Bab 21: Ammar Izan: Love

Romance Completed 9626

Dipagi hari yang begitu cerah dengan pancaran sinaran matahari. Burung berkicauan. Di luar banyak sekali kereta dan motorsikal di jalanan.

Suasana di hospital memang akan terdengar riuh. Suara kanak-kanak ketawa pun terdengar.

"Aucune autre pièce n'a été blessée? (Tiada bahagian lain yang cedera?)"

"Aucun. (Tiada.)" Doktor wanita itu mengangguk sebaik sahaja doktor di hadapannya menjawab. Dari kejauhan Puan Siti, Encik Izman dan Syafiqah bergegas seperti kena kejar.

"Doctor! How my...my..my...ee.. my daughter?!" Noh ambik kau. Lantaklah apa yang nak dikatakan. Asalkan jadi.

"Which one?"

"Ehh, you know the..." Doktor perempuan itu pula hanya sabar menunggu jawapan Puan Siti. Melihat Puan Siti tergagap nak ucap Syafiqah mencuba menjelaskan dalam bahasa English.

"Dahlah English aku teruk. Suruh pula. Kak Qila ni pun satu, mana dia pergi lama sangat." Gumam hati Syafiqah.

"Ehh, you know the person that missing yesterday? The girl with hijab? Her name is aa... Adira." Pergerakan tangan tidak ketinggalan.

"Ohh Adira. Pesakit bernama Adira ada di bilik 01." Punya susah Syafiqah translate perkataan di kepalanya, tahu-tahunya pandai bahasa Melayu pula.

"Ingatkan minah seorang ni tak faham bahasa Melayu tadi." Hampir marah Syafiqah dibuatnya. Doktor perempuan itu hanya ketawa. Rakan di sebelah doktor itu pula hanya ternganga je tak tahu apa yang orang katakan.

"Bahasa Melayu is my first language. Dah nama dia hospital internasional memang berbagai ragam yang ada dekat sini." Jelas doktor perempuan itu lalu pergi. Ibu bapa Aryan yang dah masuk meninggalkan Syafiqah yang masih kehairanan.

"Adira!" Kedatangan ibu dan ayahnya membuatkan hati Adira gembira dan lega. Mana tidaknya kalau kedua mereka juga diikat pada waktu Adira balik.

"Adira okay ke?" Tanya Puan Siti yang memang dah risau dengan keadaan Adira. Adira mengangguk.

"Adira, cuba teka siapa yang datang." Tanya Encik Izman dengan tersenyum.

"Siapa? Syafiqah?"

"Bukan..lain.." Lama Adira fikir siapa agaknya. Pintu bilik hospital pun dibuka.

"Adira!" Sapa Syafiqah dengan gembira. Di belakangnya ada seorang insan yang pernah menanti kepulangan anaknya.

"Abah?" Encik Hassan tersenyum sembari menitiskan air mata. Encik Hassan berjalan laju untuk memeluk anaknya. Adira menangis di pundak ayahnya.

"Ya Allah, abah hampir mati rasa abah ingatkan kamu tak dijumpa." Memegang kedua pipi Adira lalu mencium. Adira pula masih menangis antara

Rindu

Atau

Risau

Jika suatu saat ia tidak dapat melihat ayahnya lagi ataupun jika suatu saat ayahnya tidak melihat dan mendengar suara anak perempuannya yang selalu tidur di pehanya.

"Korang ni memang tak boleh diharapkan." Ujar Zahir dengan nada yang rendah. Orang yang mendengar pun saling memandang antara satu sama lain namun tidak tahu apa yang dimaksudkan olehnya. Hairan.

"Sen orada neden bahsediyorsun? (Apa yang awak bebel di sana?)"

"Kapa çeneni. (Kau diamlah.)" Zahir mulai meninggikan suaranya.

"Sen orada tek başına konuşurken ben nasıl susabilirim? (Macam mana saya nak diam kalau awak bercakap seorang diri dekat sana?)" Fikiran Zahir yang memang dah carut hanya menghela nafas. Ingin melepaskan geram tapi tak boleh.

"Habis anak buah aku kau tangkap!" Semua anak buahnya ditangkap kecuali ada beberapa orang sahaja yang berjaya melarikan diri.

"Masalah satu belum selesai datang lagi masalah lain. Tuan Arshaq ni pun satulah! Semak kena kacau hari-hari!" Zahir memukul meja untuk melepaskan geramnya. Beberapa orang di hadapannya terpaksa bangun dan pergi dari muka Zahir. Yelah takut kena tibai nanti.

Orang tak salah kena tibai sakit mat.

"Tak apa kau tunggu nanti. Aku kembali lagi dengan membawa beberapa kejutan untuk korang semua." Otak Zahir ni memang gila. Bahkan Tuan Arshaq sahaja tidak tahu mengapa Zahir suka sangat buat kriminal.

Akan tiba masanya nanti.

International Hospital

"Ammar?" Ammar dengan laju menoleh ke belakang. Ia melihat Adira lagi berjalan ke arahnya.

"Adira? Kenapa awak berjalan ni? Awak tu belum sembuh lagi."

"Ishh Adira okay je."

"Adira, aku keluar dulu eh." Ujar Syafiqah yang memapah Adira berjalan menuju Ammar. Adira mengangguk.

"Asal berdiri di sini? Kenapa tak masuk je?" Tanya Adira melihat Ammar dari tadi hanya tercegat je di pintu. Ammar mendiamkan diri. Ia memandang semula bilik wad Zulaikha. Adirs yang tidak tahu apa-apa cuba menjeling.

Saat melihat ke dalam Adira baru sadar. Ternyata dah ada orang lain di bilik Zulaikha. Orangnya hensem dan putih. Bila disamakan memang ngamlah. Tapi masalahnya sekarang...

"Abang? Abang okay ke?" Ammar memegang jantungnya. Ia merasakan detak jantung tidak lagi berdegup laju.

"Alah! Mungkin tu abang sepupu dia tu! Kita masuklah dahulu mana tahu tu bukan orang lain! Dah jom masuk." Adira membuka pintu. Mata Zulaikha yang bulat memandang ke arah Ammar dan Adira.

"Assalamualaikum." Sapa Adira dengan penuh senyuman. Bunga yang dibawa oleh Ammar disembunyikan di belakang.

"Walaikumusalam." Zulaikha dan seorang lagi lelaki sama-sama menyahut salam dari Adira. Sebelum memulakan perbualan Adira berkali-kali memberi isyarat kepada Zulaikha. Siapa agakanya lelaki itu?

"Kenapa dengan mata Adira ni?" Tanya Zulaikha yang tidak tahu apa yang dimaksudkannya. Ammar yang berada di sebelahnya hanya memandangnya.

Lama kelamaan faham juga akhirnya si Zulaikha ni.

"Oh ni lupa saya nak perkenalkan. Ni Hayes Zevrin tunangan saya." Senyuman yang terukir di wajah Adira mulai menghilang. Ia menundukkan kepalanya. Ammar pula meletakkan telapak tangannya di lehernya. Namun, ia masih tersenyum pahit.

"Asal dengan muka korang berdua ni?" Tanya Zulaikha sembari tersenyum.

"Hai, saya tunangan Zulaikha." Sapa Hayes Zevrin. Pecah mat hati Ammar apabila tahu Zulaikha dah punya tunang. Mata Hayes pula berkali-kali melihat Ammar.

"Uhmm, ni nah. Bunga ni dari Adira. Dia suruh saya beli bunga ni untuk bagi kat awak."

"Abang?"

"Kan Adira kan. Haa. Saya letak dekat sini eh." Ammar meletakkan bunga yang diketahui memang bunga kegemaran Zulaikha iaitu bunga mawar pink.

"Oh terima kasihlah sangat-sangat." Ammar tanpa sepatah dua kata ia langsung pergi meninggalkan ketiga mereka. Adira yang melibatnya menjadi sedih.

"Awak, saya keluar dahulu eh. Saya nak cakap dengan dia." Ujar Hayes. Zulaikha menganggukkan kepalanya.

"Dira, kenapa dengan abang sepupu awak tu? Sedih betul aku nampak." Adira tidak boleh berkata. Ia hanya dapat menghela nafas jelah.

"Ammar. Ammar!" Hayes mengejar Ammar dari belakang.

Hayes Zevrin
25 tahun
Rakan sepasukan Ammar Izan di kententeraan.

Hayes ni sengaja je tak kenal dengan Ammar ni. Ammar pula tak tahu kalau Hayes dah jadi tunang kepada Zulaikha wanita yang ia sukai.

"Ammar!"

"Hmm?" Ammar hanya tersenyum memandang rakannya. Hati Hayes rasa bersalah pula apabila memandang wajah Ammar yang masih terukir senyuman.

"Apa yang nak dikatakan? Asal diam?" Tanya Ammar yang masih mengawal dirinya.

"I'm sorry.."

"Untuk apa kau minta maaf?" Tanya Ammar yang hairan.

"Ammar, aku tahu hati kau sedang sakit. Tolong jangan berpura-pura senyum depan aku. Aku tahu kau sukakan Zulaikha." Ammar menepuk bahu Hayes sembari tersenyum.

"Dah namanya takdir en. Aku terima jelah apa pun hakikatnya. Biarkan jelah." Ammar berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti seketika.

"Ni aku nak bagitahu ketua bagi unit kita dahulu tu namanya Tuan Aryan Hadi. Kalau Tuan Arshaq tanya kau jawab je yang tu." Hayes melihat rakannya semakin menjauh meninggalkan dirinya.

"Kalau pun kau sangat mencintai Zulaikha aku redha menerima segalanya jika Zulaikha memilih engkau,

Ammar."

Hayes memusingkan badannya dan menuju semula ke arah bilik Zulaikha.

"Oh jadi selama ini dia pendam perasaan dia dekat akak lah?" Adira hanya mengangguk. Meskipun Adira dan Zulaikha jauh beza dari segi umur keduanya dah macam adik-beradik.

"Nak buat macam kalau aku dah pilih jalan ni." Adira mengangguk setuju.

"Jangan risau sangatlah nanti aku pujuk dia." Pujuk? Bagaimana nak pujuk kalau hatinya selalu dipatahkan? Ataukah ini hanya untuk menguatkan hati Ammar?

"Akak, Adira pergi dulu eh, nak pergi ke pantai sebelah sono." Zulaikha pun mengangguk. Sana sini sedih haih..

Adira pun keluar dari hospital. Kebetulan ibu bapanya masih di bilik wad Adira. Adira menghirup udara segar. Memang indah ciptaan Allah.

Dari kejauhan ia nampak Aryan lagi berbual dengan seseorang. Adira yang ingin tahu berjalan menuju ke arah Aryan.

"Akak? Kenapa kak Ophelia ada di sini?"

"Eh tu bukannya Adira ke?" Ujar Qila yang memang jenis manusia lambat. Semua mata melihat ke bawah.

"Haahlah! Tu Adira lah! Tapi asal ada Ophelia si perempuan muka hauk tu ada kat sini?"

"Ophelia?" Tanya Encik Hassan dengan terkejut.

"Haah. Ophelia."

"Kenapa ni Hassan? Kenapa muka kau tu nampak macam terkejut sangat?" Tanya Encik Izman melihat ayah Adira yang terkejut.

Tempat letaknya para kriminal.

Di suatu penjara yang memang jauh dari kota. Di sekeliling bangunan penjara itu adalah hutan. Namun, pengawalannya sangat ketat dan tiada lagi sejarah banduan melarikan diri.

"Va mourir. (Pergi mati.)" Pihak yang menyiasatnya pun hanya tersenyum.

"Pensez-vous que je vais tout déballer? (Kau fikir aku akan bongkarkan semuanya?)"

"Speak English bro. We don't understand what you mean." Ujar seorang lagi rakan penyiasatnya.

"No need to translate, I understand what he means." Ujarnya kepada rakannya. Baru je nak jawab orang bawahan Zahir berkata lagi.

"Dig your wife's grave and you will see the body of your beloved wife." Ucapannya mengundang marah. Mendengarnya ia tidak menerima jika sang isterinya diperlakukan seperti itu. Ruang penyiasatan menjadi kecoh.

"Oi relax!"

Puan Husna yang dipenjara duduk bersama banduan lainnya.

"I can't believe why she is so cruel that she wants to kill her own daughter." Mentang Puan Husna tak tahu bahasa English dia sindir Puan Husna dari depan. Puan Husna hanya duduk di sisi dinding. Menjauh dari semua banduan lainnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience