BAB 17

Romance Completed 16847

Haris menoleh kebelakang apabila terdengar pintu dibuka.

“Assalamualikum…”

Ucap Syamil dimuka pintu. Haris tersenyum.

“Waalaikumussalam. Dah masuk baru nak bagi salam.”

Sindir Haris. Syamil tersenyum sambil menutup semula pintu. Haris kembali memandang ke luar dari balkoni kondonya. Syamil bergerak ke dapur kondo itu dan menyimpan bekalan makanan yang dibawanya ke dalam peti ais.

“Makanan ni semua aku letak dalam peti ais.”

Laung Syamil dari dapur.

“Ha…”

Jawab Haris acuh tak acuh.Syamil menuang air kosong ke dalam gelas.Perlahan dia menghampiri Haris.

“Nah…”

Syamil menyerahkan segelas air kepada Haris.

“Terima kasih.”

Ucap Haris ringkas sambil menyambut huluran itu. Syamil memandang Haris lama. Wajah teman karibnya itu makin pucat. ‘kasihan Haris, tak pasal-pasal jadi mangsa kecuaian orang lain.’bisik Hati Syamil. Seketika kemudian kedengaran keluhan kecil dari Haris.

“Kenapa pulak ni?”soal Syamil.Haris tersenyum mendengar soalan Syamil itu.

“Tak ada apalah.”

“Haris, aku tahu ada sesuatu dalam fikiran kau sekarang ni. Ceritalah kat aku. Mana tau aku dapat tolong kau.”ujar Syamil pula.

“Kau dah banyak sangat tolong aku Syam. Aku ucap terima kasih banyak-banyak. Dahlah, tak payahlah kau tolong aku lagi. Kau pun perlukan masa untuk diri kau. Tak kan 24 jam kau asyik nak tolong aku je.”

“Haris, aku tolong kau ni ikhlas tau. Aku tak pernah terfikir nak minta balasan ke apa. Aku pun tak rasa yang pertolongan aku ni membebankan aku. Kau kawan baik aku sejak kita sekolah lagi. Aku dah anggap kau macam ahli keluarga kau sendiri.”

Haris tersenyum mendengar pengakuan ikhklas dari Syamil itu.Mereka berdua senyap seketika.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“…aku rindu kat Intanlah…”

Beritahu Haris perlahan. Syamil hanya mendengar. Sudah sebulan Intan melarikan diri dan sudah sebulan juga Haris menyembunyikan dirinya di kondomunium itu. Hanya Syamil dan Ikram yang tahu keberadaannya disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience