BAB 3

Romance Completed 16847

Perlahan Haris Huzairie membuka pintu rumahnya.Haris Huzairie mempelawa Intan Wirdayu masuk.Dia kembali kekereta.Seketika kemudian dia kembali ke dalam rumah sambil membawa bersamanya dua buah beg besar. “maaflah, rumah ni taklah besar mana.Berselerak sikit.Maklumlah rumah bujang.Jom, saya tunjukan bilik.”ujar Haris Huzairie sambil menjinjing beg mendaki tangga.

‘rumah besar macam ni dia kata kecil?’ Intan Wirdayu bertanya pada dirinya sendiri sambil langkah diatur membontoti suaminya naik ke tingkat atas.

Haris Huzairie berhenti dihadapan sebuah bilik .”Intan, ini bilik awak.Awak buatlah bilik ni dan rumah ni seperti kepunyaan awak sendiri.Bilik saya yang itu.Kalau ada apa-apa cari saja saya di situ.”ujar Haris Huzairie sambil menunjukan biliknya.Sempat dia menghadiahkan senyuman untuk isterinya itu.

Intan Wirdayu masuk ke dalam bilik tersebut dan meninjau keadaan sekeliling.Baru dia ingin bertanya dimana arah kiblat, Haris Huzairie telah menghilangkan diri.Intan Wirdayu tersenyum sendiri.Benar kata ibunya.Haris Huzairie seorang yang baik.Dia juga telah meradhai perkahwinan ini, namun hatinya masih belum boleh menerima Haris Huzairie sebagai seorang suami.

“Ayu!, apa ni?! Awak kata awak cintakan saya.Kenapa awak buat saya macam ni?”bentak Izkandar.

“Iz, bukan saya yang nak semua ni.Saya terpaksa.”ujar Intan Wirdayu perlahan.

“terpaksa! Awak boleh tolak kan?”

“awak tak kenal abah saya.Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan yang dia buat.”Intan Wirdaya menahan tangis.

Izkandar meraup wajahnya.”Siapa lelaki tu?”Soal Izkandar lembut.

“Haris Huzairie.Anak kawan abah saya.”

“awak kenal dia”soal Izkandar lagi.

Intan Wirdayu menggeleng perlahan.Masing masing terdiam buat seketika.

Izkandar duduk semula di kerusinya.Matanya di pejam rapat untuk meraih semula semangat.”Ayu….saya dah tak Nampak jalan lain, kita terpaksa tamatkan hubungan ini disini.”Ujar Izkandar perlahan.

“tapi Iz…..saya masih sayangkan awak.”

“habis tu awak nak saya buat apa? Bawak awak lari kahwin kat siam? Macam tu? Awak nak jadi anak derhaka?!”tempelak Izkandar.

Intan Wirdayu tertunduk.Airmatanya mengalir laju.

“sudahlah……mungkin bukan ditakdirkan untuk kita bersama.Awak percaya pada qada’ dan qadar kan? Kita redhakan sahaja atas segalanya.mungkin lelaki itu mampu membahagiakan awak lebih lagi dari saya.”Izkandar memandang sayu wajah Intan Wirdayu. “Selamat tinggal Ayu.Saya doakan awak bahagia disamping lelaki yang bertuah tu.Assalamualaikum.”ucap Izkandar perlahan dan terus meninggalkan Intan Wirdayu.Airmata lelakinya turut menitis tanpa dapat ditahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience