Bab 5

Romance Completed 9626

Kunci kereta diambilnya dengan muka dinginnya. Marah ke mamat ni? Satu tangan kiri berada di poket seluarnya yang disebelah lagi hanya memegang kunci. Pekerja yang ingin bertanya, hanya menutup mulut saat melihat muka si Tuan Aryan tampaknya sedang marah.

Pintu kereta dibuka. Pergi meninggalkan syarikat. Sambil memandu sambil tu pula tangan sebelahnya memegang telefon. Korang boleh ke tiru mamat ni punya style? Mamat ni memang tak kenal ajal ni agaknya.

Di rumah, telefon Encik Izman berbunyi. Encik Izman tidak menghiraukannya. Malahan beliau lanjut membaca surat khabarnya. Tak habis-habis Encik Izman ni dengan surat khabarnya.

"Abang telefon tu dari tadi berbunyi. Tak nak tengok ke? Mana tahu ada hal penting." Soal Puan Siti. Sakit telinganya mendengar deringan telefon Encik Izman. Sudahlah volume dibesarkan.

"Biarlah. Aku tengah baca ni." Puan Siti menggelengkan kepalanya.

"Baca memang baca, tapi mesej tu ha. Jawablah, tengok dahulu mana tahu dari Aryan atau Adira. Kalau ada benda yang penting ha bukan main gelabah awak cari sesuatu nanti." Nasihat Puan Siti. Encik Izman menuruti apa kata isterinya. Ada benarnya juga kata Puan Siti tu.

Encik Izman mengambil kaca matanya. Dibukanya telefon, Ya Allah cahaya telefon bukan main terang menyinari mata.

"Uishh, terang sangat masa depan aku." Gurau Encik Izman. Sempat lagi bergurau. Encik Izman menjauhkan sedikit kepalanya dari telefonn.

"Dari Aryan." Encik Izman bukan main serius baca. Beliau membaca dengan penuh teliti.

"Apa ke benornya si anak ini? Satu patah kata pun aku tak faham apa yang dimaksudkannya. Duk a..aquwh...adura..." Encik Izman menggaru kepalanya. Tak terlepas dengan mulut ternganga. Mengerut keningnya baca.

"Ya Allah sawan ke anak kita ni Siti?" Puan Siti gelak mendengarnya.

"Alah banyak kesalahan pula aku taip." Rungut Aryan. Iya Meletakkan semula telefonnya dan terus memandu. Bukan main laju kereta dipandunya. Memang cari ajal ke dia ni?

Berada di persimpangan, Aryan berhenti untuk mengambil selekoh ke kanan. Kereta yang bercorak merah di belakang menekan hon tandanya ada sesuatu yang tidak kena dengan Aryan. Pengemudi tersebut langsung memotong barisan, dan memarahi Aryan meskipun iya tidak mendengar jelas apa yang dikatakan olehnya.

"Aku tak ada masa nak layan orang macam ni." Keluh Aryan yang bersedia untuk belok. Namun, ketika si pengemudi merasa tidak diberi perhatian, iya langsung memecut konon katanya biar nampak gangster. Gaya gangsternya berakhir apabila dari sisi kanan, salah satu kereta pengemudi yang berwarna hitam berserta tinted yang hitam legap, tidak sengaja mencium muncung depan keretanya.

"Astaghfirullahal'azim!" Tepat di depan mata kejadian langgar terjadi. Aryan tanpa basa basi keluar dari keretanya. Pengemudi yang tadinya melanggar kereta tersebut, keluar dengan muka garangnya. Baru sahaja melangkah, kakinya terhenti apabila melihat tato di kiri pada dua orang lelaki yang tidak dikenali.

"Tato ular?" Termenung sejenak, "Bukannya sudah dihilangkan ke dari muka bumi ini?" Hanya melangkah satu langkah, Aryan terburu-buru masuk ke dalam kereta. Iya terus memandu dengan kecepatan yang tinggi. Tidak ketinggalan juga dengan dua orang tersebut.

"Eh, nak pergi mana? Korang berdua harus bertanggungjawab!" Pinta orang sekeliling untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.

"Ehh eh eh eh! Nak pergi mana tu!" Teriak orang yang sedaya upaya untuk menolong pengemudi tersebut. Mana tidaknya jika bumbung kereta menyentuh lantai tambahan lagi tayarnya melihat ke langit. Kereta tersebut mengejar Aryan dari belakang.

Dari lajur ke lajur habis mereka terjah. Jika tidakpun saling memotong antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi kereta yang mengejar Aryan.

Aryan mengeluh berat apabila ingatannya kembali kepada masa lalu.

"Kau tak habis-habis nak kacau hidup orang. Kau hantar anak buah kau untuk kacau hidup keluarga aku." Melihat cermin sisi kereta. Masih tetap mengejar. Entahlah mereka ni dah macam main kejar mengejar dah.

"Kami masih mengikuti keretanya."

"Good,keep going." Memang sah disuruh! Menukar gear dengan kelajuan yang tinggi. Tak kira, mereka hantam sahaja, yang penting tidak terlalu jauh dari kereta Aryan.

"Masih mengejar?" Aryan kelihatan tidak biasa dengan dirinya. Iya lebih risau akan isterinya berbanding dengan dirinya yang memandu di lebuhraya.

"Kau ingat kau akan terlepas kali ini?" Fuhh, bukan main laju kereta dia mat. Habis jalan raya dia terjah. Kalau boleh jalur kiri pun dia nak terjah juga. Kereta yang lain pun sampai berhenti mat. Memang tak kira, apa yang rasa mereka selamat itu yang keduanya guna.

"Mereka selagi tak dapat, selagi tu mereka mengejar aku." Gumam hati Aryan. Saat melihat persimpangan masuk menuju mall, disitulah Aryan mendapat idea. Iya sengaja menekan signal ke kiri. Tak kiralah ada kereta ke tak ada ke, Aryan masuk sahaja tanpa berhenti.

Kereta di belakangnya yang melihat, belum sampai di persimpangan masuk, langsung memutarkan steering wheel. Sudah jatuh di perangkap, Aryan dengan cepat memusingkan kereta miliknya. Kereta keduanya yang terlanjak masuk, terlambat mengejarnya.

"APA AWAK BUAT INI?!"

"EEH KAU DIAMLAH!" Keduanya saling marah antara satu sama lain. Seorang dari padanya melampiaskan kemarahannya dengan menendang tayar kereta. Mana tidak marahnya, saat ingin putar balik, kereta buat masalah.

"Kau sengaja melepaskan dia kan." Ujarnya kepada rakannya yang mempunyai tato di tangan kirinya.

"Baik kau diamlah!" Menuding jari ke arah rakannya.

"Eh kalau boss marah nanti, dengan aku sekali yang kena."

"Kenapa tak kau je yang pandu tadi ha!" Menolak rakannya ke belakang, "Kau cakap pandai, bila buat kerja macam SIPUT!" Weyy seram mat, kena tibai habis kite mat.

"Kau pun samalah. Jangan salahkan orang. Berlagak sombong!"

"Kau berambus sekarang sebelum aku lempang kau." Pinta si orang yang mempunyai tato di tangan kiri.

"Alright, fine. No problems. Lepas ni jangan cari aku lagi dah. Dari dulu aku memang tak nak kerjasama DENGAN KAU!" Hancur. Semuanya hancur.

"Baik aku telefon boss jelah. Biarkan dia settle semua ni!"

Aryan yang berhasil mengelirukan mereka. Iya mengambil semula telefonnya lalu membuat panggilan terhadap Adira. Adira lagi santai duduk di tepi pantai. Kalau pasal aiskrim untuk ibu dan ayahnya, dia letak balik. Takut bila beli meleleh. Katanya,

"Kan aku nak pergi pantai en.." fikir sejenak, "Nanti aiskrim ni meleleh pula." Berfikir lagi. Setelah lama berfikir iya membuat keputusan untuk membelinya kemudian.

Telefon Adira berdering. Iya mengambil telefon dari poketnya.

"Aryan? Asal dia telefon ni?" Lama betul si Adira ni menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, abang."

"Awak kat mana sekarang ni?" Tanya Aryan dengan nada suara yang risau.

"Aa..dekat pantai. Asal?" Aryan yang mendengar lega rasa hatinya.

"Kenapa? Ibu suruh aku balik ke?" Tanya Adira.

"Tak. Tunggu disitu nanti aku jemput."

"Alright..." Adira kehairanan. Panggilan telefon dipadam. Di belakangnya, seseorang menghampiri adira.

"Mana ada aku curi gula-gula kau."

"Eleh kau jangan nak menipu aku pula. Dosa." Ujar Ammar Izan kepada seorang anak perempuan kecil. Raut mukanya marah.

Deringan telefon terdengar.

"Assalamualaikum. Ha apa?!" Ammar hanya mengganguk. Namun, tiba-tiba raut wajahnya berubah.

"Bagaimana?" Kepalanya mengganguk lagi. Panggilan pun dipadamkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience