun dan keluar dari rumah Azlan. Azlan tak ada dayalah nak pujuk orang macam dia ni.
Adira agak terkejut saat membaca buku yang ditulis oleh Aryan. Ia tentang cintanya kepada Ophelia. Ophelia merupakan kekasih pertama Aryan. Pada waktunya, keduanya merupakan satu sepasukan yang sama. Tetapi Ophelia menghilangkan diri saat menjalankan misi.
Entah bagaimana khabarnya tiada yang mengetahui. Encik Arshaq yang sedaya upaya mencari Ophelia, tiada tenaga lagi. Orang suruhan pun semakin bosan mencari keberadaannya. Jadi, kes Ophelia ditutup dan menjadi misteri.
Saat membuka halaman baru, disitu ada tulisan yang berbeza lagi. Melihat tandatangan di bawah, Adira tahu itu tulisan Ophelia. Tengah asyik melihat isi buku, laci meja Aryan yang terbuka sedikit menarik perhatiannya.
"Kamera?" Membuka kamera untuk melihat isinya. Isi di dalamnya video dan gambar Aryan beserta pasukannya.
"Ophelia! Aku nak tanya. Siapa kekasih hati awak?" Di dalam video Ophelia malu menyebutnya.
"Aryan." Azlan yang mendengar langsung terkejut. Menutup kamera dan langsung pergi meninggalkan bilik tersebut. Tetapi dirinya lupa untuk menutup semula laci yang telah ia buka.
Share this novel