BAB 13

Romance Completed 16847

Haris huzairie memulas tombol pintu rumahnya perlahan.jam sudah menunjukan pukul 12.30 malam. Sengaja dia balik lebih awal sedikit dari kebiasaan.Hari ini dia terasa amat penat.Badannya lemah dan kepalanya sakit. Perlahan pintu ditutup kembali. Haris terdiam seketika. Dia ternampak Intan Wirdayu tertidur di sofa. ‘dia tunggu aku lagi.’ujar hati kecilnya. Haris mendekati Intan.Ditenung wajah isterinya itu lama. ‘maafkan saya Intan, saya tak mampu mengotakan janji saya dulu. Saya tak mampu membahagiakan awak. Saya tahu awak tak bahagia bersama saya.’Bisik hatinya. Haris mendekati Intan. Cermat tubuh Intan diangkat. Haris membawa Intan naik ke biliknya. Haris membaringkan Intan dikatil dan diselimutkan. Haris duduk sebentar dibirai katil.

‘maafkan saya Intan.’ujarnya perlahan.Haris bangun semula dan menuju ke pintu.

“Abang..”

Kedengaran suara Intan lemah. Haris memberhentikan langkah. Dia menoleh ke arah Intan.

“Abang baru balik? Nak Intan siapkan makan?”

Soal Intan sambil bangun dari pembaringanya. Haris hanya memandang Intan sayu.

“Kenapa Intan ada kat sini? Abang angkat Intan ya tadi?”

Soal Intan yang keliru.

“Intan, kan saya dah kata, tak payah tunggu saya.”

Ujar Haris lembut. Intan terdiam seketika. Haris berpaling dan berniat untuk meninggalkan bilik itu untuk balik kebiliknya.

“Abang, nanti!!”

Intan besuara tegas. Haris termati langkah.

“Kenapa Abang buat saya macam ni? Saya Isteri Abang.Benar dulu saya yang menolak Abang sebagai suami. Tapi itu dulu, sekarang saya dah bersedia untuk menjadi Isteri abang secara mutlak.”

“Awak tak faham Intan. Awak tak faham.”

Ujar Haris perlahan.

“Kalau macam tu, buat saya faham.”

“Awak tak akan faham.”

Balas Haris dan memulakn semula langkahnya.

“Nanti..!!”

Tahan Intan. Intan memintas Haris dan berdiri dihadapannya.

“Abang sakit ke? Kenapa bang semakin kurus dan semakin pucat sekarang ni?”

Soal Intan perlahan.

“Tak…saya tak sakit.”

Dalih Haris.

“Abang, saya isteri abang, saya perlu tahu, saya risau tau.”

Intan menyurakan kebimbangannya.

“Intan…”

Haris bersuara lembut. Tangan Intan diraih dan digenggam erat. Haris membawa kedua-dua tangan itu lalu dicium. Intan terkesiama seketika.

“Abang sihat. Abang tak apa-apa. Intan tak perlu risau. Abang tak apa-apa.abang cuma letih je. Intan jangan risau ya. Dah lewat dah ni, pergi tidur.”

Ujar Haris lembut.

Tangan Intan kembali dilepaskan dan Haris bergerak menuju kebiliknya. Intan pegun disitu. ‘Abang?’seakan tak percaya Haris membahasakan dirinya Abang. Adakah itu tanda yang menunjukan Haris sudah mula menerimanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience