BAB 8

Romance Completed 16901

Haris Huzairie berjalan perlahan dari ruang makan menyertai bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Haris huzairie duduk di sofa bersebelahan bapanya.

“Macam mana, dah tiga bulan dah..”

Ujar Haji Amin selepas mereka berdua diam seketika. Haris Huzairie memandang Haji Amin sambil mengerutkan dahi.

“Apa yang tiga bulan?”

Soal Haris Huzairie.Haji Amin tergelak kecil dengan soalan Haris itu.

“Dah tiga bulan kamu kahwin , tak ada apa berita lagi ke?”

Soal Haji Amin lagi.

“Be…berita apa?”

Haris Huzairie semakin keliru. Intan Wirdayu datang ke arah mereka sambil membawa talam berisi seteko kopi panas dan cawan.

“Yelah…dah tiga bulan, bila agaknye Abi dengna Umi nak menimang cucu.”

Terang Haji Amin. Hampir terlepas dulang yang dibawa oleh Intan Wirdayu sebaik terdengar kata-kata dari Haji Amin itu. Lantas Haji Amin dan Haris memandang Intan Wirdayu. Haji Amin tergelak kecil. Begitu juga dengan Haris Huzairie.

“Yelah Ery, Umi pun teringin benar nak menimang cucu.”

Celah Hajah Safiah pula.Merah padam wajah Intan Wirdayu ketika itu.Haris Huzairie memandang Wajah bersih Intan Wirdayu seketika.

“Tak ada rezeki lagi Umi, Abi.”

Ujar Haris Huzairie.

‘Macam mana nak ada rezeki, tidur pun bilik lain-lain.’

Bisik hati Haris Huzairie.Intan Wirdayu hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Apalah abang ni, Qis pun dah teringin nak jadi Mak Su.”

Celah Balqis pula.

“Nanti Qis kahwin, beranak banyak-banyak.”

Ujar Haris Huzairie.

“Apa pulak Qis, Qis ni belajar pun tak habis lagi.”

Balqis membela diri.Hajah Safiah dan Haji Amin hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.

“Intan, kamu macam mana? Seronok duduk kat rumah tu?”

Soal Hajah Safiah pula.

“Seronok Alhamdulillah.Cuma tulah, rumah tu besar, bila abang pergi kerja rasa sunyi pulak.”

Cerita Intan Wirdayu yang duduk di sebelah Balqis.

“Tulah Ery, Umi dah kata rumah tu besar sangat untuk korang berdua.Tapi dia nak juga beli rumah tu.”

“Alah Umi ni, Intan tak kisah pun.Kan Intan?”

Sampuk haris Huzairie.Intan Wirdayu mengangguk sambil tersenyum.

“Lagipun rumah tu, Ery beli untuk Intan. Senang dia nak ada anak ramai.”

Ujar Haris lagi.

“Wah…untung Kak Intan dapat suami macam abang ni. Dapat hadiah rumah besar macam tu.Jealousnye…”

Ujar Balqis.

“Nanti, Balqis carilah boyfriend yang macam abang Qis ni.”

Ujar Intan Wirdayu.

“Susah nak cari lelaki macam Abang Ery ni. Abang ni spesis yang hampir pupus.Susah nak jumpa.”

Balqis mencebik. Kata-kata Balqis itu mengundang tawa yang lain. Haris Huzairie turut ketawa. Dia memandang Hajah Safiah dan haji Amin. Mereka benar-benar bahagia dengan perkahwinannya dengan Intan.

“Qis bila habis belajar, semester akhir kan sekarang ni?”

Soal Haris Huzairie.

“Tiga bulan nanti habis la.Ha, nanti Abang dengan kakak ikutlah Umi dengan Abi ambil Qis kat sana.”

Ujar Balqis ceria.”

“Sana? Jordan?”

Soal Haris mencari kepastian.

“Tak lah, kat Mesir. Apalah abang ni, kat Jordan lah, kat mana pulak lagi.”

Ujar Balqis.

“Kakak ikut ya, nanti Qis bawa jalan-jalan kat Amman, dengan Kota Petra.”pujuk Balqis.

“Kota Petra? Ohh…yang bangunan yang diukir dekat gunung batu tu ya?”

“A’ah…Qis pernah pergi sekali dulu dengan kawan-kawan.Nanti nak pergi lagi dengan Umi dan Abi.Kak Intan ikut ya..”

“Akak tak tahu, kena tanya abang.Akak ikut je.”ujar Intan Wirdayu

“Dah pukul sebelas dah ni, kami balik dululah Umi, Abi.”

Ujar Haris Huzairie sambil memandang jam dinding.Intan Wirdayu turut melirik ke arah jam tangannya.

“Lah…nak balik ke?Tidurlah kat sini.”

Ujar Hajah Safiah. Intan Wirdayu mula panik. Kalau mereka tidur disitu. Itu bermakna dia terpaksa tidur sebilik dengan Haris Huzairie.

“Ha’ah, tidurlah dekat sini, apa nak dikejarkan, esok kan sabtu.”

Tambah Haji Amin. Haris Huzairie lantas memandang Intan Wirdayu. Jelas terpancar keresahan diwajah Intan Wirdayu.

“Tak apalah Abi, kami baliklah,esok, pagi-pagi Ery ada temujanji dengan pelanggan.”

Haris Huzairy memberi alasan.Lantas Haris Huzairie bangun dan bersalaman dengan Hajah Safiah dan Haji Amin.Intan Wirdayu turut berbuat begitu.

“Balik dulu ya Umi.”

Ujar Intan Wirdayu lembut sambil bersalaman dengan Hajah Safiah.

“Nanti datang lagi ya.”ujar Hajah Safiah.

“Insyaallah.”

Jawab Intan Wirdayu. Intan Wirdayu dan Haris Huzairie berjalan beriringan keluar dari rumah dan menuju ke kereta mereka yang diparkir diluar kawasan rumah Haji Amin dan Hajah Safiah. Seketika kemudian mereka mula bergerak meninggalkan rumah pasangan itu dan pulang kerumah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience