Telah tiba waktunya untuk berperang semula.
Awal paginya mereka dibangun dengan suara tembakan. Adira terperanjat mendengarnya. Adira yang tidur di peha Qila langsung bangun dan mengusap matanya.
"Good morning everyone! Good morning sayang." Jongkok dan memandang wajah Adira yang putih itu. Adira pula memalingkan mukanya. Zahir hanya tersenyum.
"Sir?"
"Pergilah. Biar aku urus semua ni. Jangan risau." Jawab Zahir kepada anak buahnya. Mata Syafiqah menoleh ke belakang. Segera anak buahnya juga faham apa yang dimaksudkan.
"Jangan lupa nyalakan pelacaknya." Ingat Zahir kepada anak buahnya itu.
"Fiqah. Kenapa Fiqah buat macam ni dekat mama dan papa nak?" Tanya ibunya dengan sedih. Hati sedih mengenang anak yang sanggup membuat ahli keluarganya ikut terseksa.
"Apa kaitan kami semua Fiqah?" Tanya ayahnya. Syafiqah semakin semak dengan semua pertanyaan yang diajukan. Bertubi-tubi soalan ditanya.
"Aku tahu korang akan menghalang aku buat macam ni. Jadi aku tak nak ada orang ganggu aku. Terutama akak."
"Jadi apa kena mengena dengan aku dan anak aku?!" Tengking mak cik Jenab.
"Sebab mak cik Jenab dah tahu apa yang sebenarnya terjadi." Jawab Adira dengan lantang. Ia tidak gementar. Ia tidak tergagap. Syafiqah pula hanya dapat memandangnya dengan penuh geram.
"Adira, Adira, Adira. Aku dah lama rancang semua ni Adira. Aku dah lama kenal Zahir, aku pun dah lama kenal keluarga dia." Jawab Syafiqah dengan lantang sembari tersenyum.
Syafiqah menoleh ke arah Zahir. Zahir pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Ini kesempatan Syafiqah memberitahu sesuatu.
"Jangan cuba nak bongkarkan semuanya. Kalau kau berani bongkarkan segalanya, aku tak segan nak ambil nyawa kau." Syafiqah menolak kepala Adira dengan telunjuk jarinya.
Adira tak habis fikir. Meskipun ia felah merahsiakan semuanya bertahun lama tetap sahaja ia dikhianati. Ia merasa dirinya telah pun bersekongkol dengannya. Adira hanya mengangguk namun hatinya mempunyai niat disebaliknya.
Tuan Arshaq and Black Cover's Team.
"Tuan! Kami telah mendapat info baru. Kami telah melacak kedudukan mereka. Tampaknya mereka berada didalam bangunan yang lama dan tidak jauh dari sini!"
"Tak apa kita serbu mereka secara senyap. Kalau ikutkan plan aku nak kita semua serbu mereka dimalam hari. Tetapi kita kekurangan waktu dan risikonya mungkin mengambil masa yang lama." Jelas Tuan Arshaq kalau hendak ikutkan hatinya. Namun ini semua hanya untuk keselamatan semuanya.
"Aku tak kira pagi petang malam ke. Yang penting semua selamat termasuk isteri aku. Aku tak kisah pun kalau aku mati sekalipun." Jawab Aryan dengan penuh serius. Kalau dah serius si Azlan hanya setuju je dengan dia. Yelah sahabat en, kita harus back up sahabat sendiri.
Sebelum misi bermula Tuan Arshaq membesarkan suaranya agar yang lain dapat dengar.
"Tapi sebelum tu aku nak bagi korang dalam beberapa kumpulan. Aku nak Ammar dengan Hayes. Aryan seperti biasa kau dengan Azlan. Dan yang lain pula aku akan beri arahan seterusnya. Faham?" Semua mata fokus ke arah Tuan Arshaq.
"FAHAM TUAN!" Kesemua pasukan yang dimiliki oleh Tuan Arshaq memang laju buat kerja.
Pada awalnya Tuan Arshaq ingin memisahkan Ammar dan Hayes agar menjadi dua kumpulan. Kumpulan Ammar akan ditugaskan untuk menjaga keamanan di bandar bagi mengelakkan kekecohan berlaku. Yelah Tuan Arshaq takut kalau anak buah Zahir buat kecoh di bandar.
Sementara kumpulan Aryan pula pergi menyelamatkan Adira dan yang lainnya. Namun sayang sekali mereka tidka cukup tenaga kalau dibahagikan kumpulan. Kumpulan Tuan Arshaq tak akan banyak seperti sekarang.
Tuan Arshaq telah berunding dengan atasannya untuk menggabungkan kedua group tersebut agar menjadi satu pasukan yang banyak. Jadi tak heran kalau mereka banyak dalam menjalankan misi ini.
International Hospital
Mata yang berwarna hijau melihat skrin TV. Mulutnya tak henti terkumat-kamit. Ia berharap agar adiknya selamat pulang. Ia juga berharap agar Aryan dapat kembali dengan selamat seperti sediakala.
Zulaikha pula hanya duduk menonton televisyen. Hatinya sangat risau jika tunangannya akan terkorban. Namun ia tidak memikirkan Ammar yang masih menaruh cintanya pada diri Zulaikha. Sayang sekali fikiran dan hati Zulaikha hanya untuk Hayes.
"Ya Allah, engkau lindungi anak aku ." Doa seorang ibu kepada anaknya. Puan Siti sangat risau. Ia tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Pihak media massa tidak mendapat izin untuk ikut bersama. Mereka hanya dapat menyiarkan berita tentang persediaan mereka untuk menghadap pasukan Zahir.
Tapi mereka tak terfikir langsung kalau strategi mereka akan diketahui oleh musuh melalui rancangan yang disiarkan. Apa tanggapan mereka?
Enemy
"Asal mereka ni lama sangat nak kesini?" Televisyen berada di hadapan mereka. Namun tiada siapa yang membukanya. Ia dibiarkan tertutup tanpa mengetahui berita di bandar. Sama juga yang dilakukan oleh Zahir. TV je ada tapi tak dibuka.
"Are you mumbling?" Tanya seorang rakan dari luar negara. Ia menggelengkan kepalanya. Namanya bermula dari huruf N. Seorang lagi namanya bermula dari huruf C. Keduanya ini merupakan anak buah Zahir.
Manakala anak buah Syafiqah pula bermula dari M dan seorang lagi bernama O.
"Okay. I thought you were mumbling." Ujar si C. Si C dari tadi kehulu kehilir kerana bosan. Ia tidak tahu apa yang harus ia buat.
"Hazırolun. (Bersedialah.)" Walkietalkie milik anak buah Syafiqah berbunyi. Anak buah Zahir pula memandang keduanya. Keduanya tak tahu apa yang dimaksudkan. Jadi keduanya meminta untuk penjelasan.
"I'll tell both of you later." Ujar si M dan berlalu pergi. Anak buah Zahir mengeluh. Sesuatu yang curiga memang sukar untuk dikesan, bukan?
"Jap, boss ada suruh korang berdua ikut kami ke tadi?" Tanya si N dengan curiga. Kebetulan kedua anak buah Syafiqah mengerti sedikit berbahasa Melayu.
Keduanya memandang antara satu sama lain saat si N mengajukan pertanyaan. Si O tersenyum meskipun tiada yang melucukan.
"Adiós amigo." Keluar terus bahasa ketiganya. Senjata yang disembunyikan di belakang dikeluarkan. Belum mengatakan sesuatu kepala si N langsung ditembak. Melihat temannya mati di tempat mata terbeliak luas. Anak matanya berubah menjadi kecil.
"Yo-"
BANG!
"Bagaimana dengan lokasi mereka?" Tanya Aryan kepada Azlan.
"Masih berada dalam radar." Azlan berkali-kali melihat radar. Saat itu mereka tiba-tiba berhenti. Kenderaan yang mengekori mereka berdua dari belakang pun berhenti mengejut.
"What happened?"
"Aku rasa baik kita berhenti disini. Dan lebih baik kita guna strategi milik Hayes. Kita menyerang mereka menghendap." Jawab Azlan dan berfikir strategi Hayes adalah lebih baik digunakan.
Aryan langsung turun tanpa arahan.
"Aryan!" Panggil Azlan. Terpaksa semua pasukannya mengikutinya termasuk yang lain. Mahu tak mahu Tuan Arshaq memerintah yang lain untuk mengikuti Aryan dan lainnya tinggal bersamanya.
"Can we do this?" Tanya seorang tentera. Tak sedar perbualan mereka didengar dari radio dan tersambung ke arah radio milik Tuan Aryan.
"Jangan risau, ikut perintah ku. Team Ammar pergi dari sisi kiri. Team Aryan dari sisi kanan. Yang lain pecah kepada 2 kumpulan dan satu daripada kumpulan kamu berpecah mengelilingi bangunan. Tak kira dimana tempat korang asalkan korang jauh dari bangunan tersebut!"
"Yes sir." Semua setuju.
Suara jeritan Adira terdengar. Ia ditolak keras ke dinding.
"Kau tak boleh lari lagi Adira.." ujar Zahir. Ia mendekatkan dirinya kepada Adira.
"Dah lama aku ingin bertemu dengan awak, Adira. Aku suruh Syafiqah buat semua ni. Kau tak lihat ke bertapa susahnya aku nak dapatkan engkau balik." Ujar Zahir dengan suara sedih. Hatinya sedih bagaikan kaca pecah. Namun diri Adira bagaikan mawar berduri pada tubuhnya.
"Awak tahu tak awak bekerjasama dengan pembunuh keluarga awak?" Tanya Adira dengan sayu. Sayu melihat perubahan Zahir yang memang jauh beza dengan dia dahulu.
Zahir ketika dahulu seorang anak lelaki yang baik. Namun tekanan dari keluarganya membuatkan mentalnya semakin runtuh. Kematian 2 adik-beradiknya juga memberi impak yang besar dalam hidupnya. Bahkan kematian ibunya pula adalah ulah darinya.
Namun itu semua mempunyai kisah disebaliknya semuanya. Bukan dia yang membunuh namun dia pembunuh keluarganya.
Hasut!
Hasut!
Dan,
Hasut!
"Apa maksud awak?" Tanya Zahir dengan wajah dinginnya. Baru nak cakap Syafiqah datang dari belakang. Adira terpaksa menghentikan perbualannya dengan Zahir.
"Mereka dah start berperang di sana." Ujar Syafiqah. Rekaman dari CCTV tersambung ke arah mereka.
"Abang?" Panggil Adira dengan nada yang kecil. Zahir tersenyum lebar.
"AMMAR TUNDUK!"
"Abang.." ujar Qila kepada suaminya. Suaminya mengerti apa yang dimaksudnya.
[AUTHOR]
Minta maaf eh lambat update. Kebelakangan ini author terlalu sibuk. Jadi author memang lambat update.
Share this novel