Bab 27: Kemalangan 3: Pihak Ketiga

Romance Completed 9626

"Ammar tunggulah dahulu belum habis apa yang aku nak katakan."

"Apa?"

"Jadi si Zamira ni bukan orang pihak ketiga lah?" Ammar menggelengkan kepalanya.

"Orang pihak ketiga itu semua kami belum tahu. Identitinya sangat misteri. Tapi dia ni ada kode rahsia. Cuma kami tak dapat nak pecahkan."

"Pakai kode pula. Tak apalah, apa kode dia?"

"Cari sendiri." Eh? Ehhh..

"Kau ni main-main."

"Mana ada aku main-main. Aku betullah. Dah dia tulis dekat kertas Kode: Cari sendiri!" Tangan Azlan dah dinaikkan.

"Tapi dekat dalam kertas tu ada seutas rantai. Rantai tu dia boleh bersambung."

"Bersambung? Macam mana tu?" Tanya Azlan. Dia tanya Ammar lagi. Dahlah Ammar ni bukan pandai sangat menjelaskan sesuatu.

"Tapi aku tak tahulah tu rantai milik Zahir atau Zamira aku tak tahulah sangat. Kejap eh." Ammar mengambil telefonnya. Seketika otak Ammar kosong. Ia tidak tahu harus menaip apa.

"Eh aku tak ingatlah."

"Lailahaillallah." Azlan hanya mampu memandangnya. Ammar menggaru kepalanya meskipun tidak gatal.

"Bismillahirrahmanirrahim, halal untuk dipukul." Satu pukulan singgah tepat di belakangnya. Sedap oo.

Azlan Raiden and Ammar Izan

Mereka pergi semula ke hospital. Ammar dan Azlan menjenguk si Zamira. Adira pula menjenguk dari luar. Setelah puas memandang kakaknya yang terlantar ia pergi ke bilik Syafiqah.

"Sya? Adira ni. Adira masuk eh." Meskipun Syafiqah belum menjawab Adira dah masuk dahulu. Adira berjalan perlahan. Ia duduk menghadap Syafiqah.

"Sya.. Insya-Allah keluarga Sya akan ditemui. Tuan Arshaq dah mulakan pencarian."

"T-tuan Arshaq?" Adira mengangguk tersenyum. Syafiqah memandangnya dengan air mata yang masih bertakung di matanya.

"Ehmm, tadi doktor kata tubuh kamu tak ada sebarang luka yang serius. Tapi...Sya harus berehat banyak dan kurangkan pergerakan." Nasihat Adira kepada sahabatnya. Hatinya sedih melihat Syafiqah tiba-tiba jadi mangsa Zahir.

"Dira... Sya boleh pulang ke?" Tanya Syafiqah dengan sedih dan lembut

"Oh Insya-Allah. Nanti Syafiqah pulang ke rumah. Jangan risau." Memegang tangan sahabatnya yang putih.

TUAN ARSHAQ

"Yan?" Terkejut Aryan apabila namanya dipanggil.

"Aryan buat apa dekat sini?" Tanya Tuan. Aryan menunjukkan sebuah telefon milik Zamira.

"Dia terakhir kali telefon dengan Zahir." Terdengar sangat menarik, Tuan Arshaq menghampirinya.

"What you mean?"

"Aku bukan nak bersangka buruk. Tapi kalau aku tengok semua yang telah dia buat, itu bukan untuk Zahir melainkan untuk melindungi orang tersayang."

"Berdasarkan maklumat yang Ammar bagi, Zamira bukan pihak ketiga mahupun kedua. Dia hanya bersengkokol tapi dia bukan orang ketiga yang buat semua ni." Jelas Tuan Arshaq. Melihat telefon yang dipegang Aryan, Tuan Arshaq memerhatikan sesuatu.

"Itu chip ke?" Merampas telefon dari Aryan. Ia membuka case telefon milik Zamira. Zamira masih tidak sadarkan diri.

Encik Hassan berkali-kali berdo'a agar anaknya Zamira cepat sadarkan diri. Encik Hassan hanya mampu memegang tangan anaknya seperti mana ia pernah lakukan saat isteri pertamanya, Aishah Adira menghembuskan nafas terakhirnya.

Hatinya kerap kali menyebut nama Allah. Puan Siti yang tidak mahu melihat Encik Hassan dilanda kesedihan, ia meminta sang suami untuk mengajaknya keluar sebentar.

Namun dirinya menolak mentah saat diajak. Adira masuk dengan makanan dan minuman. Ia membelinya tidak jauh dari hospital.

"Abah, makan dulu. Nanti abah sakit. Abah jangan risau akak akan sadarkan diri." Ujar anaknya dengan lembut.

"Betul kata anak kamu tu Hassan. Jangan sedih sangat. Kita do'a yang terbaik buat Zamira." Sokong Encik Izman. Tangannya masih menggenggam erat. Tak mahu dilepaskan. Biarkan dirinya duduk menangis meratapi sang anaknya.

Ingatan Adira mulai bermain ke masa lalu dimana ia pergi menjadi saksi terakhir kali ibunya menghembuskan nafas terakhir. Saat itu ia masih kecil. Ia mengira ibunya sedang tidur nyenyak.

"Abah, ibu tidur ke?" Tanya Adira yang kecil comel. Ayahnya menangis sembari memegang tangan sang isteri.

Encik Hassan mengelus lembut kepala Adira. Wajahnya masih dibasahi. Melihat wajah puteri kecilnya, wajahnya diukir semula dengan senyuman.

"Ibu tidur. Nyenyak ibu tidur kan." Mengangkat sang puteri lalu diletakkan pada pangkuannya. Tangan yang kecil memegang jari telunjuk ibunya dan berharap ibunya segera bangun.

"Abah..kenapa ibu tak gerak eh? Kenapa abah nangis?" Melihat wajah sang ayah. Telapak tangan yang kecil menyentuh muka sang ayah yang seperti kehilangan arah. Sang ayah hanya memalingkan mukanya. Doktor yang melihat pun ikut sedih apabila anak berusia seperti Adira tidak tahu apa-apa mengenai kematian ibunya.

Doktor lelaki menghampirinya. Ia memegang pundak Encik Hassan. Telah tiba waktunya untuk pergi dengan hati yang patah. Encik Hassan bangun dengan mengendong sang puteri yang ia besarkan seorang diri.

"Abah kita nak kemana? Kita tak boleh tinggalkan ibu seorang diri kat sini." Dagu si anak kecil itu diletakkan pada bahu ayahnya. Langkah demi langkah keduanya menjauh. Melihat langkah kaki ayahnya tidak berhenti, Adira mulai memanggil ayahnya untuk kembali lagi ke ibunya.

"Abah! Adira nak jumpa ibu! Adira nak teman ibu!" Encik Hassan berusaha berpura-pura tidak mendengar kata anaknya. Ia mengelap air matanya

"Abah! Adira nak teman ibu!" Sampai keluar Adira masih memanggil ibunya. Encik Hassan pula berusaha menenangkannya.

"Dira...dengar abah nak." Mengelap air mata sang anak menangis tidak mahu meninggalkan ibunya.

"Ibu jauh tinggalkan kita. Ibu pergi jauh..dari sini. Abah tak tahu bila kita boleh berjumpa dengan ibu. Tapi kita sama-sama berdo'a tau." Mencubit pipi sang puteri kecil. Mendengarnya senyuman si anak kecil kembali terukir. Tangan kanannya memegang tangan ayahnya. Manakala tangan kirinya hanya mampu memegang anak patung kecil miliknya.

Encik Hassan berjalan dengan hati yang belum dilengkapi sesuatu. Sesuatu dihatinya menghilang entah kemana.

Kembali ke masa saat ini. Ia kembali lagi menyaksikan orang yang ia sayangi terlantar di hospital yang sama. Pintu dibuka. Semua mata memandang ke belakang.

"Adira...aku nak bercakap dengan awak." Panggil Aryan. Awalnya ingin menolak bila lihat mata Aryan kesian pula. Adira mengikuti arahan suaminya. Keduanya langsung pergi meninggalkan semuanya yang berada di bilik Zamira.

Angin bertiup kencang.

"Kenapa abang masih nak tanya pasal kes tu? Lagipun Adira tak terlibat dalam kes ni."

"Memang Adira tak terlibat tapi aku nak tanya je." Adira menghela nafas. Ia menggaru-garu kepalanya.

"Aku nak tanya dia mati kerana apa?" Pertanyaan Aryan tampaknya memang serius. Ia memandang wajah suaminya. Muak pula dia rasa. Meskipun Aryan mengaku dia bersalah kerana masih menyimpan rasa terhadap Zamira dirinya tetap menyayangi Aryan.

"Dia mati kerana jatuh dari balkoni universiti. Aku tak tahulah masa tu ada orang tolak dia ke tak. Aku hanya duduk dalam kelas je."

"Then?"

"Lepas tu kami disoal satu-persatu. Setelah disoal mereka tak dapat apa-apa bukti. Mereka check camera CCTV tapi tak boleh sebab litar CCTV yang tersambung pada monitor tu terputus. Selang beberapa hari kami mendapat berita bahawa ada seorang pelajar dituduh sebagai pembunuh termasuk circlenya Mereka ni cukup terkenal dengan kes bullying." Mendengarnya Aryan merasa ada yang janggal.

"Awak tak perasan ke ada sesuatu yang tertinggal dekat cerita awak?" Tanya Aryan. Kening Adira mengerut. Ia bahkan tidak merasa apapun hal yang aneh.

"Tertinggal? Apa dia?" Tanya Adira dengan kehairanan.

"Sebelum tu, apa yang terjadi dekat pembuli tu?" Adira menyambung semula ceritanya.

"Pembuli tu berkata mereka tak pernah buat hal gila macam ni. Dan dengan jujur mereka telah membongkarkan rahsia mereka sendiri iaitu mereka pernah membuli orang di social media. Hal itu pun menjadi isu di universiti. Mereka tak diberi kepercayaan langsung. Semua orang mengganggap memang itu salah mereka. Kerana apa? Kerana mereka telah membuatkan orang lain bunuh diri. Lepastu aku pun tak tahu macam mana keadaan mereka sekarang ni."

Setiap info yang diberikan Adira tidak mencukupi bagi Aryan. Ia tetap merasa ada kekurangan bahkan janggal dengan situasi tersebut. Aryan tahu manusia ni sangat licik dalam membuat kebohongan. Apa yang korang rasa?

"Dah habis dah bercakap dengan saya? Kalau dah saya nak balik." Tiada jawapan dari Aryan. Adira melangkahkan kakinya.

"Dira.." Aryan memegang tangan sang isteri.

"Maafkan abang." Adira melepaskan pegangan Aryan. Aryan hanya memerhatikan sang isteri pergi menjauh. Aryan merasa dirinya tidak layak buat Adira. Ia seperti memainkan perasaan Adira. Tanpa ia ketahui mata Adira dah berkaca.

Adira menuruni anak tangga. Ia pergi semula ke arah bilik Syafiqah.

"Sya.." Membuka pintu namun tiada orang didalamnya.

"Sya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience