Bab 2

Romance Completed 9626

Ayam mulai berkokok tandanya hari pun sudah pagi. Tak terasa pagi dah menjelang. Tidur bagaikan hanya tidur 1 jam. Di bawah kedengaran suara kuali sepertinya ada seseorang lagi masak di dapur. Aroma yang menyengat dari masakan tersebut bagaikan dibawa pergi oleh arus.

"Adira! Kenapa jemur baju tu lama sangat? Tu laki kau tu bangunkan." Jerit ibunya dari dapur. Awalnya, Adira yang hendak masak tapi ditolak mentang-mentang oleh ibunya. Mana tidaknya kalau orangnya selalu lupa letak garam dan ajinomoto.

"Mana pergi dia ni tak menjawab?" Soal Puan Siti. Iya langsung menutup api dapurnya. Mengelap tangannya dan pergi meninggalkan dapur untuk melihat Adira.

"Apa agaknya dia buat dekat sana lama sangat." Muka Puan Siti tampak risau. Iya melangkah dengan lajunya hingga sampailah diluar.

"Ya Allah, Adira!" Adira yang lagi asyiknya memetik bunga lalu diletakkannya pada kucing terkejut mendengar jeritan ibunya. Kucing yang mendengar pun lari dengar jerit Puan Siti tau!

"Apa awak buat ni!" Dengan lajunya Puan Siti menghampiri Adira. Adira langsung meletakkan tangannya ke belakang seakan-akan tiada yang terjadi.

"A-ada apa ibu?" Tergagap-gagap Adira menyambut kata ibunya.

"Apa Adira buat ini?" Puan Siti menoleh ke kiri, "aik! Baju pun belum siap dijemur lagi?!" Tak terkata Adira dimarah oleh Puan Siti. 

"Apa ini, pagi-pagi buta terjerit-jerit ini." Soal ayah Aryan yang diberi nama Hadi Izman. Beliau merupakan pengusaha syarikat namun sekarang iya diambil alih oleh anaknya. Beliau berusia 39 tahun. Orangnya memang suka bergurau. Penampilannya juga sederhana. Akan tetapi, beliau mempunyai 2 buah rumah. Cukup kaya ye.

"Bukan macam tu jemur baju!" Marah Puan Siti yang siap memegang batang penyapu.

"Alah ibu. Janganlah main pukul-pukul."

"Ha..tahu pun takut. Baju ni jemur betul-betul. Dari yang pendek ke panjang. Bukannya pendek panjang pendek panjang." Bebel Puan siti yang mengajari Adira. Selesai menjemur semua baju, keduanya masuk ke dapur.

"Tengok ini ha..kerja ibu pun belum siap." Bergegas memasak meskipun masih banyak masa.

"Nak saya tolong ke?" Tanya Adira dengan lembutnya.

"Boleh juga. Tolong ibu potongkan ayam itu. Ibu nak masak nasi goreng ayam special pagi ini."

"Pagi ini? Esok lusa tak ada ke?" Mendengar balasan dari Adira, Puan Siti termenung sejenak. Menarik nafasnya untuk menenangkan fikiran. Marah betul agaknya.

"Adira..." Panggil ibunya dengan lembut.

"Ha, ya ya ya. Tak tanya lagi." Adira faham apa yang dimaksudkan. Takut sangat si Adira ni dengan ibunya. Baru nak buka mulut, bunyi pisau Adira membuatkan Puan siti terperanjat. Hampir jatuh jantung dibuatnya.

"Budak ini ada masalah dengan ayam ke?" Bunyi pisau sekali lagi terdengar. Bukan lembut bukan juga sederhana. Di pandangan Puan Siti, Adira dah macam pembunuh yang kejam

"Ye ada apa ibu pandang Adira." Puan Siti hanya dapat tersenyum.

"Potong ayam tu jangan kuat sangat terkejut mak. Bagi pelan sikit."

"Oh pelan." Dilembutkan pula tangannya. Adira potong macam potong isi daging ayam. Puan Siti yang melihatnya dibuat sakit kepala dengan ulahnya.

"Dah dah dah Adira. Biar ibu yang potong. Pergi bangunkan Aryan. Masih tidur lagi agaknya." Puan Siti hanya menggelengkan kepalanya. Adira yang memandang ibunya hanya mengangguk dengan diikuti senyuman manis. Macam tak bersalah pula.

"Adira.. Adira." Hanya mampu mengeluh, "ni kalau tinggal sendiri dekat sini, aku tak tahulah apa jadi. Hancur semua barang dalam rumah ini."

"Amboi, Siti! Apa yang dibebelkan itu. Serius sangat nampak." Puan Siti hanya gelak kecil.

"Eh encik suami dah bangun. Ingatkan tak tahu jam tadi."

"Eh, mana ada. Masak apa itu?"

"Masak nasi goreng. Abang duduklah dulu sambil minum kopi ha." Encik Izman pun duduk. Tak lupa juga dengan surat khabarnya. Bunyi ketukan terdengar. Panggilan manis dari isteri buat Aryan.

"Abang?" Panggil Adira dengan lembutnya. Tiada jawapan dari Aryan. Adira masuk untuk melihat.

"Abang?" tiada jawapan, "aikk dah masuk ke sini takkan tak dengar." Ujar Adira yang perlahan-lahan melangkah menuju ke katil, "Tuli ke bapa tua ni." tanyanya dengan suara kecil. Saat membuka selimut ternyata itu hanyalah sebuah bantal.

"Hmm?" Mendengar suara dari belakang, Adira terkedu. Perlahan-lahan Adira memusingkan kepalanya perlahan demi perlahan. Namun, terhenti sejenak. Hanya matanya sahaja yang bergerak. Walaupun tidak nampak apa-apa, Adira menutup matanya dan bergerak ke belakang.

"Dah kenapa ni?" Soal hati Aryan yang melihat Adira bergerak ke belakang. Perlahan-lahan memusingkan badannya dengan matanya yang tertutup. Setelah merasakan dirinya tidak berhadapan dengan Aryan, iya langsung berlari. Tanpa disangka, iya berlari menuju almari.

"Adira!"

Nasiblah Adira sempat menghentikan langkahnya.

"Awak ni kan tak pernah berhati-hati." Ujar Aryan. Saat menoleh, Adira ternganga.

"Asal tengok aku macam tu?" Tanya Aryan melihat isterinya yang memandang ke arahnya seperti orang bersalah.

"Saya ingat abang baru lepas mandi...dan.." memegang bajunya. Tidak terkatalah Adira bila salah faham. Aryan yang tahu hanya tersenyum. Iya lalu mendekatkan mukanya sehingga mata bertembung dengan mata sambil tangannya masuk ke dalam poket seluarnya.

"Dah kahwin en." Memandang dengan penuh tajamnya. Adira menjadi tidak nyaman dipandangnya begitu. Mata Adira hanya ke atas ke bawah. Entah apa yang akan iya lakukan nanti.

"Ehh. Sudah sudah sudah! Ni bukan pertandingan mata. Jom turun sekarang." Ujar Adira. Iya langsung memegang tangan Aryan lalu diiringinya sampai kebawah.

"Ibu! Anak ibu dah bangun." Puan Siti menoleh. Iya melihat anak lelakinya yang semakin tumbuh dewasa dan umur mereka pula semakin tua. Di sebelah anak lelakinya, mempunyai seorang perempuan yang hanya berasal dari kampung biasa. Orangnya bukanlah ada harta dan kaya, mereka hanyalah hidup sederhana di perkampungan.

Namun, hidup yang selalu bersyukur dipertemukan jodoh oleh Allah untuk Adira.

"Aik, jauh termenung tu Siti. Nampak apa dekat mereka berdua ni." Menurunkan sedikit kaca matanya. Tangannya dipukul lembut oleh Puan Siti.

"Duduklah. Takkan korang berdua nak makan sambil berdiri."

"Oh betul juga." Diiringnya lagi Aryan sehingga ke tempat duduk. Macam baby pula aku tengok. Manja betul! Keluarga Aryan Hadi menjadi harmoni. Tiap pagi selalu makan bersama-sama namun terkadang bila tak sempat makan bersama, akan di bekalkan makanan untuk makan di tempat kerja.

"Abah, umi. Aryan pergi kerja dahulu."

"Ha yelah. Hati-hati di jalan raya."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Pergilah Aryan dengan diikuti Adira dari belakang sambil memegang bekal untuk sang suami.

"Nah, nanti jangan lupa makan." Terukir senyuman yang manis terpancar di wajah Adira. Aryan yang memandang pun sejuk hatinya melihatnya.

"Dah aku pergi dulu. Kalau ada nak pesan apa-apa nanti bagitahu." Memaut kepala Adira sehingga mulutnya menyentuh dahi Adira. Adira kelihatan bahagia sekali apabila dirinya menerima hadiah yang amat istimewa baginya. Kereta Aryan yang berwarna hitam pun beransur-ansur tidak kelihatan. Sekarang Adira kesunyian kerana tiada orang yang hendak diganggu.

Saat menutup pintu, telefon di poket bajunya berbunyi.

"Siapa yang call ni?" Soal hati Adira. Saat melihat nama yang terpapar di skrin telefon, senyumannya kembali terukir, "Abah!" Dengan cepat Adira menjawab panggilan dari abahnya.

"Assalamualaikum abah!" Memberi salam dengan penuh teruja. Mana tidaknya, Adira dah lama tidak bertemu dengan ayahnya. Hanya dapat sampaikan salam dari mesej, telefon dan video call sahaja. Itupun dah cukup buat Adira mengubat rasa rindunya.

"Walaikumusalam. Adira sihat?" Soal abahnya untuk anak perempuannya itu.

"Alhamdulillah sihat. Abah sihat?" Melontar pertanyaan yang sama.

"Alhamdulillah sihat juga. Ini bila Adira nak balik sini? Rindu abah tengok Adira." Soal abahnya lagi. Pertanyaannya membuatkan hati Adira menjadi sayu ketika seorang ayah meminta untuk bertemu dengannya. Sudah sekian lama dirinya tidaj bertemu muka dengan anak perempuan itu.

"Insya-Allah, kita akan berjumpa. Abah jangan risaulah. Mak sihat?"

"Alhamdulillah mak kau sihat juga. Kalau Adira nak bercakap dengan mak, abah boleh bagi telefon ni dekat mak awak." Ujar abahnya. Raut wajah Adira bertukar. Kelihatan mukanya sayu saat menyebut tentang ibunya.

"Kalau ye pun abah bagi, mak masih tak nak tengok Adira." Ujar Adira yang tahu akan perangai ibu tirinya itu.

"Eh, tak baik Adira mengata macam itu kepada mak awak tau." Sangkal ayahnya. Ayahnya selalu menasihati Adira untuk berbuat baik terhadap ibunya walaupun dirinya selalu diperlakukan dengan kejam. Adira mengeluh berat. Iya tidak tahu nak kata apa.

"Ha abang, telefon dengan siapa tu?" Suara seorang perempuan dari telefonnya terdengar.

"Ni anak awak Adi-"

"Hmm, apa lagi yang dia mahukan." Belum sempat dijawab oleh ayahnya, ibu tirinya langsung menyampuk.

"Dia nak cakap dengan awak tu je. Bukannya sakit sangat nak bercakap kan."

"Eh ada aku kisah sangat? Suka hati akulah nak ke tak nak bercakap dengan dia. Abang tu. Jangan terlalu manja sangat." Ayahnya hanya terdiam mendengarnya. Adira juga tidak ada kata untuk diucapkan.

"Emm, tak apalah abah. Lain kali je." Ujar Adira dengan lembut.

"Menyampah aku. Dahlah anak tak guna! Sama macam ibu kandung kau!"

"Ya Allah, Husna! Tak baik cakap macam tu." Abahnya mulai menaikkan suaranya, "Abah abah abah, dah...dah dah. Jangan bergaduh. Tak apa Adira okay je." Abahnya seakan-akan tidak percaya, ada seorang ibu yang sanggup berkata demikian.

"Adira?!" Panggil ayahnya dari dapur. Mendengar panggilan tersebut, Adira langsung menjawab.

"Sini sekejap!" Panggil ayahnya.

"Baik ayah. Tunggu sekejap." Menyambung semula, "Abah, Adira pergi dulu eh, jangan lupa makan ubat tau. Kalau sakit kepala makan ubat. Jangan dibiarkan sakit." Tehas Adira.

"Ha yelah, kebetulan abah ada kerja kat dusun. Jangan lupa kirin salam dekat Siti dan Izman."

"Baik abah."

"Dan jangan melawan cakap suami." Adira ketawa kecil ketika mendengarnya.

"Ye... assalamualaikum."

"Walaikumusalam." Telefon pun dipadamkan dan Adira berlari pergi menemui ayahnya. Di berlainan sisi. Abah Adira hanya menggelengkan kepalanya kerika melihat Husna, sang isteri kedua setelah meninggalnya isteri pertamanya Puan Aishah Adira.

"Husna Husna. Perangai awak ni tak boleh berubah langsung." Husna yang mendengar, kedua biji matanya hanya melirik ke arah Encik Hassan. Iya seakan-akan memang tak kisah dengan kehadiran Adira. Bahkan jika iya pun Adira ada, itu seakan membuatnya sesak nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience