Bab 13

Romance Completed 9626

Adira membawa suami dan abang sepupunya mengelilingi kawasan persekitaran di luar rumah. Ia sengaja membawa keduanya untuk lebih lama hanya untuk memerhatikan tingkah laku keduanya.

Tangan memang tak akan dilepaskan. Kalau dilepas, keduanya dah macam tak ada rumah nanti.

"Oh..sebelum Adira terlupa. Adira nak berborak sedikit dengan Ophelia."

"Asal?" Tanya Aryan. Ingin melipat tangan sahaja tidak dapat.

"Emm, borak je. Tak ada apa-apa." Adira langsung meninggalkan keduanya. Saat sudah tidak melihat kelibat Adira, dengan cepat menarik tangan mereka.

Tangan keduanya saling mengelap di baju masing-masing. Ammar yang memang keterlaluan perilakunya lebih teruk daripada Aryan yang hanya mengelap di bajunya. Diambilnya daun lalu digosoknya pada telapak tangan.

Si Aryan ni pula hanya dapat melihat jelah. Namun, lama kelamaan perilaku Ammar semakin menjadi. Aryan menghembus nafasnya. Saat itu, ia teringat sesuatu.

"Heh. Unit dari Black Cover?" Tersenyum Aryan ketika mendapat tahu bahawa Ammar merupakan unit tentera dengan nama team Black Cover. Unit mereka agak special sedikit lah.

Tugasan mereka hanya untuk melindungi dan mengambil alih tempat musuh yang telah ditakluki. Namun, misi mereka lebih ke arah meragut nyawa. Di setiap team hanya terdiri daripada 3 hingga 5 orang. Dan terkadang misinya hanya dijalankan oleh seorang diri.

"Oh. Rupanya kau dah tahu eh." Aryan menggelengkan kepala.

"Memanglah aku tahu kalau aku yang memimpin pasukan tersebut." Kepala Ammar yang melihat ke arah kiri, dengan cepat memandang ke arah Aryan.

"WHAT?!" Waduh.. selama ini dia bergaduh dengan captain dia ke?

"Tapi jangan risaulah. Aku dah meletakkan jawatan untuk memimpin pasukan tu lagi. Aku lebih ke arah memimpin pasukan aku sendiri." Lega Ammar ketika mendengar.

"Tapi aku dengar dari orang lain, misi menyelinap masuk korang dah dibocorkan. Dan korang gagal untuk serang hendap, betul ke?" Aryan tidak menyahut. Ia lebih ke arah mengatur nafasnya.

"Aku pergi masuk dalam dahulu." Berlalu pergi meninggalkan Ammar. Tapi sebelumnya, Ammar berteriak ke aeah Aryan.

"HEY YOU SIR! PLEASE DON'T MARAH MARAH DEKAT SAYA!"

•

"Tak sangka kau dah kahwin." Tersenyum memandang Adira yang lagi berdiri di hadapannya.

"Dan tak sangka pula kau kahwin dengan Aryan. Aku ingatkan perempuan macam kau ni tak laku." Bertopang dagu sambil memandang dengan tajam.

"Kenapa eh orang seperti korang berdua ni suka sangat kacau hidup orang? Kau dengan mak cik Jenab sama je perangai."

"Kau jangan nak samakan aku dengan mak cik gila tu. Aku dan dia lain." Ophelia cuba tidak meninggikan suaranya terhadap Adira. Bukan apa, Ophelia ni jenis yang tak mahu disamakan dengan orang lain.

Sunyi.

Hanya air sahaja yang yang terdengar.

"Lagipun mak bukannya sayang sangat dekat engkau en. Yelah, aku kan anak mak. Kau tu apa?" Memandang dari atas ke bawah, "Kau anak...luar...nikah." Tiada perasaan langsung! Dengan lantang ia mengatakan itu terhadap Adira.

"Oops, tersasul pula. Maksud I." Berdiri dan berjalan menghampiri Adira, "Kau anak tiri." Berbisik di telinga Adira. Ni kalau Adira sifatnya kejam, perghh dah lama dah si Ophelia ni kena tibai dengan Adira.

"Akak. Kalau bercakap tu jaga sikit." Perempuan jenis Ophelia ni memang tak ada perasaan. Hanya senyum je dari tadi. Seperti yang diketahui, Ophelia merupakan kakak tiri kepada Adira. Ophelia anak kandung kepada Puan Husna yang berkahwin dengan ayah Adira, Encik Hassan.

"Oh iya sebelum I lupa. Jangan sesekali beritahu apa hubungan kita berdua. Kerana..." Memandang Adira sekali lagi dari atas ke bawah, "Tak apalah aku simpan jelah niat aku." Menepuk bahu Adira dan berlalu pergi.

Mata Adira yang berwarna coklat mulai berair. Apa sahaja yang baru dilontarkan kepadanya membuatkan hatinya merasa hancur.

"Istighfar Adira, istighfar." Gumam hati Adira yang memang hati tisu.

Ophelia yang memandangnya dari jauh hanya tercegat di muka pintu. Ia melanjutkan perjalanannya yang sempat terhenti. Ia yang mengenakan baju yang bercorak merah berjalan dengan anggun agar terlihat sopan. Tapi masalahnya, bajunya...aiyoo seperti yang dikatakan oleh Ammar beberapa jam yang lalu,

"Astaghfirullahalazim sister!"

Sampailah di ruang tamu langkahnya terhenti seketika. Bibirnya yang tipis diberikan warna merah pekat untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Aduh, nak menawan laki oranglah tu. Ammar yang single tu pun tak ada sampai nak merebut isteri orang. Tapi yang selalu keluar dari mulutnya nak kahwinlah minggu depan. Esok lusa belum lagi kahwin.

Sampai kesudah belum kahwin.

"Puan Siti." Munculkan diri di hadapan ibu Aryan. Puan Siti yang sudah mempunyai menantu hanya dapat menarik nafas jelah. Tambahan lagi Encik Izman tu. Uu, muka dia macam nak belasah orang.

Dan kebetulan Aryan baru masuk dari pintu depan. Ophelia yang sudah menghilangkan diri sejak 3 tahun cuba menghampiri Aryan yang sudah beristeri. Tapi, langkahnya dihenti.

"EH PEREMPUAN!" Seorang perempuan yang entah dari mana datangnya tiba-tiba masuk ke rumah Puan Siti.

"Akak!" Syafiqah cuba menghentikan tindakan kakaknya yang bernama Nur Qila. Nur Qila cantik orangnya. Orangnya suka memakai tudung yang labuh. Nur Qila atau dipanggil Qila yang berusia 24 tahun telah lama berkhidmat sebagai tentera wanita seperti Aryan. Beliau telah meletakkan jawatannya dan dimasa yang tepat Allah telah membuatkan dirinya bertemu dengan jodohnya saat masih merantau di Australia.

Matanya sama dengan warna mata Syafiqah.

"Kau ni kan." Qila kalau dah mengamuk jangan haraplah nak terlepas. Si suaminya yang sado tu pun takut dengan dia ni. Nak dikatakan orangnya kasar tapi sebenarnya dia ni baik. Yelah, kesian pula dengan si Ophelia ni. Mana tidaknya, dirinya yang sudah susah payah kelihatan cantik terutamanya dari segi rambut ditarik Qila dengan kuat sehingga kusut masai.

"Ya Allah Qila!" Puan Siti terpaksalah meletakkan semula dulang yang dipegangnya. Puan Siti cuba melepaskan genggaman Qila. Tapi, malangnya tangan Qila kalau dah menggenggam orang Ya Allah, orang disekelilingnya kalut tau.

Kau bayangkan, rumah kau ada 20 gembok. 20 gembok tu memerlukan kunci yang banyak. Macam tu juga dengan tangan si Qila ini. Rambut yang cantik menjadi kusut. Sifat Qila ni memang pemarah, tapi di hatinya sebenarnya baik.

"Ya Allah Qila sudahlah!" Puan Siti cuba meleraikan keduanya. Suami Qila beserta adiknya Syafiqah mencuba sedaya-upaya menjadi orang tengah. Qila menolak Ophelia dengan kuatnya sehingga tidak menjejak kakinya di rumah Aryan.

Aryan cuba menolong Ophelia, namun dirinya dihalang.

"Ayah." Encik Izman hanya diam memandang wajah anak lelakinya.

"Eee..kau kan. Kalau boleh kau tak lama lagi makan pelempang kau nanti. Ha. Sudahlah menghilang 3 tahun tanpa khabar lepastu balik-balik je kacau suami orang." Tangan sudah sedia diangkat. Tapi nasib baiklah Puan Siti ada dekat sisi Qila. Kalau tak si Ophelia tu auto masuk hospital dikerjakan.

"Sudahlah Qila. Sudah. Sabarkan diri tu."

"Mana boleh sabar dengan perangai dia macam ni." Tegas Qila. Marah sangat ni. Tapi kan, apa sebabnya Qila sampai marah sangat dengan Ophelia ni?

"Eh! Aku tak tahu kau siapa eh! Kau ni dah kenapa datang je marah orang."

"Wah wah wah! Pura-pura tak tahu eh. Kau tunggu sekejap."

"Sayang sudahlah!" Ujar suaminya. Adira yang mendengar kekecohan berlari untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi. Kalau nak tanya Ammar di mana, hmm dia hanya tengok je. Hanya memerhatikan dengan serius. Kalau pasal bab bergaduh ni, Ammar bukan main serius dia dengar. Kalau ikutkan hati Ammar nak join, tapi kalau join takut orang tu yang mati nanti.

"Abang. Ada apa ni bergaduh. Asal ada kakak Syafiqah kat sini?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa. Kakak sahabat kau tu tiba-tiba datang langsung menarik rambut Ophelia.

"YA ALLAH AKAK QILA!" Teriak Adira saat melihat Qila mula bergaduh dengan menjambak rambutnya. Terpaksalah Encik Izman dan Aryan masuk campur. Kalau tidak, esok lusa tak akan selesai.

"Hmm, nampaknya cerita ni best." Ammar hanya dapat melihat dari semak samun. Kalau nak dikatakan, hutan pun sanggup dia harungi hanya untuk melihat semuanya. Memang ngam bila orang kata dia ni penyibuk. Korang macam Ammar juga ke?

Mak cik Jenab yang takut kena tibai cuba melarikan diri. Qila yang bagaikan boleh nampak depan, belakang, kiri dan kanan berteriak.

"MAK CIK JENAB! KO JANGAN NAK LARI DARIPADA AKU!" Kalau saya jumpa orang macam ni, selangkah aku memang tak pijak rumah dia langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience