Pandangannya menjadi hitam. Entah mengapa dirinya juga tidak tahu penyebabnya. Perlahan-lahan matanya dibuka dan pemandangannya masih tetap kabur.
"ENCIK HASSAN!" Ada suara seorang wanita yang lagi diheret memanggil nama ayah Adira. Tahap demi tahap pandangan Encik Hassan mulai terlihat jelas. Ia melihat sekitar rumahnya yang sudah berantakan.
Meja, kerusi semuanya tunggang langgang. Pinggan mangkuk semuanya pecah. Tangannya cuba mencapai sesuatu. Namun, disisinya ada suatu cairan pekat berwarna merah melekat pada tangannya.
Ia mengangkat tangannya untuk melihat cairan apakah itu. Rumah Encik Hassan dipenuhi dengan orang yang tidak dikenali. Lelaki di hadapan Encik Hassan sepertinya sedang menelefon seseorang mungkin untuk memberitahu perkara penting? Sayang sekali, Encik Hassan tidak dapat melihat dengan jelas siapa orang di hadapannya. Ketika itu, pandangan Encik Hassan kembali menghitam.
"Oh! Jadi ibu dan ayah nak pergi ke restoranlah ni nanti?" Tanya Adira yang duduk bersebelahan dengan ayahnya. Puan Siti mengganguk sambil mengelap tangannya yang basah.
"Abang macam mana pula? Kan abang nak bertemu dengan Azlan kan hari ini.." tanya Adira pula ke arah suaminya.
"Aku boleh cancel pertemuan kami berdua. Jangan risau sangat."
"Tapi macam mana kalau benda tu penting?" Berfikir sejenak, "Tak apalah, Syafiqah ada jemput Adira nanti. Abang pergilah bertemu dengan Azlan sekarang ni. Takut Azlan merajuk pula." Nak menolak pertemuan Azlan, terasa bersalah pula si Aryan ni. Kalau biarkan Adira terasa tak senang pula hati dia.
"Betul kata Adira tu Yan. Awak pergilah. Sekarang dah lambat dah ni. Kesian Azlan tunggu kau lama sangat." Aryan bangun seperti kena paksa. Ammar yang sepatutnya tiada apa yang nak dikerjakan pun busy juga. Dia tak boleh pergi teman Adira.
Katanya dah janji nak bertemu dengan rakannya di luar. Singkat kata melepak di bawah jambatan. Tapi sambil melepak sambil tu pula mereka memancing. Seronok betul persahabatan mereka ye..
"Ni, kalau Adira tinggal seorang dekat sini sementara tunggu Syafiqah jemput boleh ke?"
"Boleh je. Korang pergilah. Jangan risaukan Adira." Ujar Adira sembari tersenyum. Aryan dah tak dekat rumah. Ammar pun tak ada. Ibu dan ayah pun tak ada. Tinggallah Adira seorang diri dekat rumah, sambil menunggu kedatangan Syafiqah.
"Kenapa Sya ni lama sangat jemput aku." Risau pula hati Adira ni. Takut kena harapan palsu. Puas Adira menoleh jam di dinding, belum juga sampai sampai si Syafiqah ni.
Bunyi hon kereta terdengar. Adira bergegas bangun untuk melihat.
"Assalamualaikum Adira! Ooo Adira."
"Walaikumusalam. Kejap eh aku nak ambil kunci rumah." Adira mengambil kunci rumah dan memastikan semuanya sudah ditutup terutamanya suis. Ia sekali lagi memerhatikan semuanya.
"Sip!" Ia bergegas mengunci pintu. Tak ketinggalan juga untuk mengunci pagar rumah.
"Dah semua ke? Kalau ada tinggal barang nanti, saya tak nak balik semula." Adira mulai memeriksa satu-persatu.
"Semua okay. Ni okay. Okay! Tiada yang ketinggalan." Syafiqah tersenyum manis. Hidungnya yang mancung memang ngam dengan wajahnya yang rupawan. Sebaik pergi meninggalkan rumah, di hujung ada suatu kereta yang dari tadi memerhatikan gerak-geri Adira.
Kereta tersebut bersembunyi di bawah pokok besar. Mentang-mentang tak ada lampu di jalan raya, suka hati je parking kat situ kan. Asap rokok terkepul kepul. Hidung mereka tersumbat ke sampai tak ada rasa nak batuk?
"Boss?"
"What are you waiting for? Go!" Amboi, serius naw! Turunlah mereka dari kereta seperti orang yang nak merampok. Baju dahlah hitam tambah pula kawasan rumah Aryan gelap. Ni kalau ada yang lalu-lalang memang habis mereka ni dilanggar.
"Kau yakin ke dengan semua ni?" Tanya Tuan Arshaq
"100% tuan. Saya pasti dia akan balik ke sini. Tapi aku tak tahu apa tujuan dia." Aryan tidak masuk campur dalam perbincangan Azlan dan Tuan Arshaq. Dia hanya duduk dan minum air sambil menyilangkan kakinya.
"Issh, dia ni memang tak habis-habis nak buat kecoh. Tak apa, kami akan sedaya upaya untuk menyelidik hal ini. Tapi aku nak sarankan, jaga isteri kau elok-elok." Nasihat Tuan Arshaq kepada Aryan. Aryan hanya mengangguk.
Tuan Arshaq memandang Aryan dengan rasa bersalah. Ia rasa bersalah atas apa yang berlaku tahun lalu. Namun, Tuan Arshaq berharap trauma yang dihadapi oleh Aryan harap dibuang jauh.
"How was your day?" Mata Aryan memandang Tuan Arshaq. Azlan pula memandang Aryan.
"Good." Tuan Arshaq hanya mengganguk. Ia sedikit lega ketika bercakap dengan Aryan walaupun Aryan sebenarnya malas nak layan.
"Kau yakin ke nak mendaki Gunung Kinabalu tu? Ni kalau nak berak, perghh mat lahu oo kita turun tiada brek dekat kaki aku ni." Tanya Adira yang meragui lokasi tersebut. Bukan apa, tinggi Gunung Kinabalu tu mencecah 4,095 m.
"Of course I yakin. Yakin terhadap sahabatmu ini Adira."
"Ha yelah tu. Tangga sekolah je kau dah nak pengsan apalagi mendaki gunung."
"Alah kau ni. Janganlah kembalikan aku kepada masa lalu. Past is past, you know that? Anaa(saya) tidak mahu mengenang itu lagi."
"Amboi, kejap bahasa Melayu kejap bahasa Arab yang digunanya!"
"Nanti en, semua yang sudah kita tulis ni nanti snap pastu hantar kat aku eh. Aku takut aku lupa pula." Syafiqah mengangguk tanda setuju. Telefon Syafiqah berdering. Adira melihat skrin Syafiqah.
"Opss, heheh. Sorry. Kejap eh." Syafiqah bangun dan keluar dari bilik. Adira yang ingin tahu, cuba mendengar dari dalam bilik. Ia mencuri mendengar walaupun tidak terlalu jelas apa yang Syafiqah katakan.
Syafiqah menutup telefonnya. Adira yang mencuri mendengar kembali ke tempat duduknya dan memasang muka seakan-akan tiada yang terjadi.
"Alamak, Adira! Aku rasa, aku terpaksa hantar kau balik rumah. Aku nak jemput kakak aku dekat rumah kawan dia. Sorry eh."
"Eh kebetulan juga aku nak pulang sebenarnya. Mak aku pun mesej aku suruh aku pulang sekarang, takut Aryan marah dekat aku nanti kalau balik lewat." Syafiqah bergegas mengambil kunci keretanya. Adira pula dengan santai berjalan menuju kereta.
Kata orang hidup harus santai. Kereta berwarna merah pun kelihatan dari kejauhan. Syafiqah yang dah tak sabar menyuruh Adira mempercepatkan langkahnya. Yelah, takut si Qila tu marah tunggu Syafiqah ni lama tak jemput dia. Suami Qila pula kereta ditinggalkan di rumah. Katanya malas nak bawa.
Suami Syafiqah yang selalu pulang kerja larut malam belum sampai sampai lagi. Alah, biarkan jelah dia. Tahulah dia balik kan? Kalau tak balik-balik, hmm memang akan bertemu dengan pak belang dia ni.
Walaupun masih malam, jalan raya selalu diisi dengan beberapa kenderaan yang lalu-lalang. Tak kira pagi, malam, petang tetap akan ada kereta di jalanraya. Entah itu lori, entah itu motorsikal ataupun pejalan kaki.
Saatnya tiba di persimpangan masuk ke arah rumah Aryan. Suasana yang tadinya cerah, tiba-tiba gelap. Hanya cahaya kereta sahaja yang kelihatan. Rumah yang mewah dengan cahaya yang memantul mulai kelihatan dari kejauhan. Adira tak sabar untuk merebahkan badannya di atas katil.
Yelah penatnya bukan main. Kalau nak dikatakan tulang belakang macam nak patah sebab terasa rapuh sangat.
"Terima kasih tau Sya, sebab hantar aku dan jemput aku. Aku minta maaf tau sebab aku menyusahkan engkau untuk jemput dan hantar aku balik."
"Eh...janganlah cakap macam tu. Aku ni sahabat engkau kan? Tentu sahaja aku boleh buat apa." Wajah Adira terukir senyuman manis. Syafiqah yang tidak mahu berlama-lama, Syafiqah membuat U-turn. Matanya kemudian tertumpu ke arah satu kereta hitam dan belakangnya ada lagi kereta lainnya.
"Aik...kenapa ada kereta parking dekat bawah pokok ni? Ni kereta ayah dan ibu Adira ke?" Gumam hati Syafiqah. Kereta merah milik Syafiqah mulai tidak kelihatan. Adira masuk setelah mengunci pintu pagar.
"Assalamualaikum." Tiada jawapan dari orang dirumah. Adira menyangka ibubapanya dah pulang.
"Aik..belum pulang ke? Habis kereta siapa kat luar tadi?" Saat melangkah, langkahnya tiba-tiba terhenti. Pintu rumah yang sudah ia kunci tiba-tiba tidak terkunci. Suasana yang dipenuhi dengan bunyi cangkerik tiba-tiba berhenti seolah-olah Adira dalam bahaya.
Saat Adira masuk ke bilik, semua lampu di bilik padam. Yang ia lihat hanyalah kegelapan. Namun di hujung tampaknya ada seseorang yang menunggu kedatangan Adira yang tidak diundang masuk. Kebetulan suami Adira masih mengadakan pertemuan dengan Tuan Arshaq. Ia melangkah perlahan. Tapi, hanya dengan reaksi wajah Adira, langkahnya kembali terhenti.
Telinga Adira tidak bergitu tuli. Ia dapat mendengar seperti ada orang yang menyuruhnya untuk tidak masuk.
"What's up honey? Long time no see." Ujarnya sambil menyilangkan kakinya. Api rokoknya terlihat jelas. Memang sah ada orang di dalam rumah Aryan. Adira tidak sendiri! Mata Adira hanya dapat menatapnya dengan penuh ketakutan. Kenapa Adira nak takut dekat orang ni? Adira kenal ke mamat ni?
Dengan secara tiba, pintu ditutup dengan kerasnya sehingga Adira terperanjat. Ternyata ada orang di balik belakang pintu.
"Don't even think of running away from me..." Asap rokok terkepul kepul. Di kepala Adira, ia dapat merasakan sesuatu. Sepertinya, ada orang yang sedang menodongkan senjata ke arahnya.
"Don't shoot her..that's not a good greeting.." Ujar lelaki. Suaranya sepertinya pernah Adira dengar.
"A-apa yang engkau mahukan." Tergagap-gagap Adira bertanya.
"Tiada apa..cuma nak tengok rumah kau yang besar ni je." Mata Adira berair kerana ketakutannya yang tidak dapat ia kendalikan.
"Za-zahir..."
"Aku ingatkan, kau dah lupa dekat aku semenjak kau dah kahwin dengan Aryan." Wajahnya tetap tidak kelihatan. Namun, lampu dapur tiba terbuka. Seorang wanita dan lelaki ditolak sehingga jatuh.
"Ibu? Ayah?" Mata Adira terbuka luas.
"Aryan, bini kau dah balik?" Tanya Azlan dengan tiba. Aryan pula tidak tahu. Ia tidak mendapat satu mesej pun dari Adira. Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Memang betul kata hati Aryan. Dari tadi hati Aryan tak tenang seperti ada orang yang dalam bahaya.
Aryan langsung berlari sekuat tenaga menuju keretanya. Azlan mengekorinya dari belakang. Tuan Arshaq pula menyuruh orang bawahannya untuk pergi ke rumah Aryan. Kebetulan, ada satu unit bawahan Tuan Arshaq dekat dengan menuju ke rumah Aryan Hadi.
•
Ketinggian Gunung Kinabalu tu author dapat infonya dari Google. Jadi kalau saya mohon maaf dan mohon diperbetulkan.
Share this novel