BAB 5

Romance Completed 16901

Intan Wirdayu masuk semula ke dapur selepas selesai menyidai baju di ampaian.Dia meletak semula bakul pakaian di dalam bilik air.Perlahan dia menuju ke peti ais.Pintu peti ais dibuka dan Intan Wirdayu membelek isinya yang semakin berkurang. “apa aku nak masak ni?…barang semua dah habis.”

ujar Intan sendirian.Intan Wirdayu menutup semula pintu peti ais dan duduk di meja makan.Dia memandang keluar dan ternampak kereta BMW milik Haris berada diluar.Dia mengalihkan pula pandangannya ketingkat atas. “terlupa pulak aku Haris ada kat rumah.Nak ajak dia keluar ke?”Intan bertanya pada dirinya sendiri. “ajak ajelah….”Intan Wirdayu nekad.Perlahan tangga didaki dan dia terus menuju kebilik Haris Huzairie.Teragak-agak tangannya untuk mengetukpintu.Namun dikuatkan semangatnya.

“tuk…tuk…tuk..”Intan Wirdayu mengetuk pintu.

“masuk, pintu tak kunci.”kedengaran suara Haris Huzairie dari dalam.

Perlahan Intan Wirdayu membuka pintu.Ini pertama kali dia masuk ke bilik ini ketika Haris Huzairie ada di dalam.

Haris Huzairie memandang Intan Wirdayu lalu menghadiahkan sebuah senyuman.Haris Huzairie sedang sibuk meyiapkan pelan bangunan untuk projek terbarunya.

Intan Wirdayu masih tegak di pintu.Tak Berganjak.

Sekali lagi Haris Huzairie menoleh memandang Intan Wirdayu. “marilah masuk buat apa duduk tercegat kat pintu tu.”ajak Haris Huzairie.

Intan Wirdayu masuk dan duduk di sofa yang terlatak bersebelahan dengan meja lukis Haris Huzairie.Dia terpaku disitu.Haris Huzairie yang memakai baju T putih tanpa kolar dan ber seluar trek biru tua kelihatan ringkas tapi tak tahu kenapa Intan Wirdayu merasa Haris Huzairi begitu menawan hari ini.

“Intan?….Intan…”

Haris Huzairi memanggil Intan Wirdayu sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Intan Wirdayu.Intan Wirdayu tersedar dari lamunannya.

“awak ok tak? Kenapa ni?”soal Haris Huzairie.

“tak….tak ada apa-apa, saya ok.”

“kenapa awak datang bilik saya ni?”soal Haris Huzairie lagi.

“ba..barang dapur dah habis.Dah tak ada apa yang nak dimasak.”ujar Intan Wirdayu sedikit gementar.

Lantas Haris Huzairie bangun menuju ke almari bajunya.Seketika kemudian dia kembali dan menyerahkan wang tunai RM 100 dan kunci kereta.

Intan Wirdayu mengambil wang dan Kunci kereta itu.

Haris Huzairie kembali duduk di meja lukisnya dan menyambung lukisannya.

“kat sini susah nak dapat bas dan teksi, so…awak bawaklah kereta saya tu.”ujar Haris Huzairie.

Intan Wirdayu masih duduk tak berganjak dari situ sambil terus memandang Haris Huzairie.

Haris Huzairie memandang semula Intan Wirdayu.Lama dia memandang Intan Wirdayu.

“awak….awak…..ada…lesen kan?”soal Haris Huzairie.Perlahan Intan Wirdayu menggeleng.Haris Huzairie tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience