“…..dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak….”
Intan Wirdayu duduk berteleku di birai katil. Air matanya jatuh berjuraian dari tadi tidak henti.Pakaian pengantinya masih belum ditanggalkan.Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu dikuak.Intan Wirdayu menoleh sekali imbas dan kembali menghalakan pandangannya ke hadapan.Haris Huzairie masuk dan memerhati sahaja Intan Wirdayu dari pintu.Pintu kembali di tutup.Haris Huzairie bergerak mendapatkan beg pakaiannya.Segera bajunya ditukar.Intan Wirdayu masih seperti tadi.Kaku menghadap dinding.Selesai menukar baju, Haris Huzairie duduk dibirai katil membelakangi Intan Wirdayu.Masing-masing membisu seketika.Hanya bunyi pusingan kipas yang kedengaran.
“saya minta maaf…”Haris Huzairie mula berbicara.
Intan Wirdayu masih mendiamkan diri.
“bukan niat saya untuk heret awak masuk dalam masalah ni.”
“bukan niat?! Habis tu kenapa awak kahwin dengan saya?”tempelak Intan Wirdayu.
“saya buat semua ni hanya untuk membahagiakan kedua orang tua saya.Hanya itu yang mampu saya lakukan.”
“membahagiakan kedua orang tua awak dengan menghancurkan kebahagian saya?! Macam tu?!”Intan Wirdayu sedikit meninggikan suara.
Haris Huzairie menarik nafas panjang.”percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”ujar Haris Huzairie perlahan.
Intan Wirdayu lantas menoleh kearahnya.
Haris Huzairie mengambil sebiji bantal dan dicampaknya ke lantai.Kemudian dia menuju kembali ke beg pakaiannya.Sehelai kain pelekat diambil dan dibentangkan di lantai.Haris Huzairie duduk diatas kain pelekat itu.”dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.”ujar Haris lagi sebelum merebahkan badannya.
Intan Wirdayu termangu memikirkan kata-kata dari Haris tadi.Apa maksudnya?
Share this novel