Bab 25: Kemalangan

Romance Completed 9626

Adira berada di biliknya sendiri. Ia hanya duduk keseorangan. Ia tahu di luar sana sangat bising.

"Macam inilah." Encik Hassan bangun untuk menerangkan sesuatu.

"Kalau Aryan masih cintakan anak saya Adira, Aryan lepaskan Zamira. Tapi kalau Aryan cintakan Zamira, abah minta kepada Aryan untuk lepaskan anak saya." Semua mata memandang Encik Hassan. Dari percakapannya dan hatinya ia tidak ragu sama sekali. Namun, ucapannya membuatkan semua terkejut.

"Aku tak nak anak aku sakit hati. Dengan cara yang baik, Aryan lepaskan anak aku dan aku boleh bagi kau izin untuk kahwin dengan anak aku yang satu ini. Dan Zamira-"

"Abah." Baru nak cakap Encik Hassan menghalangnya.

"Dengar dahulu. Dan awak Zamira, abah boleh bagi kau izin untuk kahwin dengan dia tapi ingat jangan cari abah lagi." Encik Hassan telah membuat keputusan. Mungkin keputusan tersebut muktamad atau tidak mereka pun tidak tahu. Yang mereka tahu ialah berbincang dan memikirkan jalan yang lebih baik.

Puan Siti bangun dari tempat duduknya. Tak terasa matanya dah berlinangan air mata.

"Aryan buatlah keputusan sendiri. Ibu dah tak boleh buat apa kalau Aryan pilih Zamira." Kecewa! Sunggu kecewa hati seorang ibu. Apa yang salah dari didikan dia? Adakah ada yang salah? Atau ada yang kurang?

"Suka hati Aryan lah nak buat macam mana sekalipun. Ayah..dah tak kisah pun dengan ini semua. Tapi ayah nak nasihatkan, Aryan jangan sesekali mengangkat tangan Aryan terhadap Adira. Dan jangan sesekali kau menengking Adira. Ayah nak Aryan tahu, hati Adira tu tulus."

Semua dah pergi. Sahabat, ibu dan ayah pergi meninggalkan keduanya. Keduanya hanya duduk mendiamkan diri.

Pintu bilik diketuk.

"Dira?" Panggil abahnya dengan lembut. Adira mengelap air matanya.

"Masuk.." suaranya bergetar. Encik Hassan masuk sebaik sahaja mendapat izin. Encik Hassan duduk di sebelah anaknya.

"Kenapa abah jumpa saya?" Tanya Adira dengan tersenyum.

"Adira kena sabar dengan ujian Allah. Adira kena kuat. Adira kena kuat seperti emak Adira." Tegur Encik Hassan supaya Adira menguatkan hatinya. Meskipun sukar untuk diterima semuanya sudah diatur oleh Allah.

Pintu bilik dibuka. Yang datang ialah Aryan. Ia datang tanpa mengetuk pintu. Adira pula memandang tempat lain. Abahnya menepuk bahunya dengan lembut. Bangun dan meninggalkan keduanya di dalam bilik.

"Ada apa abang jumpa Dira?" Tanya Adira.

"Aku tahu awak kecewa dengan aku. Tapi awak kena faham perasaan saya. Aku tahu awak marah dekat abang."

"Abang tahu saya marah, abang tahu. Kalau abang masih cintakan Dira, abang lepaskan dia." Adira bangun dan memandang mata Aryan dengan penuh serius. Mata Adira mulai berair.

"Kalau abang masih cintakan kakak saya, abang lepaskan saya. Tolong. Saya tahu abang masih cintakan dia. Abang masih sayangkan dia." Mengelap air mata yang jatuh membasahi pipi.

"Abang tak boleh lepaskan semua ini. Cinta abang dekat dia macam laut dengan ikan. Sedalam apa ikan menyelam ia tetap berada di lautan. Kalaupun diambil seekor ikan di laut masih banyak ikan lainnya." Adira ketawa mendengar.

"Jadi Adira ni? Hiasan dalam lautlah? Hiasan dalam hidup abang macam tu?" Aryan memejamkan matanya. Tangannya ingin memegang tangan isterinya.

"Abang jangan nak pegang Adira!" Adira menuding ke arahnya.

"Adira tak terima lelaki macam abang! Abang dah beristeri tetapi abang macam tak ikhlas!" Kemarahan Adira memuncak. Sangat sakit hatinya apabila mengetahui Aryan masih menyimpan perasaannya.

Mendengar kecoh dari dalam bilik Adira, mereka semua hanya tercegat di luar. Zamira pula yang mendengar memandang lantai.

"Adira dengar sini." Adira dengan cepat membantah. Aryan cuba menjelaskan semuanya namun Adira tetap membantah. Ia memotong ucapan Aryan.

"ADIRA!" Terkejut Adira saat Aryan meninggikan suaranya. Dah diberi amaran dah jangan menengking Adira.

"Adira dengar sini!" Jarinya menuding ke arah Adira. Semua yang berada diluar masuk ke bilik Adira.

"Aku tak akan lepaskan engkau! Dan aku tak akan ceraikan engkau pun! Aku suami engkau!"

"WHY! AKU PENAT TANGGUNG SEMUA KESAKITAN!"

"Sebab aku sayang kau. Aku cintakan engkau. Aku berusaha membuang cinta aku terhadap Zamira dibuang jauh! Aku pun tahu penat!" Adira terdiam. Aryan pula hanya memandang wajah isterinya yang agak ketakutan kalau dilihat dari raut wajahnya.

"Sorry." Ia pergi meninggalkan Adira. Ammar yang melihat langsung mengekori Aryan dari belakang. Ibu bapa Adira menghampirinya. Walaupun tubuhnya bergetar ia tetap ingin menampakkan dirinya baik-baik sahaja.

"Yan kau dah kenapa ni sejak si Zamira hadir?" Tanya Ammar. Aryan mulanya tidak menjawab. Namun kerana Ammar tetap terus bertanya akhirnya ia menjawab dengan penuh amarah.

Adira dan Aryan yang bergaduh, Ammar dan Aryan pula yang bergaduh kali ini. Keduanya berantam. Suara keduanya dapat didengar dari jarak jauh. Melihat keadaan rumah Adira semakin berantakan, Qila tidak mahu masuk campur. Syafiqah yang baru datang masuk dengan muka kehairanan.

Ia bertanya soalan namun kakanya Qila menghalang dirinya untuk bertanya soalan. Keadaan tak mengizinkan.

"Mak cik saya pulang dulu eh. Assalamualaikum." Ujar Qila sembari bersalaman. Syafiqah yang masih kehairanan hanya dapat mengangguk je. Mata Syafiqah dan Zamira-bertembung.

Mendengar Ammar dan Aryan tak henti bergaduh Azlan dan Encik Izman berlari ke arah mereka berdua. Tinggallah Encik Hassan, Puan Siti dan Zamira di dalam bilik.

"Aku dah kata. Aryan tak boleh nak lupa janji kami berdua." Si zamira ni menambah suasana pula!

"Mira!"

"Lah betullah Mira cakap abah. Kalau Aryan masih cintakan Mira, Mira lagi cintakan Aryan."

"Akak tahu tak sebenarnya akak ni perampas?" Mendengarnya Zamira tidak menerima ucapan yang dilontarkan oleh Adira.

"Adira kau jaga mulut kau eh. Jangan sampai aku lempang kau." Sebelum Adira makan pelempang, Zamira terlebih dahulu makan pelempang.

"Astaghfirullahalazim Adira."

"Aku dah lama sabar dengan akak. Aku bagi muka dengan akak bukan semata-mata aku izinkan akak menggoda suami orang."

"Adira apa Adira buat ni?" Tanya abahnya. Ia memegang tangan anaknya.

"Aku tahu akak selalu dipukul. Aku tahu cerita akak masa kecil. Aku tahu akak simpan semua kesakitan akak. Tapi akak cuba sakitkan Adira."

"Eh kau anak luar nikah! Kau tak tahu apa-apa baik kau diam."

"ZAMIRA! Jaga mulut kau! ADIRA bukan anak luar nikah!"

"Aku tahu masa kecil akak tak diterima oleh ayah kandung akak sendiri. Akak macam anak dibuang. Ayah akak benci dan tak mahukan akak. Ayah akak sanggup mengatakan kepada anaknya sendiri untuk mati. Dan akak pula berusaha untuk membunuh diri akak sendiri namun gagal! Tapi akak tak tahu, akak macam buta. Banyak lagi orang yang menginginkan akak di dalam hidup mereka."

Zamira seketika ketawa.

"Banyak orang yang nak akan akak di dalam hidup mereka? Kau buka mata kau luas-luas Adira. Kau lihat dunia ini tiada siapa yang-"

"Adira yang inginkan akak. Adira teringin sangat akak mengakui aku sebagai adik kandung akak!"

Semua terdiam. Hati Zamira yang keras bagaikan batu hanya memandang Adira dengan tiada perasaan langsung. Tawar hati ke?

"Why you hoping something that you know you can't get it?"

"Sebab aku tahu, aku boleh. Aku tahu suatu haru nanti hati akak terbuka.

"Tidak banyak orang yang mengetahui tentang hidupku. Namun, bagaimana kau boleh mengetahuinya? Aku sama sekali tidak pernah
memberitahumu tentang hidupku."

Televisyen yang dibuka keluar suatu berita. Telefon Aryan, Ammar dan Azlan berdering. Mereka bertiga mendapat mesej dari Tuan Arshaq. Di berita terpapar tentang sebuah kemalangan yang melibatkan kereta merah dan kereta Myvi.

Pergaduhan mereka seketika terhenti. Adira yang melihat nombor kereta tersebut raut wajahnya bertukar.

"Syafiqah..."

"Mak cik Jenab menghilang sejak 5 hari?" Adira berlari keluar dari bilik.

"Adira!" Panggil Puan Siti. Adira mengambil kunci kereta. Tapi sayangnya ia tidak pandai memandu. Kunci di tangannya dirampas.

Melihat Aryan merampas kunci daripadanya ia bergegas ingin masuk kereta.

"Adira tak boleh ikut. Adir-"

"Suka hati Adira! Itu sahabat Adira." Bantah Adira. Semua menjadi terpaku.

"Ishh! Kita tak ada masa nak bergaduh sekarang ni. Kau hantar Adira pergi ke hospital atau pergi ke tempat kejadian. Kita pergi ke balai." Jelas Azlan yang panik.

"Korang nak pergi mana ke balai?" Tanya Encik Izman.

"Mak cik Jenab yang mulut puaka tu dia menghilangkan diri." Terkejut apabila mendengar berita mak cik Jenab menghilang. Zamira yang tidak ikut kecoh ia hanya tenang. Mata Adira memandang kakaknya. Perasaan Adira memberitahu bahawa itu mungkin ulah Zamira. Mungkin? Atau..

"Zahir?" Gumam hati Adira. Atau ini perangkap?

"Awak nak masuk ke tak nak?" Tanya Aryan. Adira masuk dan menutup pintu dengan keras. Setelah mereka pergi, Zamira mengambil kunci.

"Mira awak nak pergi mana?!" Tanya Puan Siti.

"Aku nak pergi ke tempat kejadian." Jawab Zamira. Ia langsung memasang keretanya. Puan Siti, Encik Izman dan Encik Hassan sangat risau.

Dalam perjalanan, Zamira mengambil telefonnya. Ia tampaknya menelefon seseorang.

"Apa yang kau buat dekat mak cik tu?" Tanya Zamira.

"Tak ada apa-apa. Üzülmeyin! (Jangan risau)"

"Aku tak suruh pun engkau menculiknya kan?"

"Hmm? Kau boss ke? Tak en? Jadi suka hati aku."

"Zahir! Mak cik tu tak ada kaitan dengan semua ini!"

"Game dah start Mira. Lagipun kes tahun lalu mula disiasat semula."

"Kes tahun lalu? Kau kata kau janji tak kacau Adira dan keluarganya! Aku dah bantu engkau! Kau berhenti mengganggunya!"

"Kau senang sangat ditipu Mira. Aku nak Adira jadi isteri aku. Dan aku nak semua dunia takut kepadaku. Dan aku juga nak semua orang tahu nama aku. Aku nak semua orang merasakan apa yang aku rasakan saat ibu aku mati dan tiada siapa yang menjadi saksi atas kematian ibuku. Tambahan lagi kes adik aku kena dera sampai mati." Tujuan dia nak semua orang rasa semua kesakitan dia ke?

"Tak akan perkara itu kau melibatkan orang tua tu."

"Itu bukan ulah aku Mira." Zamira agak kehairanan. Apa maksudnya itu bukan ulahnya?

"Sebaiknya kau tengok jalan eh. Ataupun tengok kiri." Zamira menoleh ke kiri. Ia melihat sebuah kereta laju mendekati kereta Zamira.

"LEPASKAN ANAK AKU!" Teriak mak cik Jenab. Kereta Zamira dan kereta hitam yang dipandu oleh anak mak cik Jenab terbabas. Kereta tersebut dikontrol sepenuhnya oleh Zahir.

"Hallo? Hallo? Are you still alive?" Tiada jawapan daringa.

"Hola? Okay."  Telefon ditutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience