Bab 31: Pertemuan terakhir kita.

Romance Completed 9626

"Ammar!"

"Ammar!" Telinga berdengung. Suara tembakan dimana-mana.

"Ammar!" Panggil Aryan yang cuba menghampirinya. Hayes pula cuba mengheretnya namun tembakan terus-menerus dilepaskan.

"Adira.." Adira yang lagi nyenyak tidur namanya dipanggil.

"Hmm?" Ia melihat Qila disebelahnya. Ia agak terperanjat ketika melihat kelibatnya. Ia menyangka itu ialah Zahir.

"Listen up. We have to get out of here" Adira seketika bangun dengan cepat.

"What do you mean?" Tanya Adira dengan hairan. Ia tidak mengetahui apa yang terjadi.

"Kami telah merancang untuk lari dari sini. Kita lari ke hutan dengan membawa walkietalkie. Jangan risau ayah aku pandai menyambungkan walkietalkie itu kepada Tuan Arshaq." Jelas Qila. Dari kejauhan terdengar suara langkah kaki. Keduanya berpura-pura tidur agar mereka tidak dicurigai.

Pintu dibuka.

"Oi bangun!" Panggil Syafiqah dengan kasar. Keduanya membuka mata semula. Berpura-pura mengantuk.

Qila dan Adira dipapah untuk berdiri namun dengan cara yang kasar.

"Bawa mereka berdua pergi dari sini. Yang lain biar aku uruskan." Perintah Syafiqah dengan penuh tegas. Anak buahnya itu mengangguk. Syafiqah mengeluh. Sebelum melangkah jauh dari belakang Zahir munculkan diri.

"What are you doing, Syafiqah." Itu membuatkan Syafiqah sedikit geram dengan Zahir. Menoleh kebelakang seperti tiada apa yang terjadi.

"Apa awak buat?" Tanya Zahir dengan penuh hairan.

"Aku nak bawa mereka pergi toiletlah. Takkan nak ikut?" Jawab Syafiqah dengan senyumannya. Mata Zahir melihat ke arah anak buahnya.

"Oh mereka berdua? Aku minta tolong dari mereka. Tak akan aku nak bawa kedua orang ni berulang alik kan." Jawab Syafiqah dengan penuh confident. Ia memasang muka yang boleh dipercayai namun sebenarnya memang pengkhianat terbesar.

"Bawa mereka pergi dan kau ikut aku." Pinta Zahir dengan muka marahnya. Syafiqah menoleh kebelakang namun matanya seperti memberi sinyal kepada anak buahnya.

Sebaik mereka berdua pergi Qila dan Adira dibawa entah kemana.

"Mak cik Jenab! Cepat sikit." Ujar suami Qila.

"Jap jap. Sabar kejap."

"Mak cepatlah sikit!" Paksa anaknya. Mak cik Jenab yang dah tua memang tak boleh jalan lajulah seperti mereka en.

Mereka melarikan diri ke?

"Ammar!" Panggil Hayes. Ammar perlahan membuka matanya. Pandangannya menjadi kabur.

"MEDIC!" Azlan berteriak memanggil tentera medik. Hayes pula menekan perut Ammar. Kononnya hendak menghentikan pendarahan. Namun sayang sekali darahnya tetap mengalir.

"Aryan bom ada sekitar bangunan. Mereka telah menggunakan tipu helah. Adira dan yang lain tidak ada disana!" Ujar Tuan Arshaq melalui radio. Tak terkata apabila mendengarnya.

"Azlan! Protect me!" Keadaan menjadi genting. Azlan mengambil senjatanya namun radio Aryan kembali berbunyi.

"Kekalkan posisi kalian! Aku dan yang lain pergi ke tempat persembunyian Zahir dan Syafiqah! Jangan risau kami akan bawa balik mereka dengan selamat."

"Tuan-"

"Aryan...mereka mempunyai banyak tembusan di bawah." Aryan tidak dapat membuat keputusan. Matanya melihat ke arah Ammar yang cedera parah. Ia pula melihat tentera lain yang sedang berjuang.

Anak buah Zahir bukan sedikit di dalam bangunan malah makin banyak mereka datang.

"Bawa balik isteri aku." Ujar Aryan dan berlalu pergi.

"Aryan!" Panggil Azlan. Baru je nak bangun ia tempat berlindungnya ditembaki.

"Hayes.." tangan Hayes gementar. Ammar menjadi lemah. Darahnya tetap terus mengalir.

"Mar, mengucap Mar." Azlan memegang kepala Ammar. Tangannya dipegang. 

"Zev, bila kau dah kahwin nanti jaga Zulaikha elok-elok. Jangan bagi dia sakit hati. Jaga dia seperti mana kau jaga VIP." Ujar Ammar kepada Hayes.

Tiada daya melihat Ammar menjadi sekarat. Dan ketika itu, seorang medik lelaki menghampiri mereka. Namun sayang seribu kali sayang...

'Ammar Izan KIA'

"Jadi selama ini kau bunuh keluarga aku?" Syafiqah membuat dirinya tidak tahu apa-apa mengenai keluarganya.

"Apa maksud awak?" Tanya Syafiqah.

"Kau bunuh adik aku semata-mata nak dapat ranking 1?" Tanya Zahir lagi. Amboi, bertubi-tubi soalan ditanya!

"Bila masa aku bunuh adik engkau."

"Kau jangan bohong kepada aku Syafiqah!" Zahir meninggikan suaranya. Sifat yang seperti malaikat berubah menjadi sifat aslinya.

"Kalau aku kata betul kenapa?" Tanya Syafiqah dengan penuh senyuman.

"Kau hasut aku untuk bunuh ibu aku. Lepastu kau bunuh adik beradik aku."

"So, kau nak kata aku ni jahat sangatlah? Memang pun aku jahat. Aku nak tengok korang semua merana. Aku dah lama jadi ranking 1 dekat sekolah kau tahu tak? Tapi semenjak korang datang korang hancurkan hidup aku. Semua orang lebih tertarik kepada korang."

"Jadi selama ini kau cemburu? Ha? Perkara cemburu kau buat macam ni?" Syafiqah ketawa mendengarnya.

"Apa daya seorang anak macam kau ni membunuh ibunya sendiri." Sindir Syafiqah dengan gelak gembiranya.

Menyesal! Sungguh menyesal!

"Ka-" suara tembakan terdengar dari bawah. Pasukan Tuan Arshaq datang untuk menyelamatkan. Syafiqah dan Zahir pula dengan masa yang bersamaan mengeluarkan senjata kedua-duanya.

"Selamat anda jatuh kedalam perangkap ku."

PANG!

Kepalanya ditembusi satu peluru dari kejauhan. Syafiqah pula sempat lagi tersenyum. Darah hanya dapat mengalir.

"Puan! Itu bukan aku yang menembaknya!" Terkejut Syafiqah apabila mendengar anak buahnya berkata demikian. Langsung Syafiqah sadar sesuatu.

Ia berlari seperti seorang agent rahsia.

"Azlan! Bawa mereka semua pergi dari sini!"

"Aryan! Lebih baik kita pergi dari sini daripada kau menjinakkan bom itu!"

"BAWA MEREKA PERGI SEKARANG!" Teriak Aryan kepada Azlan. Mahu tak mahu ia membawa semua tembusan tersebut pergi keluar dari bangunan. Azlan berlari menunjukkan arah mereka pergi. Ia masih melihat Hayes yang berlutut memandang mayat Ammar.

"Hayes! We need to get out now!" Hayes sama sekali tidak mendengarnya.

"HAYES!" Keadaan menjadi huru-hara.

"Sampai bila kau nak meratapi mayat Ammar! Dia mati hanya untuk menyelamatkan orang bukan mati mengkhianati!" Kata-kata Azlan membuat Hayes sedikit sedar. Semua tembusan yang dibawa oleh Azlan mereka semua berterabur pergi keluar.

Ada budak kecil. Ada pula orang dewasa. Tidak ketinggalan dengan orang tua.

"Aryan keluar dari sana sekarang!" Panggil Azlan melalui radio.

Sana sini huru-hara. Orang-orang dibandar hanya dapat menyaksikan dari kaca televisyen. Berita disiarkan dengan menggunakan helikopter. Ada pula helikopter ditembak jatuh.

Qila dan Adira berlari seperti dikejar anjing. Tidak tahu arah mana mereka keluar.

"Mana kita nak pergi ni!" Tanya Adira dengan ketakutan.

"Sini!" Ujar Qila dan keduanya menuju ke pintu. Saat dibuka orang-orang diluar menodongkan senjata mereka.

"Hold your fire!" Mujur suara Tuan Arshaq memberhentikan mereka.

Perut dipegang. Tangan hanya dalat diwarnai dengan warna merah. Tubuh menjadi lemah. Mata pula hampir tertutup.

Ia bersandar pada dinding sambil menahan luka. Aryan mengangkat senjatanya lalu menembak seorang anak buah Syafiqah.

"Aryan! Tunggu disana dahulu! Aku akan sampai segera!" Azlan berlari menuju tempat Aryan. Ditempatnya, terdapat bom yang disembunyi dibawah tanah. Namhn saat digali bom tersebut tidak boleh dihentikan kerana ia dikawal.

Berbalik kepada Tuan Arshaq. Mereja telah berjaya mengeluarkan Adira dan yang lainnya. 

"Mak!"

"Qila." Qila dan keluarganya bertemu. Mak cik Jenab dan anaknya berpelukan antara satu sama lain. Mata Adira melilau nencari kelibat sang suami.

"Tuan Arshaq." Adira mendekati Tuan Arshaq.

"Mana Aryan?" Tanya Adira kepadanya. Baru je nak cakap suara radio berbunyi.

"Ammar Izan KIA." Mendengarnya Tuan Arshaq terkejut. Ia tahu Ammar merupakan abang sepupu Adira.

"Tuan?" Berlinang airmata Adira. Qila yang melihat Adira memandang Tuan Arshaq dengan linangan air mata ia mendekatinya.

"Aryan...isteri awak telah selamat. Bagaimana keadaan awak?" Tanya Tuan Arshaq dengan suaranya yang hampir menangis.

"Sir.."  mendengar suara sang suami Adira sedikit tenang meskipun ia telah mendengar khabar kematian abang sepupunya.

"I'm so thankful my wife is safe." Senyuman terukir diwajah Aryan. Tuan Arshaq memberi radionya kepada Adira.

"Abang? Abang dimana?" Tanya Adira dengan tangisannya. Suara ketawa kecil Aryan terdengar.

"Don't worry. I'll be home soon."

"Tak tak tak. Adira tanya abang dekat mana!"

"TUAN! ARYAN MASIH BERADA DIDALAM BANGUNAN DENGAN BOM DI DALAMNYA!" Suara Azlan terdengar dari radio pasukan tentera lainnya.

"Abang! Abang keluar sekarang dari sana." Tak henti-henti air mata Adira mengalir. Ia mohon kepada Aryan agar keluar dari bangunan yang penuh jebakan tersebut.

"Korang tak boleh nak hentikan semuanya sebab kontrol untuk bom itu sudah hancur. Dan semuanya tinggal tunggu masa je." Jelas Syafiqah dengan tersenyum. Ibunya langsung menghampiri dan pelempang singgah dimukanya.

"Abang! Adira mohon sangat kepada abang untuk keluar sekarang dari sana."

"ARYAN KELUAR DARI SANA!" Azlan cuba masuk semula kedalam bangunan tersebut namun dirinya dihalang. Tuan Arshaq pula memerintah kepada Aryan agar keluar dari sana dengan masa yang masih tersisa.

"I'll see you on the other side, Adira."

"Abang! Abang!"

Letupan pun terjadi. Tiada daya lagi Adira saat tidak mendengar suara Aryan melalui radio. Semua orang yang melihat dan mendengar hanya terdiam.

Seorang wira sanggup berkorban demi keluarganya. Meskipun wajah mereka dilupai namun nama mereka tetap diingati.

"Do not be sad, because they have found their own home and rest forever." -Hayes Zevrin




Akhirnya tahun yang menyedihkan sudah pun berlalu. Kepergian Aryan Hadi masih menjadi satu tragedi menyedihkan. Keduanya telah mempunyai anak lelaki. Meskipun tiada hero di sebelah anak lelakinya Adira tetap menyuruh anaknya untuk kuat seperti ayahnya.

Zamira Afreen menjalankan hidupnya dengan orang barunya. Ia telah berkahwin dengan seorang lelaki tampan. Syafiqah pula terperap dalam lokap beserta anak buahnya.

"Ibu..ibu jangan sedih tau. Ryan kan ada sisi ibu." Keduanya hanya meratapi kubur sang suami. Kubur Ammar pula diziarahi oleh Hayes Zevrin dan isterinya Zulaikha.

"Mar. Seperti yang engkau cakap dahulu aku akan jaga Zulaikha baik-baik Ammar." Gumam hati Hayes.

Akhirnya Adira melangkahkan kakinya. Ia tabah menghadapi semuanya.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan kepada Allah kita pulang.

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience