Bab 22: Cerita diputar belitkan: What do you think?

Romance Completed 9626

"Tak sangka eh kau dah kahwin." Ujar Ophelia untuk membuka perbualan. Ophelia memandang ke arah Aryan sambil tersenyum manis. Aryan hanya tunduk diam.

"Maaflah aku menghilang 3 tahun tanpa pengetahuan kau." Ujar Ophelia dengan rasa bersalah.

"Asal kau menghilang?" Tanya Aryan yang baru nak buka mulut. Adira hanya memerhatikan dari belakang. Meskipun ia tidak mendengar jelas apa yang dikatakan keduanya, niatnya untuk mengintai tetap ada.

Tak terkata Ophelia apabila diajukan pertanyaan seperti itu.

"Aku dah lama tunggu kau untuk kembali. Semakin lama aku tunggu semakin muak aku." Jelas Aryan. Dengan perasaan sekali ikut. Aryan yang telah setia menunggunya lama untuk kembali, akhirnya memutuskan untuk menikahi adiknya, Adira.

"Sorry." Satu patah perkataan sahaja yang mampu keluar dari mulut Ophelia. Aryan meletakkan tangannya ke dalam poket.

"Sizi bu kadar beklettiğim için üzgünüm."
(Maaf telah membuatmu menunggu lama.)

"Aryan..."

"Do you still love me?" Aryan yang mendengar langsung mendongakkan kepalanya. Ia memandang langit yang lagi cerah.

Adira pula hanya memerhatikan mereka dari kejauhan. Namun, tiba-tiba rasa sakit di hatinya menusuk. Ia memegang meletakkan telapak tangannya pada dada. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Ammar saat hatinya selalu merasa kekosongan dan kesakitan.

"Ya Allah.." Saat memegang dadanya, ia melihat lagi ke arah Aryan dan Ophelia yang berdiri tidak jauh antara satu sama lain.

"I'm sorry Ophelia. I'm already married." Aryan melangkahkan kakinya. Kebetulan ibu bapa Aryan, Adira dan Syafiqah sampai tepat waktu. Syafiqah ingin teriak namun dihalang oleh Qila.

Sebaik Aryan melangkah kakinya Ophelia terasa sesuatu yang menusuk jantungnya. Baru je nak angkat kepala Ophelia menjerit ke arah Aryan.

"AKU DAH LAMA SUKA DEKAT AWAK! AKU JUGA DAH LAMA TUNGGU AWAK MENGATAKAN SESUATU KEPADA KU!" Dan memang jelas didengar. Ophelia menjerit sekuat hati dan penuh perasaan tanpa menghiraukan Adira mendengarnya.

"Zamira!" Ujar Encik Hassan mengetapkan giginya. Angin mulai bersepoi. Dedaunan berterbangan. Burung pula terbang tinggi ke udara. Syafiqah yang mendengar terkejut.

"I love you so much! Aku tahu kau dah kahwin tapi aku masih simpan janji kau. Aku tak akan tinggalkan awak Aryan!" Jantung bagaikan berhenti. Ingin bernafas sahaja susah apabila mendengar teriakan dari Ophelia.

"ZAMIRA AFREEN!" Teriak Encik Hassan dari atas yang dipagar.

"Adira.." Qila berlari ke arah Adira yang masih tercegat di bawah memerhatikan keduanya.

"Adira?" Tak terasa air hujan kembali membasahi bumi. Suasana yang cerah kembali bertukar hujan.

"Zamira Afreen." Encik Hassan laju berjalan. Ia menuju Ophelia. Puan Siti pula hanya berdiri sahaja. Encik Izman langsung mengekori Encik Hassan dari belakang takut si Ophelia makan pelempang.

Encik Hassan yang melihat anak kandungnya menangis dengan laju menuju ke arah Ophelia. Qila pula memeluk Adira dari samping. Aryan bergegas menghampiri sang isteri.

Ia tidak marah hanya kecewa.

"Sayang, itu-"

"Abang masih cinta dekat Ophelia ke?" Tanya Adira dengan lembut.

"Nope, it's not true."

"Abang.." Adira memegang tangan suaminya, "Jawab Adira dengan jujur." Adira memandang mata sang suami dengab penuh linangan air mata.

Qila pula berusaha mengusap air mata Adira. Ketulusan di mata Aryan masih terpancar. Adira hanya tersenyum pahit. Aryan pula hanya menghela nafasnya.

"Aku tak bermaksud macam tu. Aku minta maaf atas apa yang aku lakukan." Aryan memeluk sang isteri yang bergitu lemah apabila ia mengetahui sang suami masih memendam rasa terhadap kakaknya, Zamira Afreen.

Zamira Afreen langsung dinasihati oleh ayahnya. Syafiqah pula hanya berdiri memandang semuanya. Sana sini bergaduh. Melihat Puan Siti, ia langsung menghampirinya. Kononnya, nak memberi ketenangan.

"Puan Siti sabarlah eh." Syafiqah mengusap belakang Puan Siti. Adira tidak membalas pelukan Aryan seperti mana ia selalu lakukan dahulu. Ammar yang belum pergi jauh hanya memerhati mereka.

Namun ada kala matanya melihat ke arah jendela Zulaikha. Ia tidak mengeluar sepatah pun. Bibirnya terukir senyuman.

"Aku sakit menahan semua perasaan ini! Memang Adira dah menikah dengan Aryan tapi perasaan aku terhadap aryan tak boleh ayah halang!" Zamira meninggikan suaranya. Dan orang sekitarnya mengata di belakang Zamira.

"Bad child.."

Semuanya mengatakan dirinya adalah anak terburuk yang pernah ada. Namun adakah mereka sedar apa yang lagi dia rasakan?

"Aku dah lama tahu." Jawab Adira sembari tersenyum dengan diikuti oleh angin yang bersepoi.

"Aku dah tengok dah video lama semasa korang jadi tentera. Ayah jangan marah akak lagi. Dia tak salah. Yang salah Adira yang merampas cinta orang." Sembari tersenyum manis meskipun air matanya mengalir.

Aryan yang mendengar pun hatinya terasa. Ia menggenggam tangannya. Orang yang ia cintai di belakang dan orang yang ia nikahi di hadapannya sekarang yang sedang memegang erat tangannya.

"Adira, maafkan abang." Pelukan kedua sekali lagi dilakukan. Kali ini perangai Adira lain. Ia menepuk-nepuk belakang suaminya sambil tersenyum menangis. Si Qila pula memegang baju Adira. Manakala suaminya masih cuba menenangkannya.

"Nah, it's okay."

"But....

Does he still love me?"

"Sir." Ammar menoleh ke samping.

"Sir Azlan want to talk with you." Seseorang lelaki yang tidak diketahui memberi telefon kepada Ammar.

"Where are you?" Tanya Azlan yang dimana Ammar baru je nak bagi salam.

~Ammar Izan~

"Asal kau nak berjumpa dengan aku?" Tanya Ammar kepada Azlan. Mereka berdua sedang berbual di sedai kafe yang famous.

"Asal muka kau tak nampak macam ceria sangat?"

"Perlu ke aku ceria 24 jam?" Jawab Ammar dengan dingin seperti ais. Azlan langsung ketawa. Belum mula perbincangan Azlan dah mengeluh.

"Kita berdua harus sepakat singkirkan Ophelia." Azlan menyandarkan belakangnya pada kerusi. Ammar yang mendengar memandangnya dengan kehairanan.

"Maksud kau?"

"Aku tak nak rumah tangga Aryan rosak disebabkan perempuan tu. Kalau rosak rumah tangga Aryan itu mungkin kesempatan Zahir untuk mendapatkan Adira lagi. Dan kalau nak difikirkan lagi, Adira boleh sahaja dibawa jauh dari kota." Azlan mengeluarkan pendapatnya kepada Ammar. Meskipun terlihat kejam ada baiknya juga.

Azlan hanya tidak mahu melihat rumah tangga sahabatnya rosak hanya kerana perempuan yang pernah ia cintai. Bahkan Azlan juga tidak mahu melihat wanita yang tulus mencintai Aryan patah hati sehingga ia menutup pintu hati serapat-rapat yang mungkin.

"Aku pun ada fikir macam tu. Cuma aku tak tahu bagaimana cara nak singkirkan dia. Yelah, perempuan macam dia ni licik sikit."

"Dia memang licik sejak join askar dahulu. Dia dan Zahir sama je tiada jauh beza. Keduanya tak tahu kenapa tujuan mereka buat macam ni."

"Perempuan tu tiada tujuan pun. Tujuan dia nak Aryan je. Tu je yang dia inginkan." Jelas Ammar yang dah kenal dengan perangai Zamira sejak Ammar tahu kalau Zamira ni anak Puan Husna dan kakak tiri Adira.

"Habis tu dia yang menghilang diri sejak bertahun tu dah kenapa?" Ammar terdiam. Ia tidak tahu ingin berkata apa. Di benaknya ia kembali kepada masa lalunya. Dimana ia dan Zamira terakhir kali berbual.

"Asal kau nak lakukan semua ni?" Zamira hanya terdiam. Ia memegang senjatanya lalu membelek-beleknya.

"Aku tak nak nyawa adik aku dalam bahaya. Terutama ibuku. Dia dari dulu nak Adira mati. Ibu aku jiwa dia memang suka terganggu. Kononnya, ia seperti dihantui oleh bayangan ibu Adira ataupun kalau aku nak sebut-"

"Maksud kau adik dia?" Jawab Ammar. Zamira agak terkejut ketika Ammar menjawabnya. Mana tidaknya, kisah keluarga Adira hanya Zamira dan ibunya sahaja yang tahu.

Aishah ibu kepada Adira merupakan adik kepada Puan Husna yang mati kerana bunuh diri. Namun, cerita itu hanyalah diputar belitkan. Kenyataannya, Puan Husna lah yang membunuh adiknya sendiri dengan kejam. Ia sengaja menolak Puan Aishah dari balkoni sehingga jatuh ke lantai bawah.

Saat itu Zamira telah melihat kejadian tersebut di depan matanya. Namun dirinya disuruh diam oleh ibunya. Jika ia berani membuka mulut ibunya sanggup berbuat apa sahaja terhadap anak kandungnya itu.

"Ibu kau tu memang suka dengan ayah Adira. Namun cintanya tidak dibalas. Ayah Adira lebih memilih Puan Aishah daripada dirinya. Lama-kelamaan ibu kau juga tergila akan harta ayah Adira, kan." Zamira menghela nafasnya. Ia agak sedih saat mengenang nasibnya sendiri.

"Jadi kau akan bekerjasama dengan Zahir? Kau boleh fikir benda tu lagi sekali. Takut bila kau dah berjanji, janji kau tu tak ditepati." Nasihat Ammar. Dan memang betul Zahir tidak menepati janjinya.

Ia mengkhianat janjinya dengan Zamira. Ia tetap terus datang untuk memiliki Adira. Cinta Zahir terhadap Adira memang tak boleh dipisahkan.

"Oi Ammar!" Panggil Azlan. Jauh sangat Ammar termenung sehingga lupa nak balik ke masa sekarang.

"Apa yang kau tenung jauh sangat ni?"

"Tak ada lah."

"Ni pasti lagi fikir tentang Zulaikha en." Usik Azlan.

"Mana ada. Sembarangan kau ni." Ammar bangun dan bersedia untuk pergi. Namun sebelum pergi alangkah lebih baik jika ia membongkar sesuatu.

"By the way. Hubungan Zahir dan Zamira hanyalah batas sahabat. Zahir sebenarnya anak baik cuma saat sudah mengenal cinta otaknya entah kenapa jadi lain. Sedikit kejutan juga, Zamira merupakan kakak tiri kepada Adira." Azlan dengan laju melihat ke arah Ammar.

"Kakak? Ammar! Apa maksud awak?" Panggil Azlan. Ammar dah terlebih dahulu pergi.

Tibanya di rumah. Semua dah masuk ke dalam. Namun, rumah Encik Izman menjadi sunyi. Adira pula dah masuk bilik bersama Aryan. Manakala yang lain di ruang tamu.

"Mira dah kenal Zahir lama dah. Mira tahu Zahir ni macam mana. Mira buat lagi persetujuan janji dengan Zahir." Jelas Encik Hassan yang tidak terima kalau Zamira hanya melakukan ini semua hanya untuk melindungi Adira.

"Ayah tak faham. Mira buat semua ni semata-mata nak lindung Adira dari orang yang berselimut dibalik kegelapan. Orang ni lebih kejam lagi dari Zahir." Jelas Zamira dengan penuh kejujuran. Namun, kejujurannya telah disalah gunakan.

"Ye Mira tahu Mira salah. Mira tahu Zahir ni memang jenis orang yang suka mungkir janji. Mira tahu. Kalau Adira kahwin dengan Zahir dah selesai semua konflik kita." Qila yang mendengar memang dari awal tak masuk akal. Kalau setakat nak lindung itu memang masuk akal. Tapi kalau setakat nak selesaikan konflik dengan pisahkan Adira dan Aryan memang tak masuk akal langsung.

"Jangan-jangan kau guna nama Zahir semata-mata nak dapatkan Aryan. Ataupun kau guna nama Zahir supaya kau boleh ceraikan Adira dari Aryan." Wajah Zamira bertukar secara mendadak.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Tanya Mira dengan sakit hati.

"Qila tak salah. Yang salah adalah apabila seorang wanita datang untuk mendekati seorabg lelaki yang sudah beristeri itu yang salah." Jawab Puan Siti yang dah lama tahan sabar.

"Mira cakap Zahir hanya nak Adira. Kau dengan dia sama. Kau nak anak aku juga."

"Pu-"

"Dahlah Mira. Semua dah tahu. Kau balik ke sini semata-mata nak rampas Aryan. Zahir pula memang tergila dengan Adira. Bahkan otak dia pun dah error dah. Jadi otak kau yang belum tentu arah tu boleh dibaiki lagi. Mata tu buka besar sedikit." Ujar Ammar yang memanaskan lagi suasana. Ia datang secara tiba.

"Ammar.."

"Kau dahulu cakap dekat aku, kau nak menghilangkan diri cuma nak jaga nyawa Adira. Sekarang kau datang lain pula." Zamira tiada kata. Ia dengan Zahir memang ngam. Dahulu kata lain sekarang kata lain.

"Semua dah jelas dah. Okay. Sekarang Zamira kita pergi balik." Ujar Encik Hassan. Ia memegang tangan anak perempuannya.

"Hassan kau tinggallah dekat sini." Ujar Encik Izman. Puan Siti pula mengangguk.

"Tak payahlah Man. Aku rasa menjauhkan Adira dan Zamira ni lebih baik." Zamira hanya tertunduk. Mukanya kelihatan sangat sedih.

"Abah. Abah tak patut kata macam tu. Tak apalah Adira sekarang dah faham. Akak Mira ni dia nak lindung Adira je." Sahut Adira dengan penuh senyuman. Abahnya tidak mahu mendengar.

"Abah...tolonglah en. Adira ni lama dah rindu dekat abah. Adira tak nak abah jauh dengan Adira." Sayu melihat wajah anaknya. Dahlah ibunya meninggal dunia. Tambahan pula ibu tirinya nak bunuh dia.

"Betul kata Adira tu abah. Tinggallah bersama kitaorang." Jawab Aryan dari belakang. Baru habis bergaduh lah ni..aish..

"Ayah Adira boleh tinggal dekat sini. Tapi kalau perempuan ni tinggal dekat sini uisshh saya tidak terima." Jawab Qila yang memberi pendapatnya. Syafiqah pula ketawa. Mata Zamira hanya memandang Syafiqah dengan tajam.

"Ish kak Qila ni. Biarlah." Ujar Adira.

Yeup semua dah jelas. Tujuan Zamira dah jelas mengapa. Zahir pula dah jelas. Dia hanya inginkan Adira. Zamira pula ingin melindungi adiknya. Satu-satunya cara terbaik adalah berbaik.

"Maaflah eh sebab akak tak bagitahu adik." Ujar Zamira. Dari raut wajahnya seperti tulus.

"Boleh percaya ke dia ni. Muka memang nampak macam tulus tapi lama-kelamaan jahat nanti." Bisik Syafiqah. Ammar yang mendengar hanya tersenyum.

"Kita lihatlah nanti." Aikk, belum kenal lama dah macam dekat pula diorang ni. Keluarga Adira dan Aryan saling memaafkan satu sama lain. Dah cari penyelesaian sana sini. Tiada lagi dah konflik antara mereka. Kes kehilangan Zamira pun dah dirasmikan selesai dan ditutup.

"Are you she will change herself?" Apa yang korang fikir?

"Puan. Kami tanya ni. Kenapa puan nak bunuh anak puan?"

"Aku tak jahat. Dia yang jahat. Dia nak bunuh anak aku. Dia yang bunuh rakannya. Dia banyak bunuh orang." Jawab Puan Husna.

"Aku rasa dia memang ada gangguan jiwa ni."

"Aku tak gila! Aku kata apa yang betul! Dia jahat!" Semua hanya tenung Puan Husna. Tuan Arshaq yang di penjara tersebut pun dibuat hairan. Siapa orang yang dia katakan jahat ni?

[Author]
Sesuai dengan tajuknya. Cerita ini akan diputar belitkan. Namun jangan risau sangat masalah ni memang dah selesai separuh. Dah tu je yang mampu author katakan. Tapi jangan risau, semuanya akan dijelaskan sesudah semua cerita ni tamat. Insya-Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience