"Welcome back Aryan." Tuan Arshaq menepuk bahu Aryan.
"Kalau bukan disebabkan Adira aku memang tak ingin nak gabung semula." Semua unit yang dikerahkan telah menggunakan pakaian lengkap masing-masing. Namun, 2 orang ini agak lain daripada yang lain.
Azlan yang bahagian sniper tiada masalah dengan bajunya.
Dah memang khas untuk tentera yang mengambil bahagian unit sniper. Yang masalahnya 2 orang ni main nyawa. Lepas itu pakai pula pakaian yang tiada pelindung. Kebal sangat ke badan mereka ni? Atau memang mempunyai lebih nyawa?
Yang satu dah macam ninja. Tapi, Ammar mempunyai kisah disebaliknya. Unit khas seperti Ammar memang digalakkan untuk menggunakan topeng muka untuk tidak memperlihatkan wajah mereka. Si Aryan pula pakai pakaian simple. Dahlah tahu bahaya pakai pula yang simple.
"Yan, kau pakai apa ni?"
"Pakaian."
"Yelah tahu. Kalau hang dalam bahaya macam mana? Dengan tiada pelindung bagai ni." Azlan menegur pakaian sahabatnya. Tapi bagi Aryan okay je baju tu. Azlan sahaja yang terlebih risau.
Aryan mendepakan tangannya. Ia melihat bajunya sendiri.
"Tiada masalah pun." Azlan yang tahu perangai Aryan yang susah ditegur hanya bersabar jelah. Saat menoleh ke kiri, ia tidak sengaja melihat Ammar sedang menikmati kueh yang disediakan di atas meja. Yelah, tunggu Tuan Arshaq mendapatkan info, dia punya lapar tahap 10.
"Mar?"
"Hmm?" Kueh di dalam mulutnya belum ditelan. Dah memang rezeki en kita makan jelah.
"Nikmat betul engkau ye." Tersenyum manis Ammar apabila Azlan melihatnya yang sedang menikmati makanan di hadapannya.
"Alright, everyone get ready!" Arahan Tuan Arshaq baru sahaja dikeluarkan. Semua unit bersiap sedia di dalam barisan mereka. Sebenarnya mengikut perkiraan Tuan Arshaq, dia nak kerahkan beberapa unit je. Hanya disebabkan tempat tersebut luas ia mengatur semula strategi mereka untuk menyelinap masuk.
"Fuhh, lama aku tak join ni!" Azlan meregangkan ototnya. Aryan pula lari setempat. Ammar jangan kisah sangatlah.
Tangan dipegang erat. Bagai dicengkam harimau. Adira hanya menahan rasa sakit yang alami.
"Nice try. You want to kill me?" Pistol yang dipegang Adira diambil semula. Ulah Adira ketahuan!
"Lepaskan aku Zahir!" Teriak Adira yang meminta untuk dilepaskan. Mendengar permintaannya, Zahir hanya tersenyum.
"Lepaskan engkau? Dengar sini baik-baik." Menarik tangan Adira sehingga tubuhnya hampir menyatu dengan tubuh Zahir yang tinggi lampai. Nasib baiklah Adira berjaya menghentikan tubuh badannya terjatuh ke arah Zahir.
"Aku tak akan lepaskan engkau selagi aku belum mendapatkan engkau. Aku hanya inginkan engkau Adira." Ni otak dia ni memang negatif 1.
"Berapa kali aku nak cakap aku dah kahwin!" Mencuba melepaskan genggaman Zahir. Zahir yang terlalu kuat membuatkan diri Adira semakin merasakan kesakitan.
"Kenapa kau susah sangat nak dengar?!" Tengking Adira. Zahir yang melihat perangai Adira di hadapannya membuatkan dirinya tidak berasa bersalah jika menyiksanya. Zahir menolak Adira dengan keras.
Zahir membuka pintu besi yang dah berkarat. Ia memegang lengan Adira dan di hadapannya diperlihatkan seorang wanita yang sepertinya seumur dengan Puan Siti.
"I-ibu?" Zahir menolak kuat Adira sehingga ia terjatuh. Tak terasa lututnya berdarah.
"Zahir?" Adira memandang Zahir dengan penuh kesakitan di matanya. Namun, Zahir tidak memperdulikannya.
"Hai." Sapa ibu tirinya sembari tersenyum.
"Apa ibu buat ni?" Tanya Adira dengan suara ketakutan.
"Hari tu, kakak kau ada pulang dan dia kata dia terkejut bila dapat tahu kau dah berkahwin dengan orang yang ia suka. Jadi ibu nak bagitahulah..." Puan Husna berdiri di hadapan Adira yang tiada daya hendak melawan.
"Ibu nak bagitahu kau untuk ceraikan Aryan dan kahwin dengan Zahir." Patah hati Adira apabila mendengar ucapan ibu tirinya itu.
"Ibu tak tahu apa-apa tentang Zahir!" Pipi kiri Adira ditampar dengan keras. Bunyi tamparan Puan Husna dapat didengar dari luar. Zahir yang masih tercegat di balik dinding hanya berdiri seperti tiada mendengar apa pun.
"Kau jangan berani tinggikan suara engkau di hadapan aku." Ujar Puan Husna dengan sombong.
"Patutlah ibu kau mati. Kau dengan ibu kau sama-sama lemah. Baru ditampar sikit je dah menangis."
"Kenapa ibu buat Adira macam ni? Apa salah Adira sehingga ibu buat Adira macam ni!"
"Salah kau? Kalau bukan kerana kau yang nak lahir dahulu, ayah kau tu dah lama dah jadi milik aku, bukan milik ibu kau!"
"Okay Adira faham ibu nak sangat harga ayah aku! Tapi Adira tak boleh bagi! Ad-" Kertas diberi drngan cara tidak sopan.
"Tandatangan." Surat pemberian harta di hadapan Adira. Memang betul apa ya g Adira fikirkan selama ini! Ibu tirinya hanya inginkan harta! Dah dapat harta senang hidup.
"Nak ke tak nak?" Adira memandang mata ibunya.
"Sebenarnya ibu sayangkan Adira. Hanya ibu yang tergila-gilakan harta ayah." Tangan dah digenggam erat. Memang keinginan Puan Husna hanyalah kekayaan. Tiada apa yang ia inginkan. Ia hanya inginkan kekayaan!
"Kau ni memang anak tak guna." Dengan tubuh Adira yang kecil dipukul berkali-kali tanpa adanya kasihan. Ditendang. Disiksa.
"Jika pun aku mati disini, biarkan Allah mengambil nyawaku."
"Mak cik sudahlah tu!" Telinga Adira berdengung. Pendengarannya kurang jelas.
"KAU NAK ANAK KAU MATI KE!"
"MEMANG PUN! APA MASALAH KAU!" Tangan dah naik ke udara. Saat bersamaan, Zahir datang menghentikan kekecohan. Matanya melihat ke arah Adira yang lemah.
"Adira! Bangun!" Adira tiada daya. Matanya melihat bayangan Zulaikha di hadapannya. Wanita yang pernah Ammar ceritakan kepadanya.
"Bawa dia pergi ke bilik rawatan!" Orang bawahannya hanya berdiri.
"BAWA!" Dah kena marah baru dilaksanakan.
"Apa yang awak buat ni Zahir!"
"Aku memang bawa dia ke sini bukan untuk disiksa macam ni!"
"Suka hati akulah nak macam mana! Yang penting aku nak dapatkan harga ayah dia je! Kau ingat kau tu baik sangat? Kau ingat kau tu malaikat?" Zahir hanya mengangguk.
"Kalau dia mati, aku tak segan nak ambil nyawa kau." Ujar Zahir dengan pandangannya yang tajam.
"Sampai hati mak cik buat anak mak cik macam ni! Patutlah pak cik Hassan lambatkan pernikahan mak cik!" Tengking Zulaikha yang mulai berani mengeluarkan suara.
"Eh kau perempuan kau diamlah. Aku tak suruh kau terlibat dalam hal ini." Senjata sedia ditodongkan. Tinggal menekan pemicunya sahaja.
• •
"Bagaimana?"
"Mereka masih di dalam bangunan tersebut."
"Tapi..." hampir diputuskan panggilan talian tersebut.
"Dari koordinat ini ada terkesan sesuatu dari kejauhan." Ia melihat sesuatu pada alat pengesannya. Titik merah menghampiri kawasan dirinya berdiri.
"Beritahu dia untuk segera meninggalkan tempat persembunyian mereka."
"Roger that!"
Unknown
• •
Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya Adira sadarkan diri. Ia membuka perlahan matanya. Melihat ke kiri, ia terkejut ketika melihat Zahir duduk sambil menghadapnya.
Ia segera bangun dan mengambil apa pun barang di sekitarnya untuk melindungi diri.
"Calm down. I'm won't hurt you."
"Jangan dekat dengan ku!" Zahir mengangkat tangannya. Ia berdiri sambil memandang Adira. Pintu bilik dibuka secara mengejut.
"Oh..sorry." benda yang dipegang Adira diambil. Kesempatan dalam kesempitan. Usai menutup pintu Adira memberontak seperti orang gila. Zahir pula cuba mendekatinya. Zahir dengan tenang berhadapan dengan Adira yang sebenarnya tubuh badanya masih dalam keadaan lemah.
"Hey hey hey relax!" Di belakang Adira ada pasu bunga kecil. Ia hanya berdiri sahaja saat Zahir menghampirinya.
"Good girl..relax. Okay?" semakin menghampiri semakin jantung Adira berdebar dengan kencang. Pintu bilik dibuka secara mengejut.
"Zulaikha?" Zulaikha? Apa yang dia buat? Saat perhatian Zahir dialihkan ini adalah kesempatan Adira untuk memukul kepala Zahir menggunakan pasu.
Pasu yang dipecahkan ke kepala Adira membuatkan Zahir pusing.
"Adira! Apa yang awak tunggu!" Memanggil Adira untuk berlari. Baru je nak berlari kaki Adira dipegang sehingga terjatuh tersungkur.
"ADIRA!" Zulaikha yang niatnya nak menolong tertangkap basah oleh orang bawahan Zahir. Lehernya dicekik sehingga tiada pernafasan. Adira pula cuba melepaskan genggaman Zahir.
Dari luar.
"Bunyi apa tu?"
"我不知道. (Aku tak tahu)." Menggelengkan kepalanya. Orang disisinya pula hanya memandangnya.
"Macam mana pula dia ni tahu apa yang aku katakan?" Gumam hatinya.
"Nous sommes attaqués! (We are under attack!)" Semua orang hanya terdiam.
"What the hell did he say?"
"Why you asking me?" Kecohan dalam bangunan telah membuatkan perhatian mereka teralihkan.
"Ay bro! Speak English bro!" Teriak seseorang lagi.
"WE-" peluru menembusi kepala. Semuanya terkejut. Pintu belakang terbuka. Mereka semua memandang ke arah belakang. Mereka melihat Zulaikha dan Adira sedang melarikan diri.
"Tangkap mereka berdua!" Sana sini kecoh, tak tahu nak buat apa. Dahlah ada sesetengah orang tak tahu apa yang mereka katakan. Orang yang tukang translate pun dah mati.
"ARREST BOTH OF THEM!" Baru je nak lari dah diserang balik.
"Jangan biarkan mereka semua terlepas. Aryan Ammar segera amankan bahagian dalam bangunan." Setiap arahan dikeluarkan. Semuanya mengikut arahan Tuan Arshaq.
"Adira cepat!" Bunyi tembakan dimana-mana. Terlebih lagi bunyi tembakan dari Azlan. Orang di belakang Zulaikha dan Adira masih mengejar.
Puan Husna yang mengetahui dirinya juga dalan bahaya cuba melarikan diri. Namun, disaat bersamaan Zahir bangun dan sedia menodongkan senjatanya.
"Mana kau nak lari?"
"Tuan Zahir kau harus segera melarikan diri. Pihak polis dan tentera telah mengesan tempat persembunyian awak!" Walkie talkienya berbunyi.
"It's too late!" Marah Zahir dengan tidak puas hati. Tempat persembunyian Zahir dah ditemui? How? Bukankah dia licik dalam permainan sebegini?
"Jika pun aku mati disini, biarkan Allah mengambil nyawaku."
•
•
•
Jangan lupa vote ya Makasih!
Share this novel