Bab 26: Kemalangan 2: Terrorist City

Romance Completed 9626

"Abang apa kita nak buat sekarang ni?" Tanya Puan Siti. Ia semakin risau.

"Hassan, Siti baik korang berdua duduk. Sakit mata aku tengok korang berdua kehulu kehilir."

"Macam mana duduk kalau ada apa-apa jadi-"

"Tak ada apa-apa." Namun, telefon Encik Hassan tiba-tiba berbunyi.

"Assalamualaikum." Mendengarnya, jantung Encik Hassan bagaikan dihentikan untuk berdetak.

Sampainya di lokasi, Adira langsung turun dari kereta.

"Adira!" Panggil Aryan. Ia juga turun dari kereta. Azlan dan Ammar bertukar posisi. Ammar berada di tempat pemandu.

"Bro kau ikut isteri kau. Aku dan Ammar pergi ke balai." Ammar langsung memecut. Melihat keretanya diambil ia harus relakan.

"Sya! Sya!" Panggil Adira. Nak masuk tapi dihalang.

"Tolong sahabat saya ada di sana." Pinta Adira.

"Maaf cik. Cik tak boleh masuk." Adira terus menerus meminta. Aryan terpaksa mengeluarkan logo polisnya yang lama untuk membenarkan sang isteri masuk.

Namun dalam masa yang genting sempat pula berlaku pergaduhan kecil.

"Eh kau jaga sikit mulut kau. Dia nak lewat nak tengok sahabat dia." Adira berdiri di tengah. Tangannya berada di tubuh Aryan. Ia nak Aryan sabar.

"Ye saya tahu. Tapi tuan tak dibenarkan masuk."

"Tuan Aryan?" Panggil seseorang yang mengenal Aryan.

"Puan Livy." Panggil Aryan pula. Orang yang menjaga tersebut hanya memerhatikan mereka berdua.

"Biarkan dia masuk." Puan Livy memberi arahan kepadanya. Akhirnya ia dibenarkan masuk. Adira langsung bergegas mencari Adira.

"Ya Allah Syafiqah!" Ia melihat sahabatnya lagi dirawat. Meskipun terluka sedikit sakitnya minta ampun.

Aryan hanya memandang sang isteri.

"Yan?" Aryan tersadar dari lamunannya.

"TUAN!" Teriak Ammar dan Azlan. Terkejut Tuan Arshaq dibuatnya.

"Santai." Ujarnya sembari meneguk air.

"Okay, awak." Menuding ke arah seorang perempuan. Ammar dan Azlan melihat ke arah monitor.

"Macam mana mak cik Jenab ni boleh diculik?" Tanya Azlan dengan ragu.

"Manalah aku tahu. Aku baru terima berita ni. Kita orang masih melakukan siasatan." Mata Tuan Arshaq mencari sesuatu.

"Mana Aryan?"

"Aryan dengan bini dia. Sahabat bini dia si Syafiqah kemalangan." Jelas Ammar. Mata dia pula mencari sesuatu. Tengok meja kiri kanan tiada pula. Depan belakang pun tiada pula. Azlan yang melihatnya dari tadi akhirnya memukul lengan Ammar.

"Apa yang kau cari dari tadi ni?" Tuan Arshaq memandangnya. Tersipu malu Ammar ketika dipandang.

"Kuih.."

"Tuan, baru-baru ni ada kemalangan terjadi lagi. Terjadi tersebut melibat Cik Zamira mantan tentera wanita." Semua mata menuju ke arah orang itu.

Belum sampai beberapa minit dah ada kemalangan lagi berlaku. Adira dan suaminya berada di hospital. Hospital yang sama saat Adira tercedera. Kebetulan Zulaikha belum keluar dari hospital. Syafiqah menunggu keputusan dari doktor dengan tidak sabar.

Aryan melihat sang isteri kehulu kehilir matanya tak boleh duduk diam.

"Adira, baik awak duduk dan sabar." Adira tidak mendengar. Aryan menghela nafas. Ia tahu Adira masih kecewa terhadap dirinya.

"Cik.." Adira bergegas menghampiri doktor lelaki tersebut.

"Alhamdulillah Puan Syafiqah dia baik. Nasib baik tak tercedera teruk." Jelasnya. Lega hati ketika mendengarnya.

"Eh cik ni bukan saya pernah nampak ke?"

"Pernah nampak?" Tanya Adira dengan hairan.

"Ye. Haritu bukan kamu ke yang masuk hospital hari tu? Wanita berumur 20 tahun ke atas menghilang tu?"

"Ohh iya. Maaflah saya ni agak lupa orangnya." Aryan perhatikan sahajalah. Ia memandang dengan penuh tajam.

"Kalau macam tu saya pernah dulu ye." Adira mengangguk. Baru nak menoleh ke belakang namanya dipanggil.

"Aik Adira?" Panggil seorang lelaki yang sado.

"Eh Hayes. Hai. Macam mana keadaan Zulaikha?"

"Oh dia semakin membaik. Jangan risau." Mata Hayes memandang Aryan. Adira pula memandang Aryan. Diorang ingat pertandingan ke apa?

"Ni suami Dira." Ujar Adira seperti tidak ikhlas.

"Oh suami. Assalamualaikum bang." Tajam sangat mata Aryan ni pandang orang. Hayes yang kena pandang pun hanya mampu tersenyum.

"Nama siapa?" Tanya Hayes. Ia mendekatkan dirinya kepada Adira. Berbisik agar orang di depannya tak dengar en. Kaki Aryan yang panjang pun menghalangnya.

Mata Hayes tak henti nak pandang Aryan. Hayes berpindah posisi. Aryan pun berdiri dan dengan sengaja menghalangnya.

"Nama dia Aryan. Dia memang macam tu jadi hiraukan dia."

"Aryan? Eh. Kapten?" Terkejut pula Aryan apabila Hayes memanggilnya kapten.

"Siapa pula mamat ni panggil aku kapten ni?"

"Awak kapten yang memimpin unit Black Cover kan dahulu tu. Aku Hayes Zevrin emm masih pangkat Lt."

"Oh." Ternganga Hayes apabila Aryan hanya menjawab satu patah perkataan.

Televisyen telah memaparkan berita terkini. Semua orang menonton televisyen meskipun terkadang agak membosankan bagi anak muda namun televisyen lah lebih penting dalam penyampaian sesuatu berita.

"Pada hari dunia kita telah digemparkan dengan 2 kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan yang membabitkan 2 wanita. Seorang wanita mantan tentera dinyatakan terbabit dalam kemalangan. Manakala seorang lagi wanita tidak diketahui identitinya." Hati Adira tiba-tiba menjadi sedih. Aryan yang tahu siapa wanita tersebut membuka langkahnya.

"Awas encik!" Doktor dan beberapa orang jururawat berusaha menekan pendarahan pada perut. Wajah wanita itu habis dibalut dengan darah.

"Akak..." Laju doktor itu mambawa Zamira pergi ke bilik rawatan. Aryan yang melihat Zamira terlantar ia berlari menuju ke arah bilik yang dimasuki oleh para doktor tersebut.

Di mata Adira, Adira hanya memerhatikan suaminya yang risau terhadap Zamira. Hatinya tak sedih cuma kecewa.

"Adira! Kakak kau mana!" Tanya abahnya. Abahnya yang mengetahui berita Zamira kemalangan amat risau. Adira tidak menjawab. Ia hanya memandang Aryan. Air matanya tak terasa jatuh. Orang fikir Adira ni menangis sebab kakaknya. Namun itu semua salah.

Semua orang berkumpul dimana Aryan dari tadi kehulu kehilir.

"Yan! Anak saya macam mana Yan?!" Tanya Encik Hassan. Berderai air mata Encik Hassan.

"Dira?" Hayes memandangnya. Hayes melihat wajah Adira mulai berkaca. Melihat Adira mulai menangis ia bangun dari tempat duduknya.

"Aa..aku pergi dulu."

Namun, satu hal aneh membuatkan Adira berhenti menangis. Hal keluarga Syafiqah. Ia imbas kembali ingatannya.

"Bukan ke akak Qila ikut sekali bersama dengan Sya?" Tanya hati Adira. Perkara itu baru ia sedari. Kepala Adira menoleh ke kiri. Melihat sekumpulan orang polis.

Jantung Adira berdetak laju. Ia bangun dan menuju ke bilik tempat Syafiqah dirawat. Ia perlahan membuka pintu.

"Sya.." panggil Adira dengan lembut.

"Family awak mana?" Syafiqah berdiam diri. Tangannya bergetar. Tubuhnya menggigil ketakutan. Matanya mula berkaca. Pintu yang hanya dibuka setengah langsung dibuka luas oleh pihak polis.

"Maaf mengganggu cik. Cik ni betul ke nama Syafiqah?" Melihat Syafiqah tidak menjawab Adira tolongnya untuk menjawab pertanyaannya.

"Ye betul dia Syafiqah. Dia sahabat aku."

"Adira!" Panggil Puan Siti. Mata Puan Siti melihat kanan kiri. Ia tidak tahu apa yang terjadi. Puan Siti menarik tangan menantunya
"Kami minta maaf mengganggu. Tapi kami cuma nak maklumkan bahawa keluarga cik hilang semasa di tempat kejadian." Semua terpaku.

"What?" Puan Siti agak terkejut. Mata Adira hanya dapat memandang Syafiqah.

"Zahir. Ni pasti kerja Zahir!" Mendengar Adira menyebut nama Zahir semua polis memandangnya.

"Cik kenal Zahir?"

"Dia mantan tunangan aku."

Evie Adira

Adira disuruh diberi keterangan mengenai Zahir. Ia dibawa ke balai. Ammar dan Azlan pun berada di situ. Encik Hassan, Encik Izman, Aryan dan Puan Siti masih di hospital. Yang membawa Adira ialah sekumpulan orang polis yang berada di bilik Syafiqah sewaktu di hospital.

"Oh jadi Zahir ni macam psycho lah?"

"Mungkin." Jawab Adira. Ia sama sekali tidak tahu mengapa Zahir berubah mendadak. Kononnya ia berubah sejak mengenal cinta. Tapi kata yang lain lagi dia berubah kerana sikap keluarganya yang suka memperlakukannya dengan buruk.

Semua keterangan yang diberikan Adira semuanya dikumpulkan.

"Jadi maksudnya Zahir ni tidak tahu kalau dia bunuh ibunya? Dia anggap orang lain yang membunuhnya?" Adira mengangguk.

"Oh patutlah semua orang tak nak jadi saksi dia."

"Jadi aku dah agak dah. Keluarga Zahir bukan menghilang tapi sebab dibunuh. Mayat mereka semua mungkin telahpun ditanam. Dan kemungkinan besar dia ni mangsa pelakuan penderaan." Ujar doktor itu. Ia memberi sedikit detail mengenai keadaan Zahir. Adira dan seorang polis masih bersoal jawab.

"Kalau dilihat juga mental dia ni dah macam hancur. Saat mentalnya hancur datang pula satu perasaan yang dimana perasaan ini sama sekali tidak membuatkan si pelaku merasa tidak bersalah. Perasaan ni macam mendorong si pelaku untuk berbuat demikian kepada orang lain agar sama merasakan. Kalau tak silap saya si Zahir ni juga membuat satu group bukan?" Tanya si doktor.

"Yeup. Group itu diberi nama sebagai Ular. Group itu diberikan nama ular kerana ular ni ada yang berbisa dan berbahaya. Ular erbisa ni macam pengaruh Zahir ni lebih kuat. Dia mencari orang-orang yang nak bergabung dengannya. Terutamanya dari keluarga broken home. Dia juga menghasut orang untuk membunuh orang yang mereka benci." Jelas Azlan dengan memberikan informasi yang penting.

"I see."

"Tapi disisi lain Zahir ni kami panggil sebagai terrorist. Tahu kan terrorist. Itu orang punya panggilanlah. Dan mengikut data kami sebelumnya Zahir telah membunuh banyak orang. Sekitar 260 buah rumah diledakkan dan 3,372 orang mati. Yang ni semua termasuk orang disekeliling."

"Astaghfirullahalazim."

"Apa nama tempat tu?" Tuan Arshaq tiba-tiba masuk.

"Kami panggil tempat itu sebagai Terrorist City. Why? Kerana tempat tu memang banyak terrorist dan pembunuhan. Tentera kami telah pun banyak juga yang mati. Dan aku disini bukan keluar dari tentera tak." Ammar meletakkan tangannya ke dalam poket.

"Sebab atasan kami pengkhianat. Tapi nasib baiklah ada atasan baru dekat sana. Dan aku pula dah terlanjur datang ke sini jadi aku bertugas jelah kat sini."

"Dia berada di pihak siapa?" Tanya Azlan.

"Zahir Nolan."

Sebab itulah banyak pengawal Zahir ataupun anak buahnya banyak sado.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience