Bab 29: An Angel of Darkness

Romance Completed 9626

Wajah ketakutan terpasang di muka.

"Ini terlalu awal untuk kau mengetahui semuanya Adira." Adira dengan laju menoleh ke samping. Ia melihat Syafiqah berdiri memandangnya dengan tajam.

"S-Sya..a-apa Sya buat ni." Tanya Adira dengan suara gementar.

"Apa yang aku buat? Kau..buta ke?" Jawab Syafiqah. Mata Adira berkali-kali memandang ke arah ruangan bawah tanah.

"Don't worry, aku tak sakiti mereka." Tatapan Syafiqah menjadi seram. Dada Adira menjadi sesak. Ia cuba mengawal dirinya agar tidak panik. Semakin Syafiqah mendekati semakin laju detak jantung Adira.

"Fiqah!" Panggil kakaknya. Ia menoleh ke arah Qila. Qila yang masih lemah berusaha menghentikan kerja gilanya.

"Sya...apa awak nak buat ni." Tanya Adira dengan suara yang gementar. Dirinya tidak berdaya melihat tangan sahabatnya memegang sebilah pisau. Pisau tersebut telahpun dihiasi dengan warna merah pekat.

"Syafiqah kenapa awak macam ni?" Tanya ibunya sembari mengeluarkan air mata. Berderai air matanya bila melihat sang anak rela membuat keluarganya tersiksa.

"Korang ni kan banyak sangat bercakap. Rimas tahu tak! Dan kau pula Adira, orang elok-elok jaga kau, kau boleh pula melarikan diri bersama perempuan yang satu lagi tu." Syafiqah menghampiri Adira. Ia meletakkan pisau yang tajam tersebut pada leher Adira.

"Ma'am it's time to go. They're coming."

"Sayang muka macam kau ni tak mati sekali dengan Zara. Bawa mereka semua." Perintah Syafiqah kepada orang-orang bawahannya.

Mereka terlebih dahulu pergi sebelum pihak polis datang menyerbu. Otak Syafiqah lebih pintar. Ia menggunakan jalan belakang untuk mengambil shortcut.

Mulut mereka ditutup. Tak ketinggalan juga mata mereka. Yang mereka lihat hanyalah kegelapan.

"Adira!" Panggil Aryan.

"Oi Aryan!" Panggil Ammar pula. Aryan terlebih dahulu masuk ke rumah Syafiqah. Dengan paksa mereka mengikuti Aryan dari belakang.

"Adira!" Langsung masuk dan mencari keberadaannya.

"Clear."

"Clear!"

"Clear!"

Tiada orang. Sunyi. Mereka semua hilang dibawa entah kemana. Telefon Adira juga tinggal. Beg Adira juga tinggal di rumah Syafiqah.

Aryan yang tidak menerima semuanya hampir melampiaskan kemarahannya.

"Rizuan?" Ammar tiba-tiba mengenal seseorang. Rizuan tergeletak di lantai dengan dibaluti oleh darah.  Ammar memeriksa tubuhnya. Dengut nadinya masih dikesan.

"Macam mana dia boleh disini." Ujar Ammar dengan hairan.

"Kau kenal dia ke Ammar?" Tanya Azlan. Ammar mengangguk. Hati Ammar mulai bergumam.

"Dia kahwin dengan sahabat Adira ke?"

Tuan Arshaq yang tidak terlibat hanya menjenguk Zamira di hospital. Ia menerima khabar buruk.

"Bagaimana dengan anak saya?" Tanya Encik Hassan. Tuan Arshaq tidak tahu harus berkata apa. Tak terasa linangan air mata membasahi pipi. Zamira hanya baring di katil dan tidak boleh berbuat apa. Ia terlambat untuk menceritakan semuanya.

"Hassan! Hassan!" Panggil Encik Izman untuk menenangkannya. Ini kedua kalinya Adira diculik lagi.

Mata Tuan Arshaq memandang Zamira. Zamira hanya dapat menangis diam. Tiada daya hendak menghentikan semuanya.

"It's not your fault." Meskipun itu bukan kesalahan Zamira sepenuhnya niatnya untuk melindungi tetap salah. Pengkhianat tetap pengkhianat, namun tidak dimata Tuan Arshaq dan Aryan.

Tuan Arshaq keluar dari bilik. Ia menelefon ketiga sahabat itu untuk berkumpul. Beberapa orang akan tinggal sementara di rumah Syafiqah untuk melanjutkan siasatan.

"SYAFIQAH! What are you doing!" Adira cuba melawan. Semua penutup dibuka kecuali keluarga Syafiqah sendiri.

"Kenapa awak lakukan semua ini Syafiqah! Aku dah anggap kau macam keluarga aku!"

"So?"

"Sampai hati awak buat aku macam ni."

"Aww kau nak menangis ke? Aww..meh aku peluk."

"Dasar hati busuk!" Adira melampiaskan kekecewaannya kepada Syafiqah. Syafiqah hanya mampu tersenyum.

"Nye nye nye. Banyak omong. Macam ni jelah, baik kau pergi sekarang jumpa tunangan kau disana okay?" Dengan senyuman manis Syafiqah memberitahu Adira. Memang jahat perempuan macam ni! Luar nampak macam baik tapi dalam lebih jahat daripada orang lain.

"Aku dah tahu semuanya Fiqah!" Langkah Adira terhenti. Syafiqah tidak memberi reaksi apa pun.

"Tahu apa?" Tanya Syafiqah.

"Kau yang bunuh adik beradik Zahir kan! Kau bunuh Zara dan Raisya. Kau buat semua ni hanya untuk menjatuhkan keluarga Zahir!" Syafiqah menghela nafasnya.

"Rugi pula aku tak bunuh kau sekali. Aku dah agak dah kau tahu semuanya. Tapi kau buat tak tahu apa-apa kan." Senyuman jahat terpancar di wajah Syafiqah.

Mereka dibawa jauh dari kota. Mereka dibawa ke suatu tempat yang sangat besar. Tempat tersebut tersembunyi di hutan yang tua. Rumah tersebut didirikan di sebelah kubur.

"Apa langkah kita seterusnya?" Tanya Azlan. Mereka berempat tampak serius. Berfikir keras untuk mencari cara.

"Kita tak ada cara lain selain berperang dengan kumpulan Zahir. Kalau tak silap aku kawasan tersebut dijaga oleh beberapa tentera dibawah kepimpinan atasan Ammar." Tuan Arshaq memandang mereka bertiga. Ammar segera mengetahui keinginan Tuan Aryan.

"Aku masuk dalam misi ni. Aku tak akan tinggal diam je." Ujar Ammar. Ia mengambil senjata kesukaannya. Sniper.

"Aku juga." Ujar Azlan. Dan sekrang tinggal Aryan. Lama Aryan berfikir. Mahu tidak mahu itu keputusannya. Namun demi keselamatan sang isteri ia sanggup bergadai nyawa.

Dengan satu pandangan Tuan Arshaq tersenyum. Tuan Arshaq memukul meja. Itu tandanya hatinya gembira saat mantan dari unit Black Cover berkumpul menjadi satu kumpulan.

"Seriously?" Suara seseorang membuatkan mereka menoleh ke belakang dengan serentak.

Terlihat Hayes Zevrin berdiri kecewa saat dirinya tak diajak. Tuan Arshaq berjalan menujunya dengan tersenyum.

"Jangan risau kau tak akan ditinggalkan." Semua mereka tersenyum kecuali Aryan. Ia sibuk memikirkan Adira.

Di bilik persiapan, Aryan membuka almarinya. Ia melihat banyak sekali fotonya bersama Zamira dan yang lainnya. Ia menanggalkan semuanya lalu dibuang ke dalam tong sampah. Saat ingin membuat foto terakhir ia sempat termenung.

Dah tenung lama Aryan akhirnya membuang foto Zamira dengan dirinya. Suara Tuan Arshaq bergema. Mana tidaknya Tuan Arshaq mengguna MIC untuk membuat pengumuman.

"Get ready everyone! This is our last battle." Sebelum bersiap Aryan mengeluarkan foto bersama sang isteri. Ia menatapnya dengan penuh rindu. Aryan meletakkan foto tersebut pada poketnya. Disimpan elok berserta surat di dalamnya. Ammar yang menyaksikan hal tersebut hanya tersenyum.

Semua sudah sedia.

"Well well well. Selamat datang kembali Adira." Penutup mata Adira dibuka. Belum apa-apa Adira terlebih dahulu mengeluarkan mutiaranya. Mata Adira melilau.

"Mak cik Jenab? Kak Qila?" Qila hanya memandang wajah Adira yang ketakutan. Qila tahu siapa Zahir ini sebenarnya. Semuanya sudab diceritakan oleh Adira.

"Zahir. Kau jangan nak berani sentuh bini orang." Marah Qila kepada Zahir. Mendengar dia hanya mampu menghela nafas.

"Kalau begitu bagaimana kalau aku sentuh kau?" Qila terkejut dengan ucapannya. Suami Qila berteriak kearah Zahir.

"Kau jangan nak berani sentuh isteri aku!"

"Iss..sana sini tak boleh. Protective sangat." Mata Qila memandang adiknya.

"Kau jenis adik macam apa en? Sanggup bunuh orang hasut orang sana sini. Ibu tak pernah ajar kau macam ni tau. Bahkan aku pun tak ajar kau macam ni."

"Korang yang letak aku macam. Korang yang buat aku macam ni. Semua ni salah korang. Asal korang nak salahkan aku pula?" Tanya Syafiqah dengan tidak bersalah.

"Anak macam apa kau ini! Ha! Kau memang tak guna tahu tak." Syafiqah tersenyum.

"See? Korang selalu paksa aku untuk buat sesuatu mengikut apa yang korang mahukan. Korang ingat aku ni apa? Robot?"

"Ibu kata buat sehabis mungkin tapi ibu tak paksa. Kau nak ambil hati dah kenapa?"

"Ni bukan pasal ambil hati ke tidak. Ni pasal mulut korang. Mulut korang yang tak tahu nak jaga."

"Kalau iya pun macam tu sekali boleh tak awak bersabar? Aku pun tahu kita semua tak terima perkataan mereka." Nasihat Adira.

"Kau jangan nak jadi alim kat sini eh." Mereka semua saling berbalas.

"Okay ibu tahu ibu salah. Ibu paksa adik untuk banggakan ibu. Ibu terima semua itu. Setelah ibu buat macam tu kat adik ibu perasaan itu semua salah." Mendengarnya sedikit pun hati Syafiqah tiada belas kasihan.

"Semuanya dah terlambat."

"Tiada kata terlambat dalam semua hal!" Tengking mak cik Jenab.

"Semuanya boleh dibaiki dengan cara lebih baik lagi!" Semakin mendengarnya semakin panas hati Syafiqah.

"Kenapa korang tak mati je." Syafiqah mengeluarkan senjatanya. Tindakannya segara dihalang oleh Zahir.

"Kau jangan nak berani bunuh mereka, terutama tunangan aku." Mata Syafiqah memandang Adira dengan penuh kebencian.

Zamira yang masih terlantar di hospital hanya dapat memandang syiling. Encik Hassan pula hanya duduk di bangku luar bilik Zamira. Tak terasa air mata mengalir membasahi pipi. Wajahnya ketakutan jikalau dirinya harus kehilangan seorang puteri yang telah ia jaga dari bayi.

Hatinya berkali-kali berdo'a. Namun seketika dirinya teringat akan ucapan Tuan Arshaq.

"Orang-orang memanggilnya An Angel of Darkness."

"Maksud kau Zamira?" Tuan Arshaq mengangguk.

"Dirinya dipanggil An Angel of Darkness kerana kebaikan dirinya yang tetap mengubati orang awam. Kejadian itu berlaku setelah Zamira menjadi pengkhianat Team Black Cover. Bahkan muka Zamira dikenali oleh orang awam. Awalnya orang awam mengira kalau mereka semua ini jahat. Orang ini tidak diberi makan sama sekali. Sehingga datanglah seorang insan dengan hati yang masih mempunyai kemanusiaan menghampiri mereka. Zamira dengan diam memberi mereka makan dan sanggup berulang-alik hanya untuk mengambil makanan." Terharu ke?

"Ia sanggup berbohong sudah menembaki anak kecil dan melaporkan hal tersebut kepada Zahir. Namun sebenarnya ia telah menipu mereka."

Adakah mereka tetap memanggil Zamira Afreen jahat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience