Bab 20: Unknown

Romance Completed 9626

"Cherchez les deux jusqu'à ce que vous les trouviez! (Cari mereka berdua sampai temu!)" Adira dan Zulaikha bersembunyi di balik pohon besar. Memang ngam dengan tubuh keduanya yang kecil.

Semakin orang bawahan Zahir mendekati, Adira dan Zulaikha terpaksa mengelilingi pohon tersebut.

"ZAHIR! Mana Adira!" Teriak Ammar. Aryan berada di tingkat atas. Kebetulan Zahir di tingkat atas bersama Puan Husna. Puan Husna dijadikan tembusan. Keluar seorang bawahan Zahir dari sisi kanan membuatkan Aryan terpaksa menembaknya. Belum apa-apa dah meninggal di tempatnya.

"Go." Menyuruh Puan Husna untuk pergi hadapan. Awalnya menolak, Zahir yang tiada ada masa akhirnya menolak Puan Husna. Hampir sahaja kepala Puan Husna ditembak.

Aryan memberi isyarat agar Puan Husna ketepi dan pergi dari tempatnya. Puan Husna faham dan pergi meninggalkan Zahir.

"Ne jouez pas avec nous! (Don't play with us!)"

"Let's go out now. We don't have time to play hide-and-seek." Ujar kedua bawahan Zahir. Adira dan Zulaikha ingin melarikan diri namun keduanya takut jika kena tangkap.

Semakin langkah Aryan mendekat semakin bersedia Zahir untuk melarikan dirinya. Belum apa-apa tangan Aryan ditarik sebaik sahaja Zahir melihat senjatanya.

"Selamat bertemu lagi." Sapa Zahir dengan senang hati. Di bawah telapak tangannya ada sebilah pisau disembunyikan. Bunyi pistol bergema di dalam bangunan. Ammar yang mendengar bergegas ke tingkat atas.

"Got you!" Teriakan Zulaikha terdengar. Nasib baiklah ada Adira yang sempat menolong. Batu dipukul ke kepala bawahan Zahir, seketika pengsan. Bunyi tembakan terdengar. Nasib baiklah tembakannya tersasar jauh.

Azlan yang mendengar menghentikan tembakannya.

"Sir-" Tempat persembunyian Azlan ditemui oleh musuh.

"We gotta move!" Azlan bersama seorang penembaknya terpaksa bergerak ke arah lain.

"Ay sir! Where we going?!" Tanyanya kepada Azlan.

"Beritahu Tuan Arshaq ada suara tembakan dari arah sisi kanan! Mungkin sahaja itu Adira!" Arahan Azlan langsung dituruti.

"Tuan Arshaq! Kami berdua mungkin dah menemui jejak Puan Adira! Dia mungkin melarikan diri ke hutan!" Pemberitahuannya segera didengar oleh Aryan dan Ammar.

"Pintar budak tu larikan diri." Ujar Zahir dengan nada yang kecil.

"Angkat tangan awak Zahir! Menyerah kalah je!" Ujar Ammar. Zahir yang memang susah ditegur tidak mahu mendengarkannya.

"Aryan, count on me." Ia memandang Ammar di sampingnya. Aryan yang memang faham apa yang dimaksudkannya menepuk bahu Ammar untuk menggantikan posisinya.

Zahir tersenyum. Entah apa yang membuatnya tersenyum.

"Ammar?"

"The last time we met was when I got caught by you, right?" Ammar tidak menjawab. Ia lebih mendiamkan diri. Meskipun Ammar dah menutup mukanya, suaranya tetap Zahir kenal.

"Nice to meet you again." Mengangkat kedua tangannya lalu berlari ke belakang. Ammar yang ketika itu memang serius segera mengejarnya. Belum sampai beberapa meter, tubuh badan Ammar ditolak ke pintu kaca sehingga pecah.

Zahir yang ditolong langsung meninggalkan orang bawahannya. Ammar yang ketika itu sedang berlawan dengan orang bawahan Zahir.

Adira dan Zulaikha terus berlari. Tembakan demi tembakan dilepaskan.

"This way!" Namun, sayang sekali kaki Zulaikha terpaksa tersangkut. Azlan yang masih mengejar dari belakang membawa senjatanya yang berat.

"Akak Zulaikha bangun!" Memapah Zulaikha untuk tetap berlari. Berkali-kali Adira melihat ke belakang. Berlari dan berlari agar terhindar dari orang bawahan Zahir.

"Where you want to go?!" Ternyata orang yang mengejar keduanya berjaya mengesan jejak keduanya. Tapi nasib baiklah Azlan datang dengan waktu yang tepat. Azlan kalau berlari memang mantap, memang nombor 1.

Aryan berlari ke arah hutan. Adira dan Zulaikha melarikan diri sebaik sahaja diberi arahan untuk menjauh. Zahir pula berjaya meluluskan dirinya. Ammar pula tengah berusaha melawan orang bawahan Zahir.

Badanya gemuk. Kalau nak dibandingkan tubuh Ammar lebih kecil di matanya.

"Akak bangunlah!" Adira yang ketakutan menyuruh Zulaikha untuk bangun dan tetap untuk teruskan berjalan. Zulaikha yang tiada daya harus tersungkur lemah.

Saat itu baru Adira perasaan sesuatu yang tidak kena. Tanganya berada di perut Zulaikha. Saat itu, Adira merasa telapak tangannya basah. Ia menarik tangannya dan melihat sesuatu pekat melekat pada tangannya.

"Darah?" Perut Zulaikha mengalirkan darah. Entah dari mana ia dapatkan Adira tidak tahu. Adira yang risau mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahannya. Kepalanya ke sana sini menoleh.

"Kejap! Bertahanlah dahulu. Adira akan mencari bantuan okay!" Baru memusingkan badan Adira dipukul sehingga pengsan. Kepala kalau dipukul memang berdarah.

"Adira.." panggil Zulaikha dengan lemah. Ia melihat Puan Husna berdiri di hadapan Adira.

"Mak cik...." Zulaikha cuba bangun dengan menekan pendarahan pada perutnya. Benda yang dipegang Puan Husna diletakkan begitu sahaja. Tangannya dileher Adira yang tiada daya nak melawan.

"Puan Husna!" Panggil Zulaikha. Namun, fikiran Puan Husna berkata lain. Lebih baik kalau Adira mati sahaja di tangannya sendiri. Dengan tiada belas kasihan Puan Husna mengeluarkan sebilah pisau di poket bajunya. Sedia menusuk. Tangannya dah diangkat.

"Puan Husna!"

Bunyi tembakan di hutan pun terdengar. Bunyi siren polis terdengar dari mana-mana arah.

"Zahir berjaya melarikan diri Tuan." Tuan Arshaq yang mendengar menarik nafasnya agar tetap tenang.

"Kalau Zahir dibiarkan hidup, makin menjadi-jadi dia." Ammar yang berasa bersalah tetap stay cool.

"Tapi tuan. Sebelum aku sampai dan melihat Zahir melarikan diri, dia telah ditolong oleh seseorang dengan menggunakan kereta hitam legap dengan tinted yang tidak kelihatan." Tuan Arshaq dengan laju melihat ke arah Ammar.

"Kereta hitam?" Ingatan Tuan Arshaq kembali berputar ke masa lalu.

"Tuan! Zahir telah berjaya melepaskan diri. Dia telah ditolong oleh seseorang tuan!" Ingatan kembali ke masa sekarang.

"Orang yang sama?" Gumam hati Tuan Arshaq. Maksudnya, Tuan Arshaq dah pernah melihat kereta itu ke? Sampai ingatannya kembali berputar?

"Adira!" Telinga Adira kembali berdengung. Mata Adira perlahan dibuka. Ia melihat bayangan sang suaminya yang risau terhadap dirinya.

"Abang?" Tak terasa air matanya mulai mengalir. Pipinya dibasahi oleh hujan yang cukup risau akan dirinya jikalaulah dia mati di tangan Zahir.

"Oh thanks to Allah." Memeluk sang isteri dengan erat. Diri Aryan amat risau sehingga hampir gila jika sahaja dia kehilangan Adira. Berkat doa semunya berubah.

"It's okay.. I'm here.." Dipeluk dengan erat. Badan Aryan yang hangat dipeluk Adira dengan anggota tubuhnya yang dah gementar.

"Zulaikha.." mulut Adira menyebut nama Zulaikha. Dirinya baru ingat kalau ia keluar bersama Zulaikha.

"Jangan risau dia dah selamat sekarang." Mata Aryan melihat ke arah Puan Husna. Tangannya pula masih memeluk Adira.

"Yan, baik kita pergi sekarang. Kita harus bawa dia pergi ke hospital sementara mereka masih berusaha menekan pendarahannya." Ujar Azlan. Ia mengendong Adira yang dah tak ada daya nak berdiri.

"Bawa mereka berdua pergi sekarang." Tegas Azlan. Puan Husna pun ditangkap pada akhirnya kerana cubaan untuk membunuh isteri Aryan. Mereka keluar dari hutan dan menghampiri Tuan Arshaq.

"Adira!" Teriak Ammar. Semua mata melihat ke arah Aryan dan Azlan. Ammar menghampiri Aryan yang sedang basah kuyup. Kebetulan hari hujan ketika itu.

"Dia akan baik-baik sahaja. Baik kita pergi bergerak sekarang." Ammar mengangguk. Saat ingin pergi, matanya tertuju ke arah Zulaikha.

"Zulaikha?" Azlan yang mendengarnya hanya kehairanan.

"How do you know her name?" Ammar tidak menjawab pertanyaan Azlan. Ammar pergi dengan hati yang risau. Ingin ia pegang si Zulaikha tetapi dirinya menolak.

Berita tentang keberhasilan mereka mengesan tempat persembunyian Zahir ditayangkan di kaca televisyen. Ibu bapa Aryan yang mendenga langsung lega. Semua unit keselamatan tentera, polis dan lainnya juga mengucap syukur terhadap tindakan mereka yang pantas.

Ayah Adira yang mendengar khabar anaknya selamat, menghela nafas. Ia bermati-matian mengingat anak perempuan akan mati di tangan Zahir.

"Zahir, Zahir. Baik macam mana sekali pun engkau, aku tak akan mempersetujui apa yang telah kamu lakukan kepada anak perempuan." Gumam hati Encik Hassan yang amat sakit apabila Zahir menunjukkan sisi buruknya.

"Alhamdulillah! Adira dah selamat!" Ujar Qila sambil melompat-lompat kegembiraan. Syafiqah hanya menghela nafasnya. Ia memegang jantungnya yang berdegup kencang.

Ia memandang wajah Puan Siti dan Encik Izman dengan senyuman. Kegembiraannya tidak boleh diungkapkan.

Ophelia atau Zamira sedang memerhatikan dari kejauhan.

"Aku dengar dari berita, Zahir berjaya melarikan diri. Banyak yang kena tangkap. Semuanya ialah orang suruhan Zahir." Ophelia yang mendengar seperti tuli. Ia tidak merespon apa pun. Ia perlahan memandang ke samping.

"Ada apa puan pandang saya macam tu?" Tanya seorang perempuan manis yang lagi berdiri di sebelah Ophelia.

"Kau tak payahlah nak baik dengan aku. Aku tahu kau bekerja dengan siapa." Perempuan di sebelahnya agak terkejut. Ia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Ophelia.

"A-apa yang puan katakan ni? Saya tak faham."

"Nampak macam baik tapi sebenarnya sangat jahat. Lebih jahat daripada binatang." Ujar Ophelia. Orang disebelahnya tersinggung. Ia memandang ke samping. Ia perlahan-lahan menghampiri perempuan yang manis tersebut. Ia pula berundur ke belakang.

"Jangan ingin aku ni tak tahu apa-apa eh. Kau ingat dengan perangai kau macam tu, suatu hari nanti kau pasti ke rencana kau akan berhasil?" Perempuan di hadapan hanya mengedipkan matanya berkali-kali.

Tiada bunyi tiada pula kekecohan yang berlaku.

Bunga berwarna putih terpaksa dihiasai dengan berwarna merah pekat. Muka Ophelia terkena percikan darah. Ia mengelap mukanya dengan tuala kecil pemberian Aryan suatu ketika dahulu.

"Jangan ingat kau akan terlepas. Semuanya pasti terungkap." Pandang Ophelia dengan senyuman. Senjata dengan adanya silencer memang ngam digunakan tanpa diketahui. Tapi ianya tidak boleh digunakan sembarangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience