BAB 11

Romance Completed 16901

Intan Wirdayu duduk termenung diatas wakaf yang terletak di halaman rumah banglo itu. Fikirannya ligat memikirkan tentang perangai Haris Huzairie yang banyak berubah sejak kebelakangan ini. Wajah Haris juga kian pucat. Begitu juga susuk tubuhnya yang jelas semakin susut. ‘kenapa dengan abang Haris.’Intan teringat di saat dia memberitahu Haris yang dia sudah bersedia menjadi seorang isteri untuk suaminya, Haris Huzairie seakan tidak mengendahkannya. Bilik tidur masih berasingan. Lantas dia teringatkan peristiwa semalam. Dia sebenarnya sedar disaat Haris Huzairie membelai rambutnya. Dia dengar dengan jelas semua yang dikatakan oleh Haris Huzairie ketika itu.

‘Cantik sungguh awak Intan, bertuah siapa yang dapat memiliki awak. Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’

Bergema kata-kata Haris semalam didalam kotak fikirannya.

“Apa maksud abang dengan semua ni?”

Intan Wirdayu menyoal dirinya sendiri.

“Percayalah ini semua tak lama. Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”

“Dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak. Awak tak perlu risau. Saya tak akan sentuh awak.”

Ligat Intan mengingatkan kata-kata aris di malam pertama perkahwinan mereka dulu.Kata-kata yang jelas dapat diingat sehingga sekarang.

‘Semua ini tak akan lama? Tempoh yang masih tersisa?’

Intan mengulang semula ayat-ayat yang pernah diutarakan oleh Haris dulu.

“Awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak. Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”

‘Bila tiba masnya nanti?’

Intan mengulang ayat yang selalu diucap oleh Haris.

‘Apa maksudnya?’

Intan Wirdayu mula rasa tak sedap hati. Dia dapat rasa seakan ada sesuatu yang akan terjadi pada rumah tangganya.

“Ha!!!”

Tiba-tiba Intan Wirdayu disergah seseorang.

“Astaghfirullah al- azim….”

Hampir menjerit Intan Wirdayu dengan sergahan itu. Kedengaran suara tawa dari orang yang menyergahnya itu.

“Balqis!! Terkejut akak!!”

Protes Intan Wirdayu.

“Akak tulah, termenung jauh sangat, apa yang difikirnya tu.”

Ujar Balqis bersahaja sambil duduk disebelah Intan Wirdayu.

“Bagilah salam dulu lain kali…..”

Ujar Intan Wirdayu lagi sambil membetulkan tudungnya.

“Dah puas dah Qis bagi salam. Dari luar tadi .Akak tu je yang tak sedar. Nasib baik pagar tu tak kunci, bolehlah Qis masuk.”

Cerita Balqis panjang lebar.

“Yeke? Tak perasanlah akak.”

“Macam mana nak perasan, termenung jauh sangat. Akak termenungkan apa tu?”

“Tak ada apalah, jom masuk dalam.”

Ajak Intan sambil bangun dari duduknya.Lantas kaki diatur masuk kedalam. Balqis mengekorinya.

“Qis duduklah dulu, akak ke dapur buat air sekejap.”

Ujar Intan Wirdayu, lantas langkah kakinya diatur terus ke dapur. Balqis memerhati gelagat kakak iparnya itu.J elas kelihatan ada masalah yang menyelubungi kakak iparnya itu. Balqis mengekori Intan ke dapur. Balqis memerhati Intan dari pintu dapur.

“Qis buat apa berdiri kat situ, kan akak suruh duduk kat depan tadi.”

Ujar Intan sebaik perasaan keberadaan Balqis dimuka pintu. Balqis tersenyum memandang Intan Wirdayu. Lantas Balqis mendekati Intan yang sedang membancuh air sirap didalam jag.

“Abang Ery tak balik ke kak, dah pukul dua belas ni.”

Soal Balqis yang bersandar pada cabinet dapur.

“Abang…abang Ery…memang tak balik makan tengah hari.”

Jawab Intan sedikit gugup.

“Dah, jom pergi minum kat depan.”

Ajak Intan Wirdayu sambil membawa dulang ke ruang tamu.Balqis mengekorinya.Perlahan Dulang yang berisa sejag air itu diletak di atas meja.Cermat Air sirap itu dituang kedalam gelas.

“Umi dengan Abi sihat?”soal Intan kepada Balqis.

“Mereka sihat Alhamdulillah.”

Jawab Balqis ringkas.Kedua-dua mereka termati kata seketika.

“Abang Ery selalu balik pukul berapa?”

Soal Balqis lagi. Intan terkelu lidah tiba-tiba. Dia tak tahu nak jawab apa. Takut tersalah jawab, Balqis dapat menghidu masalahnya.

“Dia selalu balik lewat. Banyak kerja. Pejabat dia ada projek baru sekarang ni..”

“Lambat tu pukul berapa?”

Soal Balqis lagi. Sekarng Intan benar-benar tersepit.Tak akan dia mahu menipu.

“pukul….pukul…..”

“pukul satu pagi?”

Duga Balqis.

Intan tersentak. Macam mana Balqis boleh tahu? Intan menoleh ke arah Balqis.

“Balqis ada kawan yang kerja di syarikat Abang Syamil tu. Dia bagi tahu, dia selalu Nampak Abang Ery balik lambat. Pernah sekali dia tertinggal barang kat Office, bila dia sampai Office dalam pukul 12.30 malam, dia Nampak Abang Ery masih belum balik.”

Cerita Balqis. Intan kembali menoleh kehadapan.

“Akak dengan Abang Ery ada masalah ya?”

Soal Balqis tiba-tiba. Intan tersentak lagi.Dia termati kata.

“Tak…tak adalah.”dalih Intan.

“Akak tau tak sebenarnya, Syarikat tu belum ada projek besar pun sekarang ni. Cuma projek-projek biasa je. Tak ada sebab kenapa abang Ery perlu balik selewat itu.”

Intan terdiam mendengar kata-kata Balqis itu. Dia sendiri tahu mengenai perkara itu. Dia yang sengaja mereka cerita tentang ‘projek baru’ itu.

“Lagi satu Balqis nak tanya.”

Balqis bangun dan duduk semula disebelah Intan Wirdayu.

“Betul ke Abang Ery sakit?”

Soal Balqis.Intan tersentak lagi dengan soalan itu.

“Abang Ery sakit?”

Intan mengulang semula soalan Balqis.

“Dia sakit apa?”

Soal Intan kembali.

“Entah, Qis tak tahu, kawan Qis tu yang cakap. Dia Kata abang Ery dah makin kurus, muka nya pucat…Akak tak perasan apa-apa perubahan pada abang Ery?”

“Ada….dia memang dah semakin kurus, mukanya makin pucat….dia selalu batuk-batuk. Selalu jugak akak Nampak dia jalan terhoyong-hayang macam nak pitam. Risau akak tengok dia.”

“Akak ada tanya dia?”

Soal Balqis.

Intan terdiam. Dia belum berkesempatan nak tanya.Pagi-pagi lagi Haris Huzairie telah keluar dan pulang lewat malam.Perlahan Intan menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience