"Assalamualaikum Syafiqah?" Tiada jawapan. Periksa di tandas. Tiada. Aik, kemana dia pergi?
"Eumm excuse me. Mana eh pesakit yang berada di bilik nombor 9 tu?" Tanya Adira kepada pengawal yang menjaga disitu.
"Oh pesakit yang diberi nama Syafiqah?" Adira mengangguk tersenyum.
"Oh tadi saya ada lihat seorang lelaki yang sado. Dia pergi ke bilik pesakit nilah. Lepastu dia pergi ke kaunter nak bawa pesakit ni. Dah bayar apa semua tu dia bagi gelang tu dekat aku." Jelas si pengawal penjaga tersebut. Adira tak nak bersangka buruk. Mungkin itu suami dia.
"Suami dia bawa dia pergi ke? Tak akan tak bagitahu aku kot." Gumam hati Adira. Ia nak merajuk tapi apa boleh buat kalau sahabat sendiri sakit en. Telefon Adira berdering. Mesej dari Syafiqah terpapar di screen telefon.
"Adira. Adira jangan risau aku tak larikan diri. Suami aku datang ambil aku."
Adira membalas dengan emoji. Lega rasanya.
"Adira.." panggil seseorang dari arah belakang.
"Eh akak Zulaikha. Nak pergi mana ni?"
"Ni ha nak jalan-jalan."
"Tak pakai kerusi roda ke?" Tanya Adira dengan terkejut. Belum sembuh lagi dah boleh berdiri.
"Tak apa, ada Hayes ha." Adira mengangguk. Usai bercakap Adira keluar dari hospital. Ia sudah berpesan kepada Ammar untuk tidak risau terhadapnya. Ia akn baik-baik sahaja.
"Ammar, Adira mana?" Tanya Puan Siti yang baru sahaja keluar dari tandas.
"Oh dia pergi keluar. Katanya nak pergi rumah sahabatnya. Sahabat dia baru je keluar dari hospital." Jelas Ammar. Puan Siti mengangguk.
"Yan? Kenapa tak hantar Adira tadi?" Aryan tidak menjawab. Ia lebih menghela nafas. Puan Siti mendengar keluhnya ia tahu apa yang Aryan rasakan.
Telefon Aryan kembali berdering. Mesej tersebut daripada Tuan Arshaq. Kali ini Tuan Arshaq menyuruh mereka untuk pergi ke makmal dengan segera.
"Makmal? Untuk apa pula pergi ke makmal ni?" Tanya Azlan. Melihat Aryan terlebih dahulu melangkah keduanya mengikuti.
Adira duduk di belakang. Radio terus berputar. Tak jemu pemandu teksi mendengar lagu. Ia bahkan menggunakannya untuk mengisi kesunyian. Luaran memang gembira tapi tidak dengan gambaran dalamnya.
Kereta yang dipandu berhenti di lampu merah. Mata Adira tertumpu ke arah beberapa orang remaja lagi bersenang-senang. Ketawa bersama. Berjalan bersama.
"Jangan risau Zara kes awak akan dilanjutkan lagi. Adira berharap kes ni selesai dan tiada lagi misteri di balik semuanya." Bisik hati Adira. Zara merupakan remaja yang meninggal di universiti. Zaralah yang diceritakan oleh Adira kepada suaminya.
Zara merupakan murid top 1 dalam kelas dan tingkatan. Kecerdasannya membuatkan dirinya sangat popular. Bahkan masuk universiti dirinya masih berada di tangga top 1. Ini semua kerana hasil daripada kerja kerasnya demi mencapai impian.
Zara merupakan murid yang diminati. Jika tersenyum orang yang memandangnya hati mereka tenang bagaikan berada di pantai. Walaupun dirinya telah pergi, senyuman yang pernah dilontarkan masih tersimpan di dalam ingat.
Sampainya di kedai menjual roti ia langsung turun dan membayar taksi. Kali ini ia pergi seorang diri tanpa ditemani sang suami. Dan kebetulan juga kereta yang dipandu Ammar berhenti di kedai tempat Adira membeli.
Mata Aryan menoleh ke kiri.
"Adira?" Mendengar nama Adira mata Ammar melilau mencari kelibat Adira.
"Mana?" Azlan tanpa banyak bercakap memegang kepala Ammar lalu ditariknya dan dilihat kesamping.
"Nampak?" Ammar mengganguk. Kelihatan dari belakang Adira ia didekati oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Melihat itu Ammar dan Aryan serentak turun dari kereta. Azlan hanya perhatikan jelah.
"Eh eh eh...kereta ni macam mana! Kita menghalang orang dah ni." Teriak Azlan kepada Ammar. Kereta di belakang menekan hon. Terpaksalah si Azlan ni menjadi pemandu.
"Sabar wahai makhluk Allah sekalian." Ujar Azlan kepada pemandu di belakangnya. Pintu kedai dibuka. Bunyi loceng pun terdengar. Ketibaan mereka berdua disambut ramah dengan satu teknologi terkini.
"Maaf cik...saya nak tanya, cik dah kahwin ke?" Bombastic side eyes! Baru nak mengorat datang pula Ammar menjadi penghalang. Tangan Aryan pula menarik tubuh badan Adira. Lelaki yang tidaj diketahui identitinya hanya memandang keduanya.
"Kau kalau kau sentuh dia tak pasal-pasal muka kau terbelah dua nanti." Tak berjaya mengorat orang dirinya merasa malu. Dari belakang satu pukulan tepat pada kepalanya. Ammar yang menyaksikannya terkejut.
"Cosa stai facendo! (Apa awak buat ni!) Are you flirting with someone!" Wanita muda jelita itu memandang Adira. Ia segera mengubah reaksinya.
"I'm sorry for his behavior towards you just now. He is my husband."
"No no no it's okay." Wanita itu kembali lagi memandang suaminya. Ammar pula hanya menahan ketawanya.
"Haha...kena marah." Lelaki di sebelahnya memandang Ammar dengan tajam.
"What did you say?" Lelaki itu dimarah oleh isterinya. Suaminya berusaha membawanya tenang namun keadaan dah macam ni nak buat apa kan.
Belakang suaminya dipukul keras. Mendengar kecoh yang tak berhenti orang-orang di sekitar mula cuba menenangkan wanita itu.
"Aku harap aku boleh buat macam wanita tu." Ujar Adira. Adira sengaja membesarkan suaranya. Aryan tahu Adira lagi menyindirnya. Keluar dari kedai suasana di dalam kedai menjadi kacau-bilau.
"Kenapa korang berdua ada disini?" Tanya Adira.
"Kitaorang nak pergi makmal. Kau ikut?" Jawab Ammar dengan cepat. Adira menggelengkan kepalanya.
"Korang pergilah aku naik taksi je. Nanti kalau nak cari aku boleh pergi ke rumah Syafiqah." Keduanya mengangguk. Usai pergi mereka berdua langsung berlari mencari Azlan. Azlan yang tenang sedang digoda oleh 2 orang wanita tua.
"Maaf mak cik nenek nenek ibu ibu ya. Saya nak pergi dulu." Ujar Azlan dengan tersenyum manis. Aryan tanpa basa basi langsung masuk ke dalam kereta.
"HHHAHA kena goda dengan wanita tua!" Ejek Ammar.
"Maaf ibu ibu nenek nenek saya pergi dahulu assalamualaikum. Astaghfirullahalazim!" Kereta dipasang dan menuju terus ke makmal. Adira pula menuju ke rumah Syafiqah. Dengan sabar Adira menunggu lampu merah.Â
Lama sangat menunggu sampai Adira termenung jauh. Akhirnya setelah menunggu lama kereta yang dipandu pun berjalan lagi.
"Maaf membuat korang menunggu lama." Ujar Azlan dengan sopan. Mereka bertiga diiring menunu Tuan Arshaq.
"Akhirnya korang sampai. Sini aku nak tunjuk sesuatu." Ujar Tuan Arshaq. Mereka dibawa menuju ruangan CCTV. Namun langkah mereka terhenti seketika.
"Sebelum tu aku nak bawa korang pergi sini dahulu. Ingat tak kes tahun lalu? Seorang perempuan bernama Zara dikatakan bunuh diri?"
"Adira ada cerita pasal tu dekat aku." Jawab Aryan.
"Perempuan yang jatuh dari tingkat atas tu ke? Mayatnya ditemui di belakang sekolah?" Tanya Ammar dengan hairan.
"Itu kes lain. Tu terjadi dekat seorang remaja satu lagi." Jawab Azlan dengan marah. Alamak kesabaran dia ni habis ke?
"Kes tu orang yang sama." Ketiga mereka berhenti. Tuan Arshaq menoleh kebelakang.
"Pembunuh dari 2 orang tersebut adalah orang yang sama. Dan yang lebih mengejutkan lagi 2 orang perempuan ini merupakan saudara kandung. Keduanya selalu mendapat top 1 dan 2 di universiti dan juga sekolah." Jelas Tuan Arshaq. Kata Tuan Arshaq membuatkan Azlan terpikir sesuatu.
"Jangan kata ini semua dilakukan hanya untuk mendapat nilai tinggi?" Tuan Arshaq tersenyum. Azlan dah tahu point penting ke?
Di hospital Zamira sadarkan diri. Jarinya mulai bergerak. Encik Hassan yang menyaksikan itu pun segera memanggil doktor.
"Zamira... Alhamdulillah anak ayah dah bangun." Ucap syukur dari seorang ayah yang sanggup tidak makan. Tubuh Zamira masih lemah. Matanya memandang mata ayahnya.
"Eumm tuan. Saya rasa anak tuan ada nak disampaikan." Ujar seorang jururawat perempuan kepada Encik Hassan. Encik Hassan mendekatkan telinganya.
"Assalamualaikum Sya. Ooo Sya?" Adira memberi salam. Namun tiada jawapan daripada Syafiqah.
"Mana perempuan ni pergi?" Tanya Adira dengan pelik. Pintu rumah terbuka. Yang datang menyambutnya ialah Syafiqah sendiri.
"Masuklah. Pagar tu tak dikunci." Adira pun masuk dengan gembira. Syafiqah mempersilakan Adira untuk masuk.
"Duduklah dahulu. Saya nak hidang air untuk awak."
"Eh tak payah menyusahkan diri sendiri."
"Eh tak apa. Lagipun suami saya ada kat dapur." Adira tersenyum mendengarnya. Adira duduk di sofa. Manakala Syafiqah pergi ke dapur untuk menghidang sesuatu kepada Adira.
"Cantik rumah awak Syafiqah. Siapa yang rancang semua ni?" Tanya Adira.
"Suami I lah takkan siapa lagi." Jawab Syafiqah dari dapur. Adira bangun dari tempat duduknya. Ia melihat foto keluarga Syafiqah. Kebetulan juga ia nampak foto Syafiqah semasa kecil lagi. Ia mengambilnya dengan penuh senyuman.
Namun dari arah sisi ia mendengar bunya dentam dentum. Awalnya Adira mengira itu salah dengar. Semakin lama perasaan Adira dilamun dengan perasaan ingin tahu.
"Apa yang bising kat sini ni? Tikus ke?" Hati Adira bergumam.
"Aryan! Adira mana!"
"Abah cakap perlahan sikit. Jangan tergesa-gesa." Jawab Aryan.
"Ada apa ini?"
"Aku nak tahu Adira di mana?! Aku telefon Adira tak diangkat!"
"Adira tak bagitahu abah ke kalau Adira pergi rumah Syafiqah?" Mendengarnya hati Encik Hassan bagaikan dihentikan untuk sementara waktu.
"Aryan..." Panggil Azlan.
"Siti pergi call Adira cepat!" Ujar Encik Izman.
Pintu dah dibuka. Gambar yang dipegang terlepas dari tangan. Mata bagaikan tidak percaya apa yang ia lihat.
Share this novel