Bab 23: She is a good child. Do you believe that?

Romance Completed 9626

Berlaku banyak pergaduhan akhirnya telah menemukan jalan penyelesaian. Iika bergaduh tak ada gunanya kan. Adira yang baru je keluar dari bilik langsung turun ke bawah. Ia menghampiri sang suami dan juga sang abang.

"Ee..abang. Abah pergi mana?" Tanya Adira. Ammar dan Aryan serentak memandang Adira. Dah Adira tak sebut nama siapa en.

"Dengan siapa awak bercakap?" Tanya Aryan yang lagi minum air di atas meja. Ammar pula seperti biasa makan je kerja dia.

"Banyak abang di sini. Abang hensem." Menunjukkan kepada dirinya sendiri. Mata Ammar menjeling ke arah Aryan.

"Abang hodoh." Aryan tak tuli. Dia ambil buku digulungkannya langsung pap! Haa, ambik kau. Kan dah makan pelempang lagi. Ammar hanya dapat menahan kesakitan.

"Main kasar dia ni." Ujar Ammar dengan nada yang rendah. Adira yang berdiri di hadapan keduanya tak dihiraukan. Kesian pula si Adira ni.

"Abang Yan." Tersedak Aryan mendengarnya. Mulut Ammar yang penuh dengan kuih nasib baik tak terkeluar balik. Adira memang sengaja nak usik Aryan ni. Perangai dia 2 kali 5 perangai Ammar.

"Abang Yan.." Ammar menutup mulutnya ketika ketawa.

"Abang, abah pergi mana." Menghampiri Aryan dan memegang bajunya. Ammar tengah syok makan memang tak kisah dekat orang lain. Dia kisah dekat diri dia sahaja.

"Dia pergi ke penjara. Nak bertemu dengan ibu kau."

"Asal abah tak ajak Adira pergi sekali." Monyok muka Adira apabila abahnya tak mengajak dirinya untuk pergi sekali.

"Ni..laki kau yang sepatutnya kau tanya. Dia tak suruh kau pergi. Dia bantah cakap ayah kau tadi. Tapi nasiblah ayah kau faham apa maksud Aryan." Jelas Ammar yang suka sangat menyampuk. Mendengar apa yang dikatakan Ammar, Adira tidak segan mencubit lengan suaminya.

"Ni Yan. Syarikat bapa kau punya tak diuruskan ke?" Tanya Ammar yang selalu melontarkan pertanyaan yang random. Aryan hanya menggelengkan kepalanya. Ia lebih menjadi pendiam disaat ditanya orang lain. Kalau dengan orang yang dicintainya kebanyakan lebih bercakap tapi jarang sekalilah.

"Dira." Panggil Zamira dari atas. Adira langsung mendongakkan kepalanya. Adira tak segan langsung naik menghampiri Zamira. Ammar dan Aryan hanya dapat tengok jelah.

Keduanya nampak akrab. Zamira membawa Adira untuk pergi ke luar dahulu. Yelah untuk menghirup udara segar dekat balkoni.

"Ada apa akak panggil saya ni?"

"Sebelum aku mula bercakap baik kita duduk dahulu. Tak akan nak berdiri." Zamira mempersilakan Adira untuk duduk terlebih dahulu.

"Aryan ada bagitau apa-apa ke dekat Dira?" Jelas sekali raut wajah Adira kelihatan hairan.

"Yelah macam..hmmm..dia cerita tentang seseorang dekat kau." Adira berfikir sejenak.

"Tak ada. Yang ada dia asyik bagitahu dekat aku yang dia ni selalu menjalankan misi berbahaya. Yang ada dia cerita pasal Azlan, sahabat dia." Zamira mendengar penjelasannya dengan penuh senyum. Seketika Zamira menundukkan pandangannya.

"Kenapa akak tanya?" Tanya Adira sambil bertopang dagu. Zamira hanya ketawa.

"Aku teringatkan masa lalu aku dengan dia." Alamak, Zamira ungkit pula cerita dia dengan Aryan. Adira mengubah posisi duduknya. Tadinya bertopang dagu sekali bersandar pada kerusi.

"Aku tahu Adira dah kahwin sekarang dengan dia. Tapi cinta akak dekat dia masih terpendam. Akak tahu akak tak sepatutnya mengungkit semua ini." Mata Zamira memandang mata Adira. Adira pula berpura-pura senang dengan ceritanya.

"Aryan berhenti menjadi askar sebab trauma. Aryan juga pernah menyatakan cinta dia. Bahkan dia berjanji tak kahwin dengan mana-mana perempuan." Zamira membuat muka sedihnya. Perempuan macam dia ni susah nak berubah ke?

Tiba-tiba hati Adira sakit hati ketika mendengar ucapannya.

"Akak kenapa eh suka sangat masuk campur hal orang? Akak jangan nak ungkit masa lalu akak semata-mata nak aku lepaskan Aryan."

"Akak tak bermaksud nak ungkit cerita lama, tak."

"Habis tu akak tak ungkitlah pasal janji ni semua?"

"Akak tak ungkit akak cuma nak bagitahu, okay."

"Dahlah akak. Akak jangan jadi punca utama saya marah." Adira bangun dan pergi meninggalkan Zamira. Belum datang beberapa jam dah buat hal lagi ni Zamira.

"Adira, kenapa muka tu marah sangat?" Tanya ibunya kepada Adira. Namun Adira tidak menjawab. Ia menoleh ke kiri dan melihat Zamira yang sedang asyik duduk. Raut wajah Puan Siti berubah.

Kebetulan Zamira menoleh ke samping. Ia melihat Puan Siti. Ia berdiri dengan penuh senyuman.

"Mak cik." Zamira tersenyum. Namun Puan Siti membalasnya dengan senyuman pahit.

"Mak cik memang izinkan kamu duduk sini. Tapi sebenarnya mak cik tak izinkan kau kacah suami orang. Dan kalau ikutkan hati mak cik, mak cik dah lama halau kau. Tak nak bagi siapa-siapa duduk dekat rumah ni kecuali ayah Adira." Jelas Puan Siti dengan panjang lebar. Zamira yang tadinya tersenyum langsung memalingkan mukanya.

"Kau jangan nak berani kacau anak lelaki aku. Kalau kau kacau aku simbah kau guna minyak petrol biar kau mati sekali." Perghh tajam mat ucapan Puan Siti ni.

Zamira tak terkata apabila Puan Siti menegurnya. Memang betul apa yang dikatakan Puan Siti. Orang dah kahwin jangan kacau rumah tangga orang.

Puan Siti langsung masuk ke bilik sebaik sahaja menasihati Zamira. Memang keperibadian Zamira ni agak susah nak tegur. Zamira dengan Zahir ni memang ngam sangat. Dua-dua tak nak dengar cakap. Suka mencari masalah sana sini.

Encik Hassan

Di penjara ia bertemu dengan Tuan Arshaq. Encik Hassan hanya ingin melihat sang isteri kedua. Niatnya tak nak marah tapi sekali tengok muka isterinya hatinya baran. Sangat kejam orang seperti Puan Husna yang ingin membunuh anak perempuannya.

"Apa yang awak maksudkan? Aku tak faham siapa yang cuba nak bunuh Adira?" Tanya Encik Hassan. Puan Husna menggigit jarinya. Matanya tak boleh duduk diam. Ia melihat ke sana ke sini. Kadang takut, terkadang terkejut sendiri dan terkadang terjerit tanpa sebab.

"Encik Hassan, kami dah tanya dia banyak soalan tapi isteri encik asyik cakap "Dia jahat dia jahat! Dia nak bunuh Adira! Dia seorang pembunuh" tu je dia cakap." Jelas Encik Arshaq kepada Encik Hassan.

Hati Encik Hassan berbisik.

"Mungkinkah ini hasutan dari Zamira?" Encik Hassan tanpa sedar telah bersangka buruk. Menyedari tindakannya, Encik Hassan istighfar. Meskipun bergitu hati Encik Hassan sayu melihat sang isteri menjadi gila.

"Aku tak nak bersangka buruk. Aku cuma nak nasihatkan jangan biarkan anak encik berjalan dengan Zamira. Aku takut ada apa-apa terjadi dekat Adira." Mata Encik Hassan melihat ke arah mata Encik Arshaq.

"Apa maksud tuan?"

"Panjang ceritanya kalau nak diceritakan. Tapi, singkat cerita Zamira ni pernah membunuh rakan sekerjanya tapi aku tak nak bagitahu nama sebenarnya. Aku beri nama dia sebagai Taring. Taring memang dikenali banyak orang kerana keramahannya dan kelembutannya. Namun suatu saat si Zamira ni sedar ada sesuatu yang tak kena dengan sahabatnya yang diberi nama palsu Bunga. Bunga selalu ketakutan saat Zamira dekat dengannya. Tidak tahu alasannya kenapa." Ucapan Tuan Arshaq terhenti. Ia mula menarik nafasnya.

"Namun, ada satu misi yabg dimana Zamira dan Taring berada dalam 1 team yang sama. Dan disitulah dia mempunyai kesempatan untuk melancarkan aksinya."

"Aksi? Aksi apa?"

"Ia menjalankan aksinya dengan menembak bahagian kaki Taring. Dan kebetulan mereka berdua telah terpisah dari ahli pasukan mereka. Dan hal itu memang sengaja dibuatnya agar ia dapat membunuh Taring di depan matanya."

"Terus apa yang terjadi?" Tanya Encik Hassan yang mula tertimbul perasaan ingin tahu.

"Nasib baiklah Taring masih hidup ketika Zamira sedia menekan pemicu pistol. Saat Zamira ditangkap kerana cubaan membunuh ia tidak mahu memberi keterangan. Ia hanya diam. Namun setelah beberapa hari disiasat ia dibebaskan semula. Namun sayangnya ia dijauhkan. Singkat cerita setelah kehilangan Zamira akhirnya semua terungkap. Taring telah melakukan perlecehan kepada si Bunga sehingga fikiran si Bunga menjadi tidak teratur. Setelah melakukan uji kaji terhadap jasad Bunga, Taring telah melakukan hal yang tidak sepatutnya ia lakukan. Bunga mati kerana gantung diri. Dan Taring pula bunuh diri menggunakan pistol saat tindakannya telah diketahui."

Sayu ketika mendengar kisah anaknya Zamira itu. Sanggup ia membunuh Taring hanya untuk memberinya pelajaran dan menjaga harga diri sahabatnya. Namun, semua itu berakhir dengan tragis dan menyedihkan kerana Zamira dijuluki sebagai pembunuh.

Zamira telah membuatkan semua orang tidak percaya terhadap dirinya. Namun, Zamira tidak memperdulikan semuanya. Tapi syukurlah kepada Tuan Arshaq kerana sanggup menyembunyikan perkara ini daripada pihak atasannya. Ia tidak mahu membuat kekecohan.

Setelah mendengar semua cerita, Encik Hassan tak habis fikir dengan semua masalah. Belok kiri ada masalah, belok kanan ada pula masalah.

Cerita yang diceritakan oleh Tuan Arshaq masih tersimpan dalam fikiran Encik Hassan. Sampai pulang ke rumah masih mengenang nasib anaknya itu.

Adira yang memandang wajah ayahnya itu segera menghampiri untuk menceriakan suasana.

"Abah? Abah kenapa ni? Kenapa muka abah sedih sangat?" Memegang tangan ayahnya yang hangat dan yang sudah berkedut. Ayahnya hanya duduk diam.

"Abah." Panggil Adira dengan manja.

"Beritahulah Adira! Adira pun nak dengar juga."

"Tak ada yang penting sangat Adira. Abah sedih tengok perangai mak kau tu. Dia dah macam orang gila. Dia asyik sebut nama awak je." Ketika mengetahui perangai ibunya, Adira menghela nafasnya.

"Tuan Arshaq kata ibu tak gila kalau mengikutkan arahan pekerja dari hospital sakit jiwa. Dia normal. Tapi lama-kelamaan Tuan Arshaq kata ibu kau semakin gila dan tak boleh kawal dia. Dia tak boleh nak kawal diri sehingga sanggup memukul banduan lainnya." Adira hanya mampu duduk diam dan menundukkan kepala. Ia tidak mampu menolong.

"Kita doakan ibu agar cepat sembuh." Ujar Adira sembari menggenggam tangan ayahnya.

She is evil,
But she kind with others,
Just because of ego,
She become a rude person.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience