"Aku memang dah agak dah! Kau memang jahat!"
"Neden benimle? (Kenapa dengan saya?)" Memandang orang itu dengan pandangan tidak bersalah.
"Kau tak payah nak cakap macam orang luar! Muka je cantik tapi perangai macam syai-" pipi sebelah kanannya ditampar.
"Senin gibi yaşlılar susmalı. (Orang tua macam kau sepatutnya diam.)" Orang yang lebih tua dihadapannya bagaikan tiada harga diri.
"Mak cik mak cik. Mak cik tak payahlah nak bandingkan kejahatan aku dengan kejahatan mak cik. Mak cik pun jahat juga en."
"Eh aku memang jahat tapi aku tak jahat macam kau! Kau pembunuh!" Seketika senyumannya terjatuh. Namun, ia hanya tenang sahaja. Ia terima segala caci maki dari orang tua itu.
"Tak apalah mak cik, aku pergi dulu. Sebab aku tak ada masa nak layan perangai mak cik yang macam beruk ni. Mak cik berboraklah dengan si orang itu eh. Bye.." melambai ke arah orang tua itu. Tangan dirantai. Kaki diikat. Orang-orang sado banyak yang menjaga. Nak lari mana?
Datanglah seorang lelaki yang memang terkenal dengan orang yang suka membuat masalah. Siapa lagi kalah bukan Zahir.
"Hai mak cik. Masih ingat saya tak?" Muncul di depan orang tua yang lagi melutut dengan rantai di kaki tangannya. Orang tua yang lagi mendongak kepalanya untuk melihat tidak mengenalinya.
Lelaki itu mengambil kerusi dan duduk di hadapannya.
"Remember me?" Menunjukkan kepada dirinya.
Ingatan orang tua itu kembali berputar. Beberapa hari yang lepas ia pergi ke pasar. Kononnya nak membeli belah. Kebetulan dia tidak dijemput oleh anaknya. Ia bertekad naik bus. Ia sanggup berjalan kaki menuju pondok menunggu bus.
Dalam perjalanan dirinya tidak sengaja terserempak dengan sekumpulan lelaki yang mengenakan baju serba hitam. Asap rokok keluar dari mulut. Ia dengan berani berjalan melintasi mereka.
Sayang sekali mereka sangat laju. Mulutnya ditutup. Ia diancam dengan pistol jika ia berani berbuat apa-apa. Turunlah seorang lelaki dengan kaca mata hitamnya. Ia turun dan memperkenalkan dirinya.
"Lelaki itu."
"Yeup Zahir." Ia menunjukkan kertas dengan gambarnya sendiri. Tulisan pada kertas tersebut 'Wanted'. Tanpa rasa bersalah ia tersenyum lebar.
"Mak cik pasti namanya mak cik Jenab en? Mulut puaka tu. Kedatangan saya ni nak tanya, mana eh alamat rumah Adira anak kepada Encik Hassan?" Dengan lembut bertanya. Mulutnya dilepaskan.
"Kau siapa!" Tengking mak cik Jenab.
"Santai. Relax. Aku ni nak cari Adira je. Mana dia sekarang?"
"Kau carilah sendiri! Kau ada kaki ada tangan ada mata carilah!" Marah mak cik Jenab. Kedua tangan mak cik Jenab dipegang oleh dua orang lelaki yang berbadan besar. Zahir jenis manusia yang tidak pernah sabar meletakkan dahulu rokoknya di mulut dan mengeluarkan senjatanya dari poket seorang assistant.
Ia mengarahkan senjata tersebut ke arah perut mak cik Jenab.
"Saya tanya mak cik sekali lagi. Mana Adira tinggal." Tanya Zahir dengan lembut.
"Kau tanya aku apahal? Aku mana tahu rumah Adira! Yang tahu hanya bapa dia je." Ujar mak cik Jenab yang berpura-pura tidak tahu. Soalan Zahir beralih lagi.
"Okay kalau macam tu, rumah Encik Hassan dekat mana?" Tanpa segan mak cik Jenab memberitahu alamat rumah Encik Hassan.
"Good. Back to my question. Mana rumah Adira?" Tanya dan ditanya lagi. Selagi belum mendapat jawapannya selagi itu ia mengancam nyawa mak cik Jenab.
"Kalau mak cik tak nak jawab..." Zahir menoleh ke belakang dengan pelahan. Seorang lelaki yang menahan pintu mengeluarkan seseorang dari dalam kereta. Namun peliknya ia pergi ke belakang bonet kereta.
Jalan ketika itu memang tak ada orang. Mana tidaknya mereka telah meletakkan papan tanda orang lagi bekerja dan dilarang digunakan.
"Orang itu akan menjadi orang yang terakhir mak cik tengok."
"Mak.." panggil anaknya dengan muka sedih. Sayu melihat anaknya diculik. Mak cik Jenab yang tak terima memberontak. Namun tubuhnya yang tua sesuai dengan umurnya tidak mendapat melawan. Pistol tersebut pun diarahkan kepada anak mak cik Jenab. Mak cik Jenab yang tidak mahu kehilangan anak yang satu-satunya terpaksa memberitahu keberadaan Adira.
Mak cik Jenab tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi. Suaminya meninggal kerana ditembak di dada. 4 orang anaknya mati kerana dibantai habis-habisan termasuk sang ibu dan sang ayah. Tidak kira mertuanya ataupun ibu bapa kandungnya.
Kembalinya ke masa sekarang. Mak cik Jenab dah ingat! Tapi ia bernasib malang kerana ia diculik dan ditempatkan di sisi anak perempuannya.
X
"Mak cik kalau nak bertamu, bertamu elok-elok eh. Kang aku ambil sudip aku ketuk mak cik nanti. Ha.."
"Eleh, kau yang single tu tak payah nak banyak cakap. Duduk diam je." Ammar menjadi panas. Ia melipat lengan bajunya sehingga ke siku. Semua tubuhnya menjadi gatal.
"Yan kau pegang aku jap." Menghulurkan tangannya. Aryan memegang tangan Ammar dengan penuh tekanan.
"Eh mak cik. Mak cik dengar sini. Suatu hari nanti kang mak cik tak ada ha, aku pakai daging mak cik nak ku jadikan lauk-pauk aku. Ha. Lepastu aku hidang dekat pinggan satu-satu aku suruh para tetamu rasa bagaimana daging mak cik. Kalau sedap aku boleh jual. Untung tu aku yang dapat, mak cik? Mak cik tak dapat apa-apa." Ha ambik kau minah! Ammar dah naik darah ni.
Puan Siti yang lagi meneguk air hampir tersembur. Encik Izman pula terbatuk-batuk mendengarnya. Ulah Ammar ni memang selalu je buat orang ketawa.
"Hmm, datang lagi penyakit dia." Encik Hassan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Ia dah lama tahu macam mana perangai Ammar ni.
"Kurang ajar kau eh."
"Eh kita pula yang dikatakan kurang ajar! Mak cik, hidup ni singkat, mak cik. Kalau saya nak singkatkan lagi hidup mak cik saya tak kisah. Saya pandai orangnya." Makin panas hati mak cik tu dengar.
"Allah.." mak cik tu dah mula mengeluarkan kipas tangannya dari beg.
"Sabar. Sabar." Puan Siti cuba menenangkannya.
"Betul juga kata si Ammar tu. Aku sokong." Ujar Encik Izman yang menyokong. Zamira yang melihat semuanya berbalik badan. Ia menuju ke ruang bilik. Aryan yang melihat langsung mengekorinya. Adira pula dari tadj ketawa tengok perdebatan antara Ammar dengan mak cik itu. Mak cik itu boleh dikira sebagai jiran sebelah rumah.
Mata Aryan mencari-cari di mana keberadaan Zamira. Dari kejauhan ia melihat Zamira lagi duduk sambil menhayunkan kakinya. Di depannya ada sebuah air pancut dengan kolam ikan.
Aryan menghampiri Zamira. Aryan duduk sambil menyilangkan kaki. Keduanya diam. Suasana sunyi.
"Bagaimana khabar kau?" Tanya Zamira untuk memecahkan suasana yang sunyi.
"Good." Entah kenapa dunia ini bagaikan mereka berdua sahaja.
"Bagaimana rasanya menjadi pengkhianat?" Fuhh savage. Zamira hanya termenung. Ia mengubah posisi duduknya. Kakinya tetap dihayunkan. Untunglah pendek kan.
"Terkadang rasa bersalah. Terkadang rasa diri betul atas apa yang aku buat." Jelas Zamira dari lubuk hatinya. Zamira menoleh ke sisi.
"Aku tahu kau risau terhadap aku. Aku tahu kau sakit hati."
"Kau tahu kan berapa lama aku menunggu kau untuk datang. Sebelum kau menghilang kau dah lama dah beritahu aku bahawa kau akan balik."
"Ryan. Aku nak tanya kau satu soalan. Awak masih menaruh cinta awak?" Soalan yang pelik! Mengarut! Aryan pula hanya diam.
"Kalau nak jujur..." Aryan menghela nafasnya, "Masih." Zamira pula tersenyum. Meskipun Zamira tahu adiknya yang berkahwin dengan Aryan ia masih ingin mendapatkan Aryan.
Langsung dari belakang rambut Zamira dijamak. Aryan yang melihat bangun dan cuba menghentikan ulah Qila yang datang hanya untuk menjenguk Adira.
Adira pula hanya melihat suaminya dari arah kejauhan.
"Eh kau duduk diam eh!" Marah Qila terhadal Aryan. Qila dah lama tahan sabar ni. Zamira membuka genggaman Qila daripada rambutnya.
"APA MASALAH KORANG NI!"
"Eh perempuan! Kau tu yang bermasalah sebenarnya." Aryan langsung berdiri di antara Zamira dan Qila.
"Yan. Aku lama dah bagitahu kau. Kenapa kau pilih jalan yang serong?" Nasihat Azlan yang juga membawa buah tangan. Niat mereka ni semua hanya untuk menjenguk keadaan Adira.
Adira memerhatikan semua kekecohan dari atas.
"Eh kau apa masalah kau. Suka hati akulah." Wow, Aryan kau ni buat orang naik darah.
"Kepala pala kau suka hati! Eh kau jangan cuba eh nak sakitkan hati adik aku." Ujar Ammar yang mula sakit hati. Aik, tadi okay je.
Mulalah kecoh berlaku.
Share this novel