Bab 18: Zahir Nolan

Romance Completed 9626

"Unit dari keselamatan ingin memberi laporan over."

"Bagaimana?" Menghela nafas sebelum menjawab. Wajahnya tertunduk.

"Rumah Encik Aryan telah berjaya dimasuki. Isteri Encik Aryan tiada di rumah. Yang ada hanya ibu dan ayah Encik Aryan dengan keadaan terikat."

Berita tentang kehilangan Evie Adira menjadi heboh. Berita kehilangan isteri Aryan sampai di kaca televisyen Syafiqah sahabat Adira.

"What?" Syafiqah berdiri kerana terkejut mendengar berita Adira yang tiba-tiba menghilang. Khabar yang mengejutkan memberikan penuh kejutan dalam keluarga Syafiqah termasuk jiran Encik Hassan. Qila yang tadinya tengah busy masak di dapur terpaksa membiarkan masakannya dimasak sendiri.

Aryan yang baru sampai langsung masuk ke rumah dengan keadaan risau. Ia melihat kedua orang tuanya duduk di sofa. Ada 2 orang yabg cuba menenangkan Puan Siti yang menangis teresak. Encik Izman cuba memujuknya dengan pelukan yang hangat.

"Ayah! Ibu!" Wajahnya keduanya melihat ke arah Aryan.

"Aryan!" Puan Siti segera memeluk anak lelakinya yang gagah itu. Ia cuba menjelaskan apa yang terjadi namun dirinya dikalahkan dengan tangisan. Encik Izman yang kehilangan menantu tidak dapat berfikir seolah fikirannya disekat oleh sesuatu.

Azlan menggeledah rumah. Tiada apa pun yang ditemuinya. Semuanya dalam keadaan baik.

"Cis, kau semakin berani Zahir!" Marah Azlan. Ia menggaru kepalanya. Ammar yang baru balik juga bergegas masuk rumah. Ia tidak tahu apa yang terjadi. Malahan, saat ia cuba menghubungi Adira, telefonnya tidak diangkat.

Ia memandang semua orang dalam keadaan risau terutama Aryan yang lagi memeluk sang ibu. Azlan yang dari kejauhan sedang mencari sesuatu untuk melacak keberadaan mereka. Melacak? Seperti apa?

Saat itu Ammar baru menyadari sesuatu.

"Aryan! Adira adik aku mana?" Tanya Ammar dengan reaksi seriusnya. Aryan tidak menjawab. Aryan malah menyuruh ayahnya untuk menenangkan ibunya. Aryan pergi ke belakang bilik. Ammar mengekorinya dengan rasa marah.

"Aryan! Adira kat mana?!" Tengking Ammar yang semakin risau.

"Aku tak tahulah! Kau ingat aku ni tahu sangat dia dekat mana!" Jawab Aryan sambil memegang telefonnya. Aryan menelefon berkali-kali tiada jawapn daripada Adira.

"Asal telefon ni asyik berdering je?" Tanya seseorang yang mungkin bawahan Zahir. Zahir yang mendengar rungutan daripada bawahannya segera merampas. Ia mematikan telefon Adira.

"Aryan Aryan. Aku dah bagitahu kau dahulu. Memang aku akan kembali pada masa yang tepat disaat kau lengah." Ia memandang Adira dengan pandangan yang jahat. Adira dengan keadaan terikat tidak sedarkan diri.

"CIS!" Adakah mereka akan berputus asa?

"Aryan tak kira kemana mereka bawa Adira kita harus cari dia." Aryan menghela nafas.

"Kau nak cari dekat mana?" Tanya Aryan dengan nada yang tinggi. Ammar memandang Aryan dengan pandangan yang tajam. Meskipun Aryan mempunyai pangkat besar Ammar tidak akan gentar di hadapannya.

"Habis tu kau nak biarkan dia pergi dengan lelaki gila tu? Eh! Kau tak tahu ke kalau dia tu psikopat dan orang yang pernah meletakkan bom sehingga ramai tentera kita mati?!" Ammar menolak badan Aryan. Aryan dengan rasa marahnya menarik kolar baju Ammar.

"Kau ingat senang ke nak cari manusia macam Zahir ni? Kau ingat negara kita ni kecil?"

"Habis tu kau nak biarkan Adira mati macam tu? Kau nak Adira dibunuh? Jangan-jangan kau memang nak suruh Adira mati supaya bila Adira mati kau boleh kahwin dengan Ophelia si perempuan yang tak tahu diri-" Ammar terpaksa memakan penumbuk. Azlan yang mendengar kecoh dari belakang menghampiri Aryan dan cuba menghentikannya dengan diekori ibu dan ayah Aryan.

"Aryan! Sudahlah tu!" Tangis si ibu yang tiada daya nak hentikan anaknya yang bagaikan nak gila apabila mengetahui isterinya telah diculik.

"Abang pergilah hentikan Aryan tu!" Encik Izman mencuba menghentikannya. Ammar pula hanya membatu dan tidak membalas.

"Ammar kau kenapa membatu je! Bangun!" Encik Izman meninggikan suaranya. Ia ingin Ammar pergi dari pandangan Aryan agar tidak dibelasah teruk olehnya.

"Jadi pilihan kau lebih baik daripada apa yang aku pilih?" Aryan yang memberontak berhenti seketika.

"Yan, kita boleh bincang elok-elok jangan bergaduh sampai macam ni." Ujar Azlan untuk menenangkan keduanya.

"Maafkan saya Puan Siti dan Encik Izman, ada orang yang ingin bertemu dengan kalian." Semua mata memandang ke arah mereka.

Mata yang tertutup, terbuka perlahan-lahan. Pandangannya menjadi kabur. Seorang lelaki gagah menghampirinya yang sedang terbaring lemah di atas lantai.

"Hey, sweetheart." Menyapanya sembari tersenyum. Adira ketakutan ketika melihat Zahir di hadapannya.

"Shh..jangan takut sangat. Aku tak apa-apakan engkau." Tangan kirinya memegang kepala Adira manakala tangan kanannya diletakkan di bibir Adira untuk menyuruhnya diam.

"Disini tiada orang yang mendengarkan mu kalau kau nak teriak.." Jelas Zahir. Tempat persembunyian mereka di dalam hutan ke? Atau jauh dan lebih jauh dari tempat masyarakat lainnya?

"Tuan. Semua dah selesai." Seseorang lelaki yang mungkin bawahannya Zahir, bajunya habis berwarna merah pekat. Mata Adira terbuka luas. Zahir menyuruh bawahannya untuk membawah orang yang baru mereka hukum sehingga mati.Yang ada bukanlah orang yang hidup, tetapi dengan badan yang tidak bernyawa.

"Astaghfirullahalazim..." Adira yang memang dah takut bertambah takut ketika melihat tangan mayat tersebut penuh dengan lebam. Tidak ketinggalan juga dengan luka-lukanya yang saat itu nampak tulang dan isi kulit sekali.

"Kalau kau masih nak hidup, jangan sesekali lari daripada aku." Zahir cuba memegangnya namun Adira dengan segera menolak.

"Lepaskan aku Zahir. Kalau kau nak sesuatu aku boleh selesaikannya dengan cara elok!" Pinta Adira. Ia cuba melawan rasa takutnya. Namun, matanya sering kali menatap mayat yang mereka baru sahaja mereka pancung.

"Oh my darling." Zahir ketawa kecil, "Kau orang yang aku nak. Cara elok memang tak akan boleh selesaikan masalah aku."

"Apa masalah awak sebenarnya!" Tengking Adira.

"Aku hanya ingin kau menjadi isteri aku balik." Tak terkata Adira apabila mendengarnya.

"Kalau tak.." Zahir perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke arah mayat tersebut, "Kau mungkin jadi sepertinya."

Adira menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Melihat Adira menggelengkan kepalanya Zahir hanya menghela nafas.

"Aku akan melepaskan ikatan ni jika kau berjanji kepada ku, kau tak akan lari." Ancam Zahir menggunakan pistol yang ditodongkan ke arahnya. Pada awalnya Adira menolak, namun demi keselamatannya dan ingin melarikan, ia mengangguk.

"Good girl." Tersenyum Zahir ketika memandangnya. Tapi sebenarnya Adira ingin lari daripada Zahir. Ikatan yang diikat pada kaki dan tangannya dibuka sebaik sahaja Adira menganggukkan kepalanya.

"Yan, aku rasa betul kata Ammar. Kita tak boleh duduk diam menunggu jawapan daripada Tuan Arshaq." Nasihat Azlan yang menyetujui pernyataan Ammar.

"Lan, kau tak tahu, kalau sekali dia lari kau ingat nyawa bini aku tak melayang? Dia kejar bini aku sampai dia dapat bini aku balik!" Menolak bahu Azlan dengan kasar. Azlan yang penyabar harus menenangkannya.

"Yan istighfar. Kita doa sama-sama. Biar Allah jaga isteri kau."

"Betul kata Azlan tu, Aryan." Fikiran Aryan bagaikan dihalang dengan tembok. Biasanya ia dikenali sebagai tentera yang genius dan sentiasa memikirkan jalan keluar. Namun, kali ini baru pertama kalinya ia sangat risau.

"Puan Siti!" Panggil Syafiqah yang datang dengan keadaan tergesa-gesa.

"Adira dekat mana? Kenapa aku dengar Adira-"

"Baik kau diam sekarang!" Marah Aryan kepada Syafiqah. Syafiqah yang tak tahu apa-apa disuruh diam.

"Oi, aku berjaya melacak telefon Adira." Panggil Ammar yang tetap sahaja ingin bekerjasama dengan Aryan meskipun dirinya ditumbuk. Aryan yang mendengar tanpa basa basi langsung menghampiri Ammar dan merampas peralatan yang digunakan untuk melacak seseorang.

"Aku telah mendapat mesej dari ayah Puan Adira bahawa rumahnya juga seperti dipecah masuk. Tapi, Encik Hassan masa tu dia baring dan hanya melihat beberapa lelaki yang besar dirumahnya yang sedang berantakan." Penerangan mereka hampir membuatkan Puan Siti terjatuh.

"Ya Allah abang. Macam mana nasib ayah Adira!"

° °

Bunyi tembakan terdengar nyaring. Mata Adira perlahan-lahan melihat ke arah pintu. Dibawahnya ada suatu cairan merah pekat mengalir.

"Shh..jangan tengok tu." Zahir memegang tangan Adira. Adira segera melepaskan genggamannya. Saatnya Adira dibawa berjalan melalui kubur. Suara teriakan terdengar jelas. Apakah mereka mengubur seseorang hidup-hidup?

"MAMPUS KAU!" Ujar seorang wanita lalu ketawa jahat. Banyak mereka berkumpul di satu tempat. Mungkinkah mereka terpengaruh dengan Zahir?

Zahir atau nama panjangnya Zahir Nolan merupakan mantan tunangan Adira. Adira sempat menolak apabila ia tidak sengaja melihat Zahir bersama wanita lain. Zahir yang tidak menerima kenyataan tersebut menolak.

Dahulunya juga ia dikenali sebagai ketua geng pengedar senjata api. Senjata mereka telah dirampas dan disimpan oleh pihak daripada keamanan. Zahir yang merupakan ketua geng pengedar senjata api dahulunya pernah ditangkap dan dilepaskan semula kerana rasuah. Zahir belum menjadi tunangan Adira pada masa ketika itu.

Zahir ialah antara orang yang susah hendak ditangkap kerana kelicikannya. Zahir mempunyai berkeperibadian buruk. Ia suka menghasut orang sana sini hanya untuk mengikutinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience