Bunyi loceng kedai berbunyi tandanya ada yang masuk. Di dalamnya pelbagai pilihan makanan dan minuman yang tersedia. Adira masuk untuk memilih makanan yang ingin iya santap. Tidak lupa untuk membeli sesuatu kepada ayah dan ibunya.
"Nak beli apa eh." Matanya kanan kiri untuk melihat perisa aiskrim yang dijual. Tiada pilihan apabila iya tidak tahu untuk memilih semuanya.
"Semuanya nampak sedap." Rakusnya si Adira ni. Tak boleh pilih satu. "Kalau boleh aku ambil semua setial perisa aiskrim ni." Hatinya bergumam saat tidak mempunyai pilihan.
"Puan?" Terkejut mendengar dirinya dipanggil seseorang. Kedengaran dari suara sahaja iya lebih tua dari Adira. Menoleh kebelakang untuk melihat siapa. Ternyata seorang nenek bersama cucunya.
"Nenek! Saya nak beli aiskrim." Memegang tangan neneknya. Anak kecil tersebut menarik baju neneknya yang sudah tua bangka untuk pergi bersama dengannya melihat perisa yang ada.
Hati Adira tersentuh melihat tingkah laku anak kecil yang sentiasa ada bersama dengan neneknya. Anak kecil itu bahkan tidak mahu melepaskan pegangannya. Jika dilepaskan, iya akan menoleh dan memaut tangannya semula.
Kebahagiaan tampak di raut wajah anak kecil tersebut. Apabila nenek tua melihat Adira, iya langsung mengalihkan perhatiannya. Malu orangnya. Apabila nenek tua melihatnya tak henti-henti, Adira perlahan memandangnya sembari tersenyum.
"Nek saya nak beli yang ni boleh?" Tanya sang cucu. Neneknya mengelus lembut kepala si cucu. Adira sudah membuat keputusan, iya pergi ke kaunter untuk pembayaran.
"Terima kasih lain kali datang lagi!" Adira membalas senyuman daripada penjaga kaunter. Sebelum pergi Adira masih lagi memandang si nenek dengan si cucu. Saat melihat si nenek meraba-raba bahagian bajunya, iya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Nenek tu dia tak bawa duit ke?" Soal hati Adira.
"Nenek ada masalah ke?" Tanya penjaga kaunter dengan lembutnya. Nenek tersebut tergagap-gagap.
"Maafkan nenek. Nenek tak bawa duit. Duit tinggal dirumah." Jawabnya dengan penuh rasa bersalah.
"Maafkan nenek Aidan. Mungkin lain kali kita berdua ke sini lagi. Nenek tak ingat bawa duit." Mencubit pipinya. Kelihatan muka si cucu monyok. Walaupun si cucu tak dapat membeli aiskrim kegemarannya, iya mengerti keadaan neneknya. Iya langsung meletakkan semula aiskrim.
Adira yang masih tercegat di pintu masuk kedai, iya melangkah maju. Adira mengambil semula aiskrim yang baru sahaja diletakkan oleh si anak kecil. Iya langsung membuat pembayaran lalu diberikannya kepada si anak kecil.
"Eh tak apa lah cu. Buat susah je."
"Eh tak pe tak pe..ambil je. Saya ikhlas." Ujar Adira yang tidak mengharapkan balasan.
"Assalamualaikum." Adira pergi meninggalkan langkahnya.
"Walaikumusalam." Tersenyum lebar.
•
Di pejabat Syarikat Hadi, Aryan tidaklah sibuk mana dengan kerjanya. Pintu pejabatnya diketuk.
"Masuk." Masuklah seorang lelaki dengan saiz tubuh yang sama dengan Aryan. Yang membezakannya adalah ketinggian. Aryan lebih tinggi daripada lelaki yang dipanggil Azlan Raiden. Azlan merupakan sahabat Aryan yang sudah lama bekerja dengan ayahnya.
Pada awalnya Azlan atau dipanggil Lan sahaja merupakan orang yang sama seperti Aryan iaitu bekerja sebagai seorang polis. Tetapi beliau dipecat apabila dituduh bekerjasama dengan seorang lelaki yang sekarang masih diburu.
"Aryan, aku ada terima jemputan untuk datang ke majlis rasmi. Tapi, saya rasa kita tak perlu hadir kot. Yang nak boleh pergi tapi aku sarankan tak yahlah sebab tak penting kot." Aryan mengeluh berat. Lengan bajunya dilipat sampai ke siku. Mengatur semula necktienya yang hanya mengenakan kemeja putih dan seluar panjang hitam.
"Aku pun rasa macam tu juga. Lagipun biasanya tak penting sangat. Dia hanya menyampaikan sesuatu mengenai kedudukan syarikat." Ungkap Aryan. Baru sahaja membuka mulut, langsung terdiam ketika mendengar bunyi telefonnya. Iya membuka telefon. Raut wajah yang senyum bertukar.
"Asal diam? Nak kata apa sampai terdiam?" Raut wajahnya Lan bertukar. Kening sebelahnya terangkat satu.
"Kenapa ada foto isteri kau kat sini?" Tanya Lan kepada Aryan. Tangan Aryan terhenti. Kepalanya yang hanya memandang kertas langsung memandang Lan.
"What do you mean?" Lan menunjukan foto yang dihantar oleh seseorang yang tidak diketahui. Apakah nombor tersebut merupakan lelaki yang Adira nampak? Aryab langsung berdiri dan mengambil kot bajunya.
"Lan, urus syarikat ini aku nak pergi ke sana sekarang." Lan mengangguk.
"Hati-hati." Entah kenapa hati Lan tiba-tiba risau.
"Ya Allah kau lindungilah isteri sahabat aku." Doa dipanjatkan sebaik sahaja Aryan pergi.
Adira berjalan dengan senangnya kerana dapat keluar membeli sesuatu. Iya menerima satu mesej. Mesej tersebut dari Aryan.
"Aik? Dari Aryan? Asal ni? Dia tak kerja ke?" Banyak betul soal yang ditanya. Iya hanya memandang telefon bimbitnya.
Share this novel