BAB 6

Romance Completed 16847

“Intan, tolong tengok siapa yang call?”

Ujar Haris Huzairie sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Intan Wirdayu yang duduk di sebelah.

Intan Wirdayu menyambut telefon bimbit itu.

“Umi..”jawab Intan selepas melihat nama yang tertera di skrin.

“tolong jawabkan boleh tak? Saya tengah memandu ni.”balas Haris Huzairie pula.

Intan Wirdayu lantas menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum Umi.”lembut Intan Wirdayu memberi salam.

“waalaikumussalam.Ini Intan ya?”

kedengan suara Hajah Safiah di hujung talian.

“ya Umi, ini Intan.”

“Intan sihat?”soal Hajah Safiah.

“Sihat Alhamdulillah.Umi?”

“Umi sihat..”

“Umi nak cakap dengan….dengan…..”

Intan memandang Haris Huzairie seketika.

Haris Huzairie hanya membalas pandangan itu dengan senyuman.

“….dengan Ab….Abang Haris ya….?”

Teragak-agak untuk dia menggunakan perkataan ‘Abang’ itu. Haris Huzairie tersenyum lebar melihat keadaan Intan Wirdayu ketika itu,

“a’ah…dia ada?”soal Hajah Safiah.

“ab…abang Haris tengah memandulah Umi.Nak saya sampaikan pesan?”

“oh…ya ke.Tak apalah, Umi cakap dengan Intan jelah, malam nanti datang rumah Umi ya, dah lama Umi tak makan dengan anak-anak Umi. Balqis pun ada kat sini.”

“oh ya…bila dia balik?”soal Intan kembali.

“baru semalam.Teringin sangat dia nak jumpa dengan kakak ipar dia.”

“oh…ya ke…nanti saya bagi tahu abang Haris.”

“datang ya.Kirim salam Umi dan Abi pada Haris.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Intan Wirdayu menamatkan perbualan.

Haris Huzairie memandang Intan menantikan khabar dari Uminya.

“Umi dan Abi kirim salam.”

Ujar Intan Wirdayu sambil menghulurkan semula telefon bimbit Haris Huzairie.

“Waalaikumussalam.Tak apa, pegang dulu. Apa lagi Umi cakap?”

“Umi ajak makan malam kat rumah dia malam ni.Balqis dah balik.”

“oh ya?….so, Intan nak pergi tak?”soal Haris Huzairie.

“saya ikut awak je.Awak pergi, saya pergilah.”

Jawab Intan Wirdayu ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience