Adira duduk dengan sabarnya menunggu kedatangan Aryan. Menunggu dengan lamanya, sehingga iya didekati seseorang yang tidak dikenal.
"Allahuakbar!" Menoleh kebelakang. Terkejutnya bukan main-main. Orang di hadapan Adira, rambutnya sangat tidak kemas. Kusut masai. Baju yang dipakai kotor seperti tidak dicuci selama seminggu.
Adira menunggu orang dihadapannya bercakap. Melihat keadaan menjadi hening, Adira membuka perbualan.
"Emmm..ada yang boleh saya bantu ke mak cik?" Tanyanya dengan lembut. Mak cik dihadapannya tidak menjawab. Mulutnya terbuka tapi tidak mengeluarkan suara. Adira yang melihat, kening sebelah kanannya terangkat.
"Maaf mak cik. Kalau mak cik ajak saya menggunakan bahasa isyarat, saya tak faham." Jawab Adira yang memang tak tahu kenapa dan siapa diri mak cik itu. Masih sahaja mulutnya terbuka.
"Dia nak kata sesuatu, tapi.." hati Adira bergumam. Adira menggaru kepala. "Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu eh." Pinta Adira. Sebelum melangkah tangannya dipegang erat. Mak cik itu mengucapkan sesuatu, namun Adira tidak mendengarnya. Iya mendekati telinganya.
"To...long..mak..cik..." Raut mak cik itu berubah mendadak. Dari tidak tahu apa-apa menjadi seperti hujan ingin membasahi bumi.
"Tolong? Tolong apa?" Tiada respon. Adira kehairanan. Adira tidak tahu apa yang harus dibuatnya.
"Tolong mak cik...carikan anak mak cik..." Adira sedikit terkejut. Dah macam cerita horror. Meremang bulu Adira.
"Anak mak cik? Anak mak cik kat mana?" Matanya melihat ke arah Adira. Adira merasa tidak nyaman. Sudah puas melihat Adira, kakinya melangkah maju ke hadapan.
"Eh mak cik nak pergi mana!" Memegang lengan mak cik untuk menghentikan langkahnya.
"Nak cari anak mak cik." Mulai menangis. Tiba-tiba raut wajahnya bertukar kembali.
"Anak mak cik dekat sungai." Mak cik ni sakit jiwa ke?
"Mak cik nak tengok anak mak cik." Raut wajahnya bertukar sedih kembali. Dari kejauhan terdengar seseorang berteriak ke arah Adira dan mak cik di hadapannya. Segera Adira menoleh.
"Mak cik! Mak cik pergi mana ni? Puas aku cari!" Ujar seseorang kepadanya.
"Aku nak cari anak aku!" Meninggikan sedikit nada suaranya.
"Sabar sabar. Mak cik tak boleh marah macam ni." Cuba menenangkannya. Sepertinya mak cik ni memang sah ada sakit mental. Kotlah.
"Hai. Aa..maafkan saya apa yang...berlaku tadi. Mak cik ni dia pesakit mental." Jelas lelaki yang tinggi di hadapannya. Adira hanya mengangguk.
"Emm..aku Kaiden atau doktor bagi merawat pesakit." Jelasnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Adira yang melihat melangkah kebelakang.
"Maaf, dah.." menunjukkan cincin perkahwinan di tangannya. Belum sempat berucap Aryan datang dengan berlari ke arah Adira.
"Allah." Memeluk sang isteri dengan erat. Adira yang dari tadi hairan bertambah menjadi hairan.
"Apa yang terjadi ni?" Kaiden yang melihat membatalkan niat berjabat tangan.
"Mak cik..jom pulang." Kaiden memapah mak cik itu dengan penuh sopan.
"Siapa laki tu." Adira mengangkat kedua bahunya.
"Aku bertemu dengan mak cik tu terus tiba-tiba dia datang entah dari mana." Jelas Adira. Kelihatan dari raut wajahnya sahaja Aryan tahu Adira dilanda dengan penuh tanda tanya.
"Oi mamat." Panggil Aryan. Sifat Aryan memang agak kasar bila dengan sesama jantina. Terlebih lagi tidaj dikenali. Kaiden pun menoleh.
"Oh, halo bang. Maaf bang, tadi saya tak tahu kalau dia dah berpunya." Jelasnya dengan sopan. Belum habis yang ingin dikatakan Kaiden pun pergi. Beliau hanyalah seorang doktor biasa. Semakin melangkah lebih jauh semakin tidak kelihat kelibatan kedua orang tersebut.
"Kenapa abang ada kat sini? Bukan ke hari ni jam kerja abang en?" Tanya Adira.
"Kenapa? Salah ke kalau suami sendiri ada kat sini?"
"Tak. Bukan tu maksud Adira. Tadi kan abang kata nak jemput aku, tapi asal abang nampak macam orang habis dikejar." Soalan isterinya. Aryan hanya ketawa kecil sambil menggaru-garu kepalanya.
"Tak adalah." Ujarnya. Aik, sopan pula dengan Adira. Tadi bukan main garangnya. Nak macam kucing.
"Ish abang ni kan! Buat Adira terkejut tau!" Ujar Adira. Jam pun sudah menunjukkan waktu untuk Adira pulang ke rumah. Iya dihantar Aryan untuk balik rumah. Dalam perjalanan pulang, memang keduanya menikmati hari bersama.
Namun, sepotong demi sepotong memori Aryan kembali. Memori tersebut seperti menghantuinya. Aryan berusaha tidak memikirkannya. Tibalah keduanya dirumah. Adira turun dari kereta dengan membawa 1 kantung plastik yang didalamnya ada 3 batang aiskrim berlainan perisa.
Adira memulas pintu rumah sebaik sahaja Aryan pergi.
"Assalamualaikum. Ibu! Ayah! Adira dah balik!"
"Waalaikumussalam." Encik Izman melihat plastik yang dipegang Adira, "Apa benda dalam plastik tu?"
"Tekalah!" Encik Izman pun berfikir. Lama Encik Izman berfikir.
"Ayah tak tahu."
"Ayah ni kan. Lama Adira tunggu jawapan. Ni aiskrim lah. Adira belikan untuk ayah dan ibu." Encij Izman hanya mengangguk tandanya iya terkejut saat dibelikan sesuatu. Bahkan perisa yang dipilih Adira merupakan perisa kegemarannya iaitu durian.
Encik Izman memang suka durian sejak kecil lagi. Yelah, buah durian kan buah yang sangat popular di Malaysia, terutama musang king. Adira mencari ibunya. Saat sudah dijumpa, iya langsung memberikan aiskrim kepadanya. Tidak ketinggalan juga untuk Aryan.
Saatnya pulang kerja. Aryan yang seorang pengurus syarikat mengubah aturan jam di syarikat. Semuanya diberikan jam pulang dengan lebih awal. Setiap hari berganti hati, penjaga syarikat pun berganti demi hari. Keluarga Hadi bukan calang-calang orang.
Kaya orangnya. Bahkan sampai kayanya, semua bodyguard yang sepatutnya menjaga kawasan pun diberikan cuti panjang. Jika iya pun, semua bodyguard akan dipanggil untuk bekerja. Mereka akan datang apabila dipanggil untuk kemari.
Sesampainya Aryan di rumah, kedatangannya disambut oleh Adira dengan penuh senyuman.
"Meh sini aku bawa beg abang." Menghulurkan tangannya. Kelakuan Aryan terkadang memang pelik. Bukan apa, terkadang suka memandang isterinya dengan senyuman yang membuatkan Adira sendiri geli. Namun, hati Adira memang buat Aryan sahaja.
Ditariknya tangan Adira sehingga tubuhnya menyentuh tubuh Aryan yang sado. Tak habis-habis dengan pandangan mata keduanya.
"Mmmm..." Ibu bapa Aryan yang melihat pun blushing. Perlakuannya, membiat dirinya sendiri malu.
"Ala, jangan malu sangatlah. Ibu dengan ayah kau pun macam tu juga." Ujar Puan Siti sambil menutup mulutnya. Tak terlepas dengan tangan sebelahnya untuk memukul.
Seperti yang ku katakan, hari ini akan digantikan hari esok. Hari esok akan digantikan dengan hari lusa. Musim bermusim akan terus berganti seperti gantinya pada hari ini. Meratapi langit, seakan-akan ingin membisikkan sesuatu.
Terkadang segelintir orang berharap untuk terbang lebih tinggi daripada burung dan melepasi angkasa. Apa yang mereka maksudkan?
"Masalah yang engkau hadapi sekarang ini, mungkin untuk menjadikan dirimu lebih kuat dari sebelumnya, agar pada masa yang akan datang kamu kuat menghadapi segalanya." -LYSH_A
[INSPIRASI KEHIDUPAN]
Share this novel