Bab 11

Romance Completed 9626

Baru je bangun, bunyi bising dekat bawah dah macam berperang. Mahu tidak mahu Adira bangun walaupun dirinya malas untuk menggerakkan tubuh badannya.

"Ya Allah! Aryan! Sudahlah tu. Korang ni dah macam ni pergi berperang."

"Eh eleh. Kita yang bertamu dia pula yang marah. Suka hati akulah nak bertamu. Lagipun bukannya aku tendang pintu kau en." Ammar ni pun satu. Kalau tak buat masalah bukan Ammar lagi namanya. Suka sangat naikkan darah orang.

"Kau kuburkan juga kau nanti. Nasib baik kau bukan adik aku. Kalau tak dah lama dah aku pusing kepala kau." Ujar Aryan.

"Lagipun mak awak yang suruh saya masuk. Padan muka kau!" Dengan santainya Ammar baring di sofa. Aryan mendongakkan kepalanya ke atas. Dah nak meletop dah ni, takkan tak lari lagi.

"Oh by the way. Aku nak tinggal disini bersama korang. Boleh kan?" Bangun dari sofa. Puan Siti yang mendengar, tersenyum. Tapi tidak dengan Aryan yang memang dah rasa nak dibuangnya isi perut.

"Eh boleh boleh! Mak cik izinkan. Yelah Ammar kan abang sepupu Adira. Adira yang melihat dari atas bercekak pinggang.

"Mak."

"Nope! Ibu yang izinkan Ammar untuk tinggal disini. So, keputusan ibu muktamad."

"See?" Mengangkat kedua bulu keningnya.

"Uuu, finally i have big family." Gembira sangat Puan Siti pagi ni. Bersemangat! Ketika diizinkan, mulalah Ammar mengusik Aryan. Aryan hanya diam dan memandangnya dengan tajam.

"Kalau bini aku tak ada kat rumah, dah lama dah aku SmackDown dia ni." Gumam hati Aryan yang memang sudah panas. Mendengar Ammar yang tak henti-hentinya bercakap, semakin lama semakin panas Aryan mendengarnya. Puan Siti yang memasak di dapur hanya bersenandung.

Dah namanya gembira memang macam tu. Tapi makin lama makin besar pula suara Ammar. Di mata Adira, ia seperti melihat keadaan tersebut seolah amat kritikal. Ia turun menuju ke bawah.

"Ya Allah! Ada apa ini?! Dari tadi bising?"

"Hmm, singa kedua dah keluar." Ujar sang ayah yang duduk di luar. Membaca surat khabar manakala telinganya mendengar pertelingkahan yang terjadi.

"Tengok dia ni! Dia nak halau tite!" Membuat muka manjanya di hadapan Adira. Dahlah tahu Adira ni geli buat pula muka manjanya. Aryan yang melihat ingin termuntah mendengarnya. Meremang bulu.

"Dahlah tak hensem buat muka manja. Ee geli."

Sakit mat bila orang kata macam tu. Sikap Aryan ni pula terlalu jujur. Sangat menusuk ya.

Terasa geram, Ammar hanya memandang Aryan. Dia yang mula dulu, dia pula yang geram. Kali ni, nampaknya Ammar ada persaing yang hebat ye.

Kerana terlalu geramnya, ditunjukkan jari kelingking ke arah Aryan. Tak terasa, satu tamparan singgah di belakang. Fuhh, bunyinya dah macam bergema.

"Apa yang abang buat ni?!"

"Ni jari kelingking lah! You promise i promise!" Hanya kerana ulah Ammar, mata Adira mencari-cari sesuatu.

"Kau sini sekarang!" Mengambil hanger. Ammar yang melihat langsung melarikan diri. Aryan yang memang sentiasa lepas dari isterinya duduk menyilangkan kaki.

"Aik, asal sunyi pula?" Tanya hati Puan Siti.

"Aryan?"

"Hmm?"

"Mana Adira dan Ammar tu pergi? Kenapa sunyi sangat ni?"

"Ada tu ha, pergi entah kemana dikejarnya si hodoh tu."

"Aryan! Mak tak ajar eh bercakap macam tu."

"Sorry." Puan Siti menggelengkan kepalanya. Aryan baru je nak bangun, pintu rumah mereka diketuk. Tanpa panjang lebar, Aryan membukanya. Tetamu yang bertamu di rumahnya, ialah mak cik Jenab yang baru kelmarin bertemu.

Belum melangkah pintu dah ditutup kembali.

"Kurang ajar eh kau Aryan!" Puan Siti yang mendengar ketukan tadi, menghampiri Aryan.

"Siapa tu?" Menunjuk mengguna mulutnya.

"Siti! Tengok anak Siti ni! Kurang ajar! Kita nak masuk tak diizinkan." Teriak mak cik Jenab. Puan Siti memandang Aryan dengan pandangan tajam. Katanya nak suruh Aryan buka. Mahu tak mahu dibukanya pintu.

"Ya Allah Jenab." Ketawalah mak cik Jenab melihat Puan Siti. Ia dipersilakan masuk.

"Apa yang buat kau datang ke sini?" Dibawanya duduk di sofa.

"Emm, saya datang ke sini nak tengok-tengok rumah." Puan Siti hanya mengangguk.

"Silakan minum. Jangan malu-malu." Mak cik Jenab hanya tersenyum kelat. Nampak sangat kalau mak cik Jenab ni memang tak suka keluarga Hadi. Bukan apa, itu semuanya hanya kerana Adira.

"Ai, Aryan duduklah. Mak cik ada sesuatu nak disampaikan." Menepuk sofa untuk menyuruhnya duduk. Awalnya ia menolak, tapi ketika memandang ibunya, mahh tidak mahu duduklah dia.

Mak cik Jenab mengatur nafasnya. Apa yang serius sangat ni sampai mengatur nafas kan.

"Abang ni kan! Tak habis-habis nak usik orang! Ee, geram betul aku." Membersihkan kotoran pada bajunya. Ammar hanya berjalan menunduk.

"Abang cepatlah!" Ammar mula melangkah dengan lebih laju. Tetapi dari kejauhan lagi, Adira mendengar sesuatu. Ia mendengar perbualan orang di ruang tamu. Ammar dan Adira dengan saat bersamaan melihat di balik dinding.

"Mak cik Jenab." Mendengar namanya, Ammar hanya menutup mulutnya. Korang pun tahu kan perilaku Ammar macam mana. Muka je hensem tapi perangai memang tak ada siapa yang tahan.

"Dan mak cik ada bawa seseorang yang mungkin awak kenal." Memandang Aryan dengan penuh senyuman, "Kejap eh mak cik panggil."

"Masuk." Memanggil seseorang untuk masuk. Kelihatan seorang perempuan berambut coklat masuk dengan anggun. Dengan rambut yang bergelung dan penampilan yang agak terbuka.

"Astaghfirullahalazim sister." Ammar segera memalingkan wajahnya. Mata perempuan itu berwarna hijau. Badannya kurus sama seperti Adira. Tubuh badannya tinggi. Tapi kalau dilepaskan kasut tumit tinggi, yaa.. agak... pendeklah.

Di mata Aryan ia tidak percaya apa yang baru sahaja ia lihat. Orang yang pernah ia cari sejak 3 tahun dahulu kini muncul setelah dirinya berkahwin.

"Ophelia." Puan Siti hanya memandang mak cik Jenab dengan pandangan tajam.

"Jenab?"

"What?" Seolah pura-pura tidak tahu pula.

"What are you doing?" Mak cik Jenab memandang Aryan dan Ophelia beberapa kali. Ia merasakan tiada apa yang pelik.

"What? Aku hanya ingin Aryan tahu kalau Ophelia dah balik." Mengangkat kedua bahunya. Meneguk air putih yang diberikan Puan Siti.

"Aryan." Aryan menghampiri Ophelia yang masih berdiri dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Adira yang melihat di balik dinding, hanya berdiri memandang suaminya.

"Dira.." Ammar tidak tahu apa yang harus iya lakukan. Nak bawa Adira pergi dari sana, takut dia kena marah. Tapi kalau tak dibawa, hati adik perempuannya itu terluka. Arghh pusing!

"Jenab kau pun tahu kan kalau anak aku dah kahwin."

" Tahu. Tapi dia kan dahulunya cintakan Ophelia. Jadi apa salahnya?"

"Tergamak eh kau. Dia dah punya isteri kau tahu tak." Mak cik Jenab menarik nafasnya.

"Haih. Isteri? Heh. Isteri Aryan tu..orangnya tak kaya pun. Buat apa nak kahwinkan dia dengan anak kau."

"Mak cik. Kalau nak bercakap tu elok sikit. Adira isteri aku." Berdiri di sebelah mak cik Jenab. Ni kalau Aryan naik angin ni, fuh, rambut mak cik ni habis dikerjakan nanti.

"What? Aku ada salah kata apa-apa ke?"

"Memang salah. Biarpun menantu aku miskin ke tak kaya ke hidup sederhana ke, yang penting keikhlasan dan ketulusan itu yang kami cari." Sahut Encik Izman yang ketika itu kebetulan masuk untuk meneguk air.

"Bapa tua ni kan, kalau tak masuk campur memang tak sah." Ujar mak cik Jenab dengan suara perlahan.

"Memang pun aku hidup susah. Tapi aku tahu diri." Adira memberanikan dirinya untuk bersuara. Ammar yang di belakangnya, ternganga je lah tengok.

"Aku tahu diriku siapa. Aku tahu kekurangan aku apa."

"Ohh..dah berani ye tinggikan suara dekat orang yang sudah tua." Mengambil kipas tangan dari handbagnya. Panas agaknya dengar perkataan Adira.

"Awak.."

"Abang pun samalah. Abang kata abang dah lupakan cinta abang dekat.." memandang Ophelia dengan penuh marah. Ophelia hanya berdiri dengan muka yang tidak tahu apa-apa. Kerana marahnya, tak terasa air tertimbun di matanya.

Adira menghela nafas dan berlalu pergi. Tangan yang sudah dipegang oleh Aryan dilepaskannya begitu sahaja. Mak cik Jenab yang melihat memang puas dengan apa yang ia lakukan. Kerana itulah tujuan sebenarnya dia pergi ke rumah Aryan.

Mata Ophelia dan Ammar bertembung. Ammar memandang Ophelia dengan penuh tajam. Seolah mengenalnya. Atau mungkin Ammar memang kenal dengan Ophelia?

"Adira." Mencuba untuk memegang tangan sang isteri. Namun, berkali-kali dilepasnya.

"Adira!"

"Evie Adira binti Hassan!" Langkahnya seketika terhenti. Ammar yang berlari untuk melihat keadaan pun berhenti.

"Apa yang dia buat ni?" Fikiran Ammar jauh tersasar.

"Cinta Aryan Hadi bin Hadi Izman hanyalah untuk isterinya sahaja. Tak kira seberapa marahnya awak, aku akan tetap mencintaimu sampai..."

"Akhir hayat."

"Ee geli aku." Ammar terasa nak muntah. Orang tengah bersedih dia pula main-main.

[ Author ]

Agak cringe ya? Sama..saya juga????. Dan sebelum author terlupa, bila author lama sangat tak update cerita, maknanya author tengah berfikir sesuatu yang menarik atau tak ada masa macam sibuk macam tulah. Jadi mohon dimengertikan. Okay that's all.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience