“Syamil!! Tolong, tolong beritahu saya di mana Haris.Tolong Syamil!”
Intan merayu pada Syamil.Syamil terpaku.Dia termati kata.
“Tolonglah abang Syam,Bagi tahu kami, mana abang Ery?”
Rayu Balqis pula.I ntan sudah mula menitiskan air mata. Tadi Intan menelefon Balqis untuk meminta antuannya mencari Haris. Lantas Balqis membawa Intan berjumpa dengan Syamil kerana mereka tahu hanya Syamil yang tahu tentang Haris.
“Intan, Balqis. Awak kena faham situasi saya, Haris tu satu-satunya kawan saya yang paling rapat dengan saya .Saya dah berjanji dengan dia untuk rahsiakan keberadaan dia. Maafkan saya, saya tak mungkin memungkiri janji saya.”
Ujar Syamil pula.
“Syamil..tolong Syamil. Saya akan menyesal seumur hidup kalau terjadi apa-apa pada Haris. Tolong Syamil, tolong.”
Rayu Intan lagi.
“Maafkan saya Intan. Saya tak boleh. Maafkan saya.”
Ujar Syamil sambil terus meninggalkan ruangan itu.
“Syamil..!!! Syamil!!!”
Laung Intan. Namun Syamil hanya terus berjalan tanpa menghiraukan Intan.
“Kak, sabar kak.”
Balqis menenangkan Intan.Intan menangis lagi.
“Kak, Qis tahu siapa yang boleh tolong kita.”
Ujar Balqis.Intan menongak memandang wajah manis Balqis.
“Siapa?”
Share this novel