Bab 9

Romance Completed 9626

"Kau pergi bagitahu dia, aku tak datang mesyuarat nanti."

"Baik!" Telefon Aryan berbunyi. Aryan tidak memperdulikannya. Sekali lagi telefon Aryan berbunyi. Disebabkan gangguan Aryan dengan muka marahnya, membuka telefon.

Saat melihat notifikasi chat, Aryan langsung membuka tanpa bertanya langsung. Dari reaksi nya sahaja kelihatan muka Aryan tidak senang. Aryan menutup semula telefonnya dan meletakkannya dengan kasar.

"Apasal dengan muka dia tu? Marah sangat aku nampak." Gumam hati Lan yang melihat sahabatnya itu.

Adira masih berada di dalam bangunan serba moden. Adira makan bersama sahabatnya dan juga abang sepupunya di luar bangunan. Yelah kedai makan minum semua diluar. Kelihatan mereka sangat gembira keluar bersama.

"Ohh, jadi awak sepupu dia. Aku ingatkan siapa tadi." Ammar hanya mengangguk. Di mulutnya penuh dengan makanan.

"Oh ni Adira nanti kau balik naik kereta aku kan?"

"Maaflah ye Sya. Aryan datang tolong jemput aku nanti katanya." Memegang bahu Syafiqah dengan rasa bersalah.

"Alah, tak apalah. Aku okay je." Ammar tidak berbunyi. Ia hanya makan dan terus makan. Tak tahulah berapa pinggan dah dia habiskan. Ammar ni orangnya kuat makan tapi badan tak gemuk-gemuk. Masih kurus. Kalau pasal fizikal memang powerlah, dah macam setaraf dengan fizikal tentera.

"Eh jap eh, aku nak buat pembayaran." Baru nak bangun Adira, tangannya dipegang oleh Syafiqah.

"Biarkan aku yang bayar."

"Eh tak apa. Biar aku yang bayar." Keduanya berebut nak bayar. Namun, si Ammar ini pula masih meneruskan makanannya.

"Kau lepaskan tidak? Ku potong kepala kau nanti." Waduh. Baru pertama kali ini Syafiqah dilontarkan ucapan seperti itu. Syafiqah tidak ada daya untuk melawannya. Adira yang tidak sengaja mengeluarkan perkataannya, ia segera meminta maaf kepada Syafiqah.

Demi permintaan maafnya, Adira berjanji akan membeli sesuatu yang sahabatnya sukai. Mendengarnya, terukirlah senyuman manis di wajahnya. Adira langsung pergi untuk membuat pembayaran.

Namun di hati Syafiqah, iya terasa sedih kerana sahabatnya begitu kejam sehingga ingin memotong kepalanya. Bertopang dagu dengan ekspresi muka sedihnya. Matanya tertumpu kearah Ammar.

"Aku ingat kau dah mati. Rupanya belum lagi." Dengan nada kecil. Mula menarik nafas dan menghembuskannya kembali. Dia tak selesa ke dengan Ammar? Ammar memandang ke arah Syafiqah.

Terhenti sejenak. Ammar menoleh ke belakang namun tiada apa yang pelik.

"Kau umpat aku ke?" Tanya Ammar dengan nada mencurigakan. Mata Syafiqah seperti sedang menunjukkan sesuatu. Ammar mengambil telefonnya, kononnya lehernya sakit duk pusing sana pusing sini. Jadi untuk memudahkan kerja, dia ambillah telefon dan melihat dari screen telefon. Ia meninjau persekitaran.

Kedua bulu keningnya terangkat. Tiada perbualan. Sunyi. Hanya duduk di bangku yang tidak beralaskan bahan yang selesa seperti sofa. Ammar melihat kiri dan kanan.

"Sorrylah buat korang berdua menunggu." Adira datang secara tiba-tiba. Kaki Syafiqah terhantuk pada bawah meja. Bangku yang diduduki Ammar hampir jatuh.

"Amboi, jauh benar korang melamun!"

"Ya Allah, Adira. Terkejut aku."

"Heheh, maaf tak sengaja." Adira melihat jam di telefonnya.

"Wey, nampaknya aku kena balik ni."

"Ha yelah, aku masih nak kat sini. Kau pergilah." Tersenyum sambil meminum air yang dipesannya.

"Abang nak ikut?" Langsung bangun dan meletakkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Let's go. Aku nak tengok seberapa hensemnya you punya husband." Berjalan meninggalkan Syafiqah sendirian.

"Abang tahu tak yang sebenarnya abang ni jealous?" Mendengarnya langkah kaki Ammar terhenti.

"Sebab.." Berdiri di hadapan Ammar sambil jarinya menuding kearah mukanya, "Sebab abang tak kahwin." Selamba je Adira menjawab. Ammar menghela nafas.

"Okay look. Hidup saya ini tidak perlukan perempuan. Because I have my own money." Fuhh smart dho, langsung memakai kaca mata hitam dengan harga yang berbaloi.

"Saya harap Cik Zulaikha cari jodoh lainlah sebab si ehem ini katanya tak perlukan wanita." Senyuman yang terukir di wajahnya tiba-tiba bertukar pahit. Pahit bagaikan hidupnya sendiri. Waduhh..

Cik Zulaikha merupakan wanita yang ingin ia dapatkan hatinya. Namun, Cik Zulaikha ni orangnya pemalu. Cik Zulaikha pendek serta kurus orangnya. Orangnya memakai cermin mata bulat sesuai untuk matanya yang berwarna hazel. Jika tersenyum, matanya pun ikut tersenyum.

"OI OI OI! Kau ni kan-" Kereta hitam BMW

tiba-tiba menghampiri keduanya. Adira yang ingatannya masih utuh, mengetahui siapa di dalamnya. Adira tercegat di tempatnya. Seolah tahu apa yang terjadi.

"Apahal mamat ni tak beretika langsung."

Damage+10

Melepaskan cermin mata hitam. Jeng! Keluarlah sifat dingin si Aryan. Pandangan maut dah tunjukkan diri.

"Apa yang kau pandang ni? Ada masalah hidup ke? Kereta je mewah tapi tak tahu nak selesaikan masalah sendiri."

Damage+50

Makin lama makin naik darah Aryan ni.

"Abang!" Memegang tangan Ammar. Aryan memandang Adira dengan penuh tajam. Mana tidaknya, jika Aryan tak tahu siapa yang si isterinya pegang.

"Inilah, suami Adira!" Baru nak cakap langsung terdiam.

"Abang..ni abang sepupu Adira. Kebetulan kita berdua bertemu di mall tadi." Jelasnya dengan singkat dan padat. Padat penjelasan dia ni? Saling berpandangan. Ammar ni memang tak puas hati ke dengan Aryan ni? Lain betul perangai bila nak bertemu. Tadi bukan main seronok nak berjumpa.

Ammar membongkokkan sedikit tubuhnya.

"Lawa orangnya."

Damage +100

"Ya Allah, apa pula yang akan terjadi lepas ni." Amat risau ye Puan Adira ni. Bukan apa takut macam kucing dan anjing nanti. Tak henti-henti bergaduh.

"Awak ingat aku tak tahu ke lawa tu maksudnya apa."

[ Lawa= Sombong ] > Bahasa Sarawak

"Hehehe! Bukan tu, lain. Lawa...erghh beautiful..haa giteww." Tertekan sekali ya jiwa Aryan ni, "Aku ingat dia tak tahu maksud lawa tadi." Gumam hati Ammar. Panik? Yaelah.. Ammar, Ammar.

"Nak balik ke?" Tanya Aryan dengan lembut pula terhadap isterinya.

"Haah, nak balik. Tapi abang ada nak beli sesuatu ke?" Aryan menggelengkan kepalanya. Baru selangkah ke hadapan tangan Adira dipegang.

"Dira. Abang ni macam mana pula?" Adira yang memang takut akan suaminya Adira pula yang ditanya.

"Emm, abang..boleh abang tumpangkan untuk dia?" Tanya Adira. Tiada jawapan bermakna tidak diperbolehkan. Telunjuk jari Adira menyentuh tangan lengan Aryan.

"Adira..masuk sekarang." Langsung menurut. Dah macam kena hipnotis. Ammar yang tidak tahu harus berbuat apa menyuruh Adira untuk menanya Aryan semula.

"Bro...ak-"

"Pakai teksi." Meninggalkan Ammar di belakang. Adira yang berasa bersalah duduk diam jelah dia.

"Aii..sombong kali. Tak apa nanti kau tengok. Sabar jap kau. HOI TEKSI!" Bergema suara Ammar. Marah ke dia ni?

"Asal awak tak bagitahu aku tentang dia?"

"Lah, abang yang tak tanya. Janganlah risau, dia sepupu aku tu. Kita berdua dah lama tak berjumpa." Kedengaran dari keluhannya sahaja membuatkan hati Adira ketakutan.

Sebenarnya Aryan ni dia tak marah pun dekat Adira. Korang pun tahukan overthinking seseorang tu macam mana. Aryan ni dia memang ambil berat tentang Adira. Melihat muka sang isteri yang dari tadi tertunduk, membuatkan hatinya pula yang bersalah.

"I'm sorry." Memegang tangan sang isteri dengan tangan kirinya. Tangan kanannya pula memegang stereng kereta. Saat melihat ke arah Adira untuk kedua kalinya, ia melihat Adira tersenyum.

"Bukannya aku marah pun. Aku tahu, seorang suami memang ambil berat tentang isterinya." Terdiam tanpa mengeluarkan satu kata. Malu?

Baru je nak belok ke kanan, kereta mewah BMW milik Aryan dilanggar dari sisi. Muka kereta dahlah cantik jadi kemek pula. Di bahagian belakang kereta tercalar. Habislah kereta Aryan ni.

"Tak habis-habis lagi nak langgar kereta aku." Gumam hati Aryan. Ia keluar dengan muka marahnya. Adira yang sudah diperingkatkan untuk tidak masuk campur dalam urusannya. Jadi kita duduk diamlah.

"Oh my god! I'm so sorry sir. I tidak sengaja." Menoleh ke belakang dan melihat seorang gadis di hadapannya. Dari pandangan Aryan, ia seperti mengenal siapa orang di hadapannya.

"Aryan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience