Suasana yang riuh rendah dengan diiringi suara kanak kanak yang bermain kesana kemari. Hari tersebut merupakan hari yang bermakna bagi pengantin baru. Pengantin perempuan dipelihatkan dengan wajahnya yang cantik, putih dan senyumannya yang manis.
Pengantin lelaki pula bersedia menghadapi pengantin perempuan yang iya selama ini iya idamankan kini menjadi miliknya. Doa yang dipanjatkan memang selalu membuahkan hasil bahkan hasil tersebut lebih baik daripada kita jangkakan.
"Syafiqah!" Syafiqah atau nama panjangnya Syafiqah Elena merupakan gadis yang berusia 22 tahun. Syafiqah selalu mengenakan tudung labuh serta berpakaian labuh untuk menutupi seluruh tubuhnya. Matanya berwarna coklat yang sama seperti mata sang ibu tercinta. Syafiqah kurus orangnya jikalau senyum, memang luluh hati orang yang melihatnya. Syafiqah mempunyai 1 abang sulung lelaki dan 1 lagi adik perempuan bongsu yang kininya berada di universiti. Maknanya, Syafiqah lah anak kedua Encik Khuzairi Osman, ayah Syafiqah.
"Eh! Evie! Saya ingat tadi awak tak datang tadi dekat majlis perkahwinan saya ni."
"Eh, mana ada. Aku datanglah. Kan kau dah bagi surat jemputan so, aku datanglah nak tengok sahabat aku yang cantik ini!" Evie Adira memeluk sahabatnya dengan erat. Akhirnya, keduanya bertemu lagi setelah Adira berkahwin mendahului sahabatnya, Syafiqah pada umur 20 tahun.
"Ke, kau datang semata mata nak makan?" Tanya Syafiqah yang memang dah tahu akan perangai sahabatnya itu. Mana tidaknya, saat perkahwinan abang Syafiqah kerjanya hanya makan je. Pada masa tu, dia masih single dan umurnya sekitar 18 tahun. Evie Adira hanya tersenyum. Evie Adira memang dikenal sebagai wanita yang kuat makan, tapi tubuh badannya tetap kurus.
"Evie, suami kau mana?" Tanya Syafiqah yang mencari cari keberadaan suami Evie Adira.
"Ada, tapi dia tak boleh datang sebab ada banyak kerja katanya. Jadi aku seorang saja lah yang datang ke sini." Syafiqah hanya mengangguk dan matanya masih mencari sesuatu sehingga membuatkan Adira hanya ternganga.
"Apa yang kau dok gini gini ni?" Meniru perilaku sahabatnya.
"Tak. Kau...naik apa tadi? Naik teksi ke?"
"Tak! Naik kerbau tadi." Syafiqah yang mendengar jawapan Adira, terkejutnya bukan main siap terbeliak biji mata mendengarnya. Syafiqah yang tak kisah pun layan sahajalah perangai Adira.
"Oh...okay. Special sangat kereta tu aku dengar." Adira yang mendengar pun berbesar hati. Sedangkan kenyataannya, dia naik teksi.
Tepat majlis perkahwinan Syafiqah tamat, Evie Adira pergi menolong orang-orang membersihkan kawasan yang sudah kotor. Iya membawa pinggan mangkuk dan menghantarnya ke dapur untuk dicuci.
"Uishh, kuat juga perempuan tu."
"Haahlah, kuat juga dia ni." Kata kata makcik terhadap Evie saat melihatnya yang boleh mengangkat pinggan mangkuk tanpa pertolongan orang lain.
"Ermm, maaf makcik. Mana saya nak letak ni?"
"Oh dekat sini. Letak je dekat sini nanti saya basuh."
"Nak saya tolong ke?" Tanya Evie yang bersiap untuk menolongnya.
"Eh tak pe tak pe." Jawabnya. Saat mendonggak ke atas, makcik dihadapannya terkejut.
"Eehh, Adira! Awak Adira kan?!"
"Haah saya Adira. Jangan kata makcik lupa kat saya." Makcik dihadapannya hanya ketawa. Iya tidak perasan akan kehadiran Adira yang kian lama tidak pernah bertemu.
"Emm, makcik saya pergi dulu eh."
"Ha pergi, pergilah. Jangan lupa kirim salam dekat suami Adira! Makcik sayangkan dia." Adira hanya tersenyum mendengar ucapannya.
"Amboi, dah tua pun nak mengorat lelaki muda." Biasalah tu. Orang kata cinta tak pandang umur. Evie pun pergi sesudah menelefon suaminya untuk mengambilnya. Saat ingin pergi, iya mendengar perbualan.
"Eh, aku dengar si Adira tu datang ke sini betul ke?!"
"Betullah! Kau tak nampak ke tadi, dia pakai kereta lawa."
"Ish, makin sombong ye si Adira tu aku nampak. Tu, tambahan pula, suami Syafiqah tu. Muka macam orang pernah buat kes tahu tak."
"Biasalah tu Adira. Orang memang tak akan tahu apa yang sebenarnya kita lakukan dan niat kita yang sebenarnya. Mereka hanya cakap sahaja dan buat fitnah, bila dah tersebar mereka akan menyorok di bawah tanah dan seakan akan tidak tahu apa yang terjadi." Ujar hati Adira saat mendengar kata orang yang memang mempunyai rasa iri terhadap dirinya.
Adira langsung melangkah meskipun iya tahu akan keberadaan makcik yang menghadiri majlis perkahwinan Syafiqah. Namun, iya tidak ingin ambil tahu dan menundukkan kepalanya agar perkataan mereka tidak melukai hati Adira.
"Amboi, Adira! Semenjak kau kahwin tak nak sapa ke?" Adira menghentikan langkahnya.
"Eh, makcik. Maklumlah tak perasan." Ujar Adira.
"Tak perasan atau buat-buat tak tahu." Adira hanya menarik nafasnya dan menghembusnya dengan perlahan.
"Uh, baiklah makcik saya nak pergi dahulu. Nanti kita berjumpa lagi. Dan berharaplah." Adira tersenyum namun senyumannya tidak dibalas melainkan hujatan. Adira langsung melangkah lagi. Adira memberitahu sahabatnya bahawa iya akan pulang. Syafiqah pun hanya mengangguk dan melambai ke arahnya. Tepat pada saat itu, kereta suaminya pun datang menjemputnya yang meluncur dengan lajunya.
"Ni nak drive atau nak cari maut ni?" Tanya hati Adira.
"Assalamualaikum, My Queen. How's your day?" Ujar Aryan Hadi yang merupakan suami Evie Adira. Orangnya terkadang memang peramah dan ceria namun terkadang juga sikapnya selalu berubah menjadi dingin dan serius.
"Waalaikumussalam, My King. Perghh meriah, rugi abang tak ikut tadi. Kalau abang ikut tadi, pasti makcik makcik kat sana terpikat." Usik Adira.
Adira masuk ke dalam kereta. Keduanya pun langsung pulang berangkat. Aryan memandu dengan satu tangan manakala tangan kirinya memegang gear kereta. Meskipun Aryan telah menjadi mantan tentera dirinya masih mendapatkan kerja.
"Asal muka nampak macam sedih je?" Tanya Aryan yang melihat isterinya dari tadi hanya memandang keluar. Adira hanya menghela nafas.
"Abang tahu kan, kalau suami yang sahabat aku kahwin tu. Dia pernah membuli orang dan aku risaulah kalau jadi apa apa kat dia."
"Kenapa nak risau? Semua akan berjalan lancar jangan risau. Berdoa je." Sambil menggosok kepala Adira. Tapi, korang pun tahu kan, kalau perempuan pakai tudung dan tudung dia tu sekali pun tak boleh disentuh. Kalau disentuh mengamuknya bukan main.
Dan mungkin ini merupakan hari terakhir Aryan kot. Yelah, Aryan orang sangat suka mencabar orang terutama kepada Adira. Sekali Adira mengamuk, kepala dia memang tersekat macam mana nak pujuk.
Tepat sampai di rumah, Aryan menghentikan keretanya dan membuka tali pinggangnya. Iya keluar namun dirinya terhenti ketika melihat Adira sedang tidur dengan lena nya. Iya seperti dibuai mimpi.
Aryan hanya memandang kearahnya dengan tajam. Iya membuka kot bajunya dan melipatkan baju kemeja putih nya sehingga ke siku.
"Bukan main tidur lena lagi dia ye." Iya pergi ke sebelah pintu kiri. Iya membukanya dan bersedia untuk mengendong sang isteri.
"Allahuakbar." Iya mengendong sang isteri sehingga masuk ke dalam rumah. Lelaki yang gagah, dia dapat berbuat apa sahaja. Aryan menutup pintu kereta dan menguncinya. Sambil itu pula, Adira memeluk erat tubuh si suami. Dan itu membuatkan jantung Aryan berdetak namun harus profesional.
"Ehh, Aryan dah balik rupanya." Sapa ibunya, Siti Dhia yang kini umurnya sudah mencecah 35 tahun. Puan Siti Dhia selalu mengenakan tudung yang berlabuh sehingga menutupi dadanya. Pakaian nya juga selalu mengenakan baju yang labuh sehingga menutupi kaki.
"Aik, Adira dah tidur dah?" Soal Puan Siti sambil mengelus-elus kepalanya. Aryan hanya mengganguk dengan diikuti senyumannya yang lebar.
"Dari awal perjalanan tadi aku dah nampak dia nak tidur. Mungkin penat sangat." Jawab Aryan dengan lembut.
"Hmm, bawalah Adira ke bilik. Lepastu, Aryan jangan lupa mandi. Kalau Adira bangun nanti, suruh dia mandi nanti." Aryan hanya mengganguk dan membawa Adira hingga masuk ke bilik keduanya. Iya meletakkan Adira dengan perlahan atas katil. Sejenak, iya meratapi muka sang isteri.
"Sweet dreams." Iya mencium dahi Adira dan berlalu pergi ke bilik mandi. Dan tentu sahaja, Adira sebenarnya tak tidur pun. Dia hanya ingin Aryan mengendongnya. Iya membuka matanya perlahan lahan untuk mengintai. Tanpa disadari, Aryan memang tepat berada di hadapannya yang lagi jongkok menghadapnya.
"Hello there. Terjaga dari tidur ke?" Kelakuan Adira tertangkap basah.
"Astaghfirullahalazim!" Langsung terduduk Adira melihat Aryan.
"Kalau bukan manusia tadi dah lama aku lempang." Aryan hanya ketawa kecil.
"Aku tahulah trik awak macam mana. Awak tak boleh nak tipu aku. Nice try." Aryan bangun dan kedua belah tangannya diletakkan semula di atas katil dan mendekatkan mukanya sehingga Adira menjauhkan sedikit dari muka Aryan.
"A-apa yang abang nak buat?" Tanya Adira dan suaranya automatik bergetar. Entah kerana takut atau apa. Lagi-lagi Aryan hanya tersenyum sahaja. Apa yang iya fikirkan?
"Still pretty.." ujar Aryan dengan suara yang kecil. Iya langsung mengalihkan pandangannya.
"Ha!? Apa?"
"Tulinya." Memandang Adira dengan pandangan yang amat tajam. Pandangan tajamnya itu selalunya diajukan kepada orang lain. Menghela nafas sambil memejamkan matanya.
"Aku nak pergi mandi dahulu. Alang-alang kau dah bangun, nanti mandi. Mak suruh." Aryan membawa tuala langsung mengunci pintu bilik mandinya. Di dalam bilik mandi, Aryan memegang dadanya yang dimana detak jantung nya lebih laju daripada normal. Sama juga apa yang dirasakan Adira. Adira hanya menelan air liur dan matanya berkedip berkali kali. Berkali-kali iya menarik nafasnya dan menghembus semula nafasnya.
Tepat malamnya pun tiba. Dunia sudah menjadi gelap gulita namun hanya bintang dan bulan yang masih bersinar di tengah malam.
"Abang. Tadi mak ada cerita sikit pasal abang. Betul ke abang dahulu pernah bakar rumah orang?" Soal Adira sambil menghadap ke arah Aryan yang lagi sedang asyiknya membaca buku. Adira memegang lengan Aryan, sedangkan Aryan memicit dahinya.
"Abang. Jawablah." Menepuk peha Aryan agar segera menjawab. Bagaimana Aryan menjawab sedangkan itu adalah pertama kalinya dalam sejarah budak kecil membakar rumah orang.
"Ye. Memang pun. Siapa suruh curi telur ayam."
"Ya Allah, perkara telur je pun." Reaksi Adira mendengarnya sangat kecewa. Adira ingat mungkin ada sesuatu dalam rumah.
"Eh telur ayam berharga tau. Kau tengok telur ayam kat rumah. Habis! Tak ada yang tinggal. Kau seorang je makan." Adira tadinya kecewa memandang Aryan secara perlahan-lahan. Adira hanya dapat tersenyum pahit.
"Suka hati abanglah. Saya nak tidur." Adira sengaja memukuk Aryan menggunakan bantal. Konon katanya nak balas dendam tapi takut.
Share this novel