Bab 3

Romance Completed 9626

Tiada angin tiada ribut, rumah encik Hassan yang lawa namun selalu dipenuhi dengan suara-suara. Jiran sebelah hanya menggelengkan kepala.

"Apa masalah awak dengan Adira, sampai kejam sangat kata macam tu dekat dia." Hati encik Hassan menjadi panas apabila mendengar isterinya, Husna berkasar mulut dengan Adira. Puan Husna dengan gaya rambut yang berfesyen dan bergincu tidak menanggapi apa yang dikatakan encik Hassan.

"Awak dengar tak ni?" Puan Husna menggaru telinga. Bukan sebab gatal, itu hanya kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada encik Hassan. Sesuai dengan pepatah, "Itik dimandikan takkan basah."

"Ish abang ni kan, kecoh betullah! Itu anak abang bukan anak saya pun en." Seru Puan Husna dengan meninggikan suaranya.

"Dahlah rumah ni busuk, berhabuk lagi. Ee geli."

"Kau ni kan makin tua makin menjadi kau. Eh biarlah rumah encik Hassan ni busuk ke apa ke, janji hati tak busuk macam engkaulah!" Marah seseorang lelaki di belakang yang entah muncul dari mana. Keduanya menoleh ke belakang.

"Ammar?"

"Assalamualaikum pakcik Hassan." Ucap Ammar dengan penuh senyuman di depan Encik Hassan.

"Walaikumusalam.." Ketika memandang Puan Husna, reaksinya berubah secara mendadak. Dilihatnya dari atas kebawah.

"Dah tua masih tak dengar cakap." Dilihatnya dengan penuh tajam. Encik Hassan hanya memegang bahu Ammar Izan.

"Ha! Aku juga boleh melentik." Meniru gaya Puan Husna. Puan Husna yang terasa hanya ketawa dengan penuh amarah.

"Kurang ajar eh budak sekarang."

"Eeehh kita yang dikatakan kurang ajar. Yang kau tu mengata Adira tak guna yang tu tak kurang ajar?" Tanya Ammar.

"Astaghfirullahalazim Ammar, mengucap Ammar. Tarik nafas dalam-dalam." Ditariknya dengan lembut dan hembusnya. Saat membuka mata di hadapannya masih ada Puan Husna. Dengan seketika senyumannya kembali jatuh.

"Ha, pakcik. Aku datang sini nak kata sesuatu. Esok aku pergi luar bandar nak bertemu dengan Adira. Tapi, ibu kata dia tak ada alamat rumah Adira. Jadi saya datanglah kesini sekalian menjenguk pakcik." Jelas Ammar atas bertamunya di rumah Encik Hassan. Encik Hassan hanya mengangguk kepala.

"Sekejap ya, pakcik tolong tengokkan. Kalau tak silap pakcik, pakcik masih simpan alamat dia." Encik Hassan bangun dari tempat duduknya.

"Husna, buatkan air untuk Ammar."

"Menyampah aku."

"Aik! Dengan tetamu pun menyampah. Jangan risaulah makcik, saya pun tak ingin sangat dengan air tangan makcik." Tersedak Encik Hassan apabila mendengar Ammar yang terlalu kuat menyakat Puan Husna. Puan Husna yang merasa dirinya diperli, iya pergi meninggalkan keduanya di ruang tamu.

Encik Hassan yang melihat sang isteri hanya ketawa. Meskipun keduanya selalu bergaduh namun cinta Encik Hassan tetap ada di hatinya.

"Tiada seorang yang tahan dengan perangai kau Ammar, Ammar." Encik Hassan memang dah lama tahu perangai Ammar yang kuat menyakat. Bahkan kadangnya juga, Ammar kalau bergurau memang tak tahu tempat.

Di rumah Adira yang dimana iya duduk bersama-sama dengan ibu bapa suaminya. Tiada kerja, Adira meminta izin untuk keluar.

"Nak pergi mana keluar? Pergi taman dekat sebelah tu?" Soal ayahnya. Adira hanya mengangguk.

"Alah, bolehlah ayah." Ayahnya terdiam sejenak. Melihat muka Adira, iya pun mengizinkan Adira untuk pergi. Iya pergi dengan penuh gembira. Tapi sebelum keluar, iya tidak tertinggal untuk membaca doa.

"Assalamualaikum!"

"Walaikumusalam. Hati-hati di jalan. Jangan lambat balik tau."

"Okay!!" Ayahnya hanya menggelengkan kepala dan sambung membaca majalah. Di perjalanan, Adira menikmati pemandangan yang indah nian. Iya menghirup udara segar. Hingga sampailah, di suatu persimpangan. Adira terpaksa melihat keadaan sekitar agar tidsk bertemu dengan anjing.

Anjing tersebut selalu menjaga kawasan di persimpangan. Iya bagaikan bodyguard untuk Adira. Tapi, taklah sampaikan anjing pula kan. Merasa aman, iya pun melanjutkan perjalanan menuju taman. Namun, tanpa disangka iya mendengar suara menggonggong kearahnya.

Dengan spontan iya melihat kebelakangan. Dan kebetulan anjing tersebut tidak lari daripada menjaga kawasan tersebut.

"Ya Allah." Adira dengan kesempatannya memecut dengan lebih lajunya. Walaupun hanya memakai selipar dan stoking, jangan meremehkan wanita seperti beliau.

"Ya Allah! Selamatkanlah hamba-Mu ini!" Berdoa dihatinya. Sambil berdoa sambil itu pula berlari dengan lebih kencang. Kata orang, kalau dikejar anjing masing-masing kehidupan. Tenaga yang menguras, akhirnya Adira keletihan. Iya cuba mengatur nafasnya, anjing yang mengejarnya masih menggonggong.

"Eh DIAM!" Marah Adira dan tangannya memegang selipar, "orang nak bernafas pun susah." Belum habis mengatur nafas, Adira menerima satu mesej. Iya langsung membukanya dan melihat satu mesej yang tidak dikenali.

"Tengok belakang." Adira langsung menoleh kebelakang dan tiada melihat apa-apa. Yang iya lihat hanyalah kereta berwarna hitam dengan seorang lelaki yang membuka separuh cermin keretanya.

Yang dilihat Adira hanyalah rambutnya. Orang didalam kereta hanya melambai ke arahnya. Telefon Adira kembali bersuara. Iya membuka kembali telefonnya dan dari orang yang sama.

"Adios." Adira tercegat.

Lelaki didalam kereta hanya ketawa melihat Adira.

"Adira...Adira. Tak sangka pula aku boleh bertemu dengan kau lagi."

"Mana tidaknya boss, berkat dia kita tak akan dapat jumpa pun dia. Kerana Aryan tahu isterinya terkadang selalu dalam bahaya." Balas pemandunya menyambut kata dari lelaki tersebut.

"Jangan terburu-buru sangat takut bila dah berjaya nanti terjatuh ke lubang sendiri." Lelaki tersebut hanya tersenyum sambil menarik nafasnya.

"Ingatkan sudah melupakannya eh ternyata belum." Sindir lelaki tersebut. Iya menepuk-nepuk kerusi kereta dengan diikuti ketawa kecil. Saat melewati pantai, kereta dibawa langsung berhenti.

"Kenapa berhenti?" Tanyanya sambil memandang kearah pemandu dengan muka penuh tanda tanya.

"Kau pun tahu kan, bila aku dah tangkap seseorang itu menipu kata kerja dengan aku, nyatanya tidak. Jadi sebagai balasannya.." menarik perlahan-lahan senjata sehingga benar-benar menyatu dengan kepalanya.

Iya menjadi kaku. Pemandu yang disebelahnya hanya memandang ke depan seolah-olah tiada terjadi apa-apa. Iya bahkan sempat menghisap rokoknya.

"Any last words?" Mendengarnya, iya tahu ini merupakan hari terakhir. Cermin dan tempat duduk kerusi kereta depan, hanya dikotori dengan darah. Lelaki yang menembaknya hanya ketawa tidak henti-hentinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience