Bab 15

Romance Completed 9626

Puan siti menjadi penat saat melayan kerenah Qila yang tak henti-hentinya marah kepada Ophelia. Di belakang ia melihat Ammar duduk seorang diri dengan ditemani buku. Ia menghampiri Ammar yang sedang asyik melukis.

"Ai Ammar. Tengah buat apa tu sampai jauh sangat termenung?"

"Eh tak adalah mak cik. Tengah melukis ni ha." Puan Siti duduk disebelah Ammar.

"Cantiknya lukisan." Mendengarnya, Ammar terkejut. Ia memandang Puan Siti seperti ia memandang ibunya waktu masih kecil.

"Gambar apa tu? Gambar family ke?" Tanya Puan Siti. Ammar mengangguk. Encik Izman pun menghampiri keduanya untuk melihat apa yang tengah mereka buatkan. Rasa ingin tahu Encik Izman ni memang tahap 10 kali lipat.

"Canti lukisan ni. Ni siapa perempuan ni?" Tanya Encik Izman menunjukkan ke arah lukisan seorang perempuan.

"Tu...ibu saya."

"Ohh ibu. Jadi tema nya tema keluargalah." Ammar mengangguk lagi.

"Ni saya nak tanya Ammar." Ammar meletakkan lukisannya ketepi. Encik Izman yang sudah tertarik dengan lukisan mengambil lukisan Ammar.

"Kenapa..lukis gambar family? Rindu ke?" Badan Ammar tidaj boleh duduk diam.

"Saja."

"Beritahu jelah mak cik. Jangan nak dirahsiakan."

"Nak keluarga yang bahagia dan adil dalam membahagikan kasih sayang." Encik Izman yang tadinya tak henti melihat lukisan Ammar, perlahan-lahan diletakkannya disisinya.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Aku dahulu bukannya pandai sangat dalam mata pelajaran. Semua adik beradik aku pandai dan aku seorang je yang tak pandai. Aku tak membawa apa-apa yang dapat menggembirakan hati mereka. Aku hanya membawa keputusan yang mengecewakan. Keputusan yang aku anggap baik pun aku dah bangga mak cik. Tapi dunia kata lain, itu pun bukannya baik sangat."

Encik Izman mengeluh.

"Jangan takut sangatlah dengan kata orang. Jadikan semuanya sebagai motivasi awak." Menepuk bahu Ammar. Aryan yang tiba-tiba muncul dari sisi ibunya.

"Ibu."

"Astaghfirullahalazim!" Ketiga-tiga mereka terkejut.

"Mana Adira?"

"Manalah ibu tahu. Tadi last ibu nampak dia pergi kat atas. Sekarang ibu tak tahu dia pergi mana."

Aryan pun pergi untuk mencari Adira.

"Habislah aku." Gumam hati Adira.

"Adira?" Panggil Aryan. Tetap tidak menjawab. Adira yang mendengar panggilan gelabah. Entah apa yang dibuatnya sampai gelabah.

"Sayang?" Noh, dipanggil sayang tetap Adira tidak menjawab.

"Sa-" Aryan melihat Adira sedang berlari ke arahnya.

"Apa yang kau buat ni?" Tanya Aryan dengan pelik.

"Salam hormat Tuan Aryan Hadi! Saya Evie Adira ingin menyampaikan sesuatu bahawa.." Adira tidak berani meneruskan perkataannya.

"Bahawa apa? Apa lagi yang awak lakukan?" Tanya Aryan yang memang sudah tahu perangai sang isteri bagaimana. Ia membongkokkan sedikit tubuh badannya agar isterinya tidak mendongakkan kepala.

"Bahawa...kereta abang tercalar. Dan saya tidak sengaja melakukannya." Menundukkan kepala. Mendengar riuh, Puan Siti bangun untuk melihat. Aryan yang mendengar, tidak tahu berkata apa.

"What?"

"Mampuslah aku!" Gumam hati Adira. Dirinya bagaikan berada di zone bahaya. Adira memandang ke arah mata Aryan. Tetapi dirinya menolak saat melihat mata Aryan tajam benar memandangnya.

Aryan menarik nafasnya. Adira dengan segera memeluk sang suami.

"Lah, Adira minta maaf. Adira tak sengaja." Rayu Adira. Puan Siti yang tidak mahu mengganggu keduanya berundur kebelakang. Ia tersenyum melihat tingkah laku keduanya.

"Kau ni kan nakal sangat. Ayam minggu lepas pun kau lepaskan. Sekarang ni kereta aku. Haritu kereta aku dah tercalar, sekarang kau tambah lagi." Hayoo, Aryan dah marah...

"Lah, saya tak sengaja. Saya nak ambil kucing yang ada kat atas rak!" Masih dalam pelukan. Aryan cuba melepaskan pelukan Adira. Punya kuat pelukan Adira sampai tak boleh nak lepas.

"Sekarang ni kau calar kereta aku. Esok lusa kau nak lepaskan kambing pula ke?"

"Okay! Kalau abang tak boleh nak maafkan Adira. Adira sanggup buat apa yang abang mahu. Tapi, satu je. Jangan banyak sangat." Aryan tersenyum jahat. Adira tak tahu kalau sebenarnya di hati Aryan dah maafkan dia.

"A-abang jangan macam-macam." Mata Aryan tak habis-habis memandang bibir Adira. Adira yang segera tahu, menutup mulutnya.

"Eh jangan jangan jangan! No. Anda dilarang."

"Kenapa tak boleh? Dah kahwin en?"

"Tapi kalau permintaan lain boleh saya tunaikan. Tapi ini tidak! Macam...tangkap harimau ke, tangkap buaya ke, terjun dari atap ke."

"Permintaan kau tu, diluar kotak. Kau bertemu dengan harimau dah bersembunyi dekat belakang aku. Apatah lagi tangkap."

"Tetap tak nak!" Adira berlari. Aryan yang suka mengusiknya hanya tersenyum sambil melipatkan tangannya. Tapi, sebelum itu, Adira sempat memaut leher Aryan sehingga tubuhnya membongkok. Satu ciuman pada pipi punya singgah.

Adira menjerit seperti bertemu dengan ular. Sebaik menjerjt, Adira lari menutup mukanya. Tapi larinya tak relax dho. Berlari lintang pukang.

Aryan reaction



Walaupun luar je nampak macam cool tapi hati dia itu, perghh mat berbunga mat. Adira yang berlari detak jantung laju. Macam rasa nak tertanggal jantung dia tu.

Aryan masih tersenyum. Saat melihat kebelakang, seperti biasa orang pertama yang selalu naikkan darahnya ialah Ammar.

"Kau dah kenapa senyum seorang diri?"

"Allah." Muka Ammar membuatkan reaksi tersenyum jatuh.

"Kau single tak payah nak masuk campur."

Damage 10 kali lipat.

"Eh, kau jangan cakap macam tu. Kau kejap lagi, kereta kau tu aku calarkan juga nanti."

"Kau berani calarkan kereta aku? Kereta McLaren kau tu, aku pijak pakai lori habis. Habis."



"Uiina, kasar nampak."

"Sudah sudahlah korang berdua tu bergaduh." Mampus korang berdua, ditarik Encik Izman telinga. Tak kira, anak ke bukan ke Encik Izman tarik telinga keduanya.

"Bukan korang je ada kereta saya pun ada. Saya punya kereta Lamborghini ma.." Uish dah tua masih kaya tau. Ha, jangan pandang rendah dekat Encik Izman ni. Walaupun umur dah tua, tapi perangai masih ala-ala orang muda tau.

"Dah tua pun tak nak kalah." Ujar Puan Siti.

"Korang tak nak kalah, aku pun tak nak kalah." Ujar Puan Siti.

"Ha sudah." Encik Izman pasrah.

"Aku ada kereta Supra."

"Adira pun ada!" Semua mereka menoleh ke belakang.

"Adira ada kereta Lamborghini darab 100 Mercedes 4." Ni jenis manusia memang tak nak kalah ni. Semua mereka ketawa ketika mendengar Adira yang memang tak nak kalah dari orang lain.

~

"Eh mak cik!" Sapa Ophelia dengan kasar. Mak cik Jenab hanya memandangnya dengan tiada perasaan.

"Asal mak cik tak nak pergi mampus je eh?"

"Jaga sikit mulut kau tu Ophelia!"

"Ha? Nak jaga mulut aku? Mulut aku memang macam ni lah. Kau baru tahu? Kesian."

"Apa yang kau nak? Sekarang aku dah bawa kau jumpa Aryan dan keluarganya. Sekarang apa lagi yang kau nak?"

"Aku nak mak cik suruh ibu Aryan izinkan aku tinggal di rumahnya." Menghulurkan 1 sampul dan didalamnya diisi dengan duit yang banyak.

"Uii, kau dah melebih dah kau. Aku yang mulut puaka ni, tak sampai macam tu sekali tau." Ophelia ketawa mendengarnya. Memuji diri sendiri?

"Oh yeke? Yang kau tu tak terima Adira tu maksudnya apa? Suka hati kau je kan nak suruh orang ceraikan isteri orang. Tapi bila aku buat macam tu, kau tahu pula? Senang eh nampak kesalahan orang tapi kesalahan diri sendiri tak nampak?" Terdiam. Mak cik Jenab yang mendengar memang panaslah hatinya.

"Okay! Kalau mak cik tak nak aku simpan duit ni. Biar meringkuk anak mak cik dekat penjara. Dahlah anak pembunuh, ibunya pula sama-sama jahat."

"Zamira Afreen!" Ophelia yang mendengar langsung terkejut. Nasib baik tak makan pelempang untuk kali kedua.

"Kau jangan sampai aku bongkarkan semua kejahatan kau selama ini kepada adik kau!" Kedua-duanya sama-sama memberi ancaman. Ophelia yang tidak tahu hanya memandang mak cik Jenab.

"Beritahu apa?"

"Kau kan penyebab ibu Adira mati." Wajah Ophelia yang tadinya senyum kembali bertukar.

"Ibu kau dan engkau bersepakat nak bunuh keluarga Adira kan? Kau ingat aku tak tahu ke? Kau jangan ingat aku dah tua aku tak tahu apa-apa."

"Eh mak cik tua! Kau ni apahal sibuk pasal orang!? Dan macam mana mak cik tahu kalau aku pembunuhnya? Mak cik lihat ke dengan mata kepala mak cik? Tak en? Jangan nak tuduh aku sembarangan eh!"

"Tak payahlah nak sembunyikan perkara sebenar. Aku dah tahu dah." Ophelia bagaikan tidak percaya apa yang baru sahaja dikatakan.

"Dan kalau nak dikatakan, kau memalsukan nama kau. Nama sebenar kau Zamira Afreen bukan Ophelia pun." Disitulah Ophelia ketawa besar. Ophelia mengeluarkan telefonnya.

"Mak cik nak pilih mana? Mak cik nak tolong aku ataupun nak bongkarkan segala yang tak pernah aku lakukan? Kalau kedua pilihan mak cik, okay. Anak mak cik ni dalam keadaan berbahaya." Menunjukkan anak perempuannya yang diikat di bangku. Sedia dibunuh dan hanya menunggu waktu.

Pilihan adalah hanya di tangannya.

"Kau ni memang perempuan gila, kau tahu tak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience