BAB 20

Romance Completed 16901

“Akak, Akak tahu kat mana abang Ery?”

Tersentak Intan mendengar soalan dari Balqis itu. Intan hanya menggeleng perlahan.

“Dia dah hilang kak. Dia keluar dari Hospital senyap-senyap dan terus menghilangkan diri.”

Cerita Balqis lagi. Intan masih bungkam seakan tidak mahu ambil tahu.

“Kak Intan! Kak Intan ni kenapa?! Abang Ery tu suami akak, akak boleh buat tak tahu je macam ni?”

Balqis meninggikan suara. Intan tersentak.

“Balqis!! Qis tahu tak betapa sakit hati akak bila tahu dia dapat penyakit tu?! Akak kecewa tahu tak? Akak tak boleh terima dia berperangai macam tu dulu?!”

Intan sedikit berang.

“Berperangai macam mana?”

“Kalau dia tak buat benda-benda maksiat, dia tak akan dapat penyakit tu. Entah berapa ramai perempuan tidur dengan dia masa kat Amerika tu. Balik sini buat-buat alim.”

Selar Intan.

“Kakak!!!”

Balqis sedikit bengang bila Intan berkata begitu pada abangnya.

“Balqis kenal Abang Ery lebih lagi dari kakak. Dia tahu hukum hakam agama, dia tak akan buat benda-benda macam tu.!!”

Selar Balqis pula.

“Habis tu, macam mana dia boleh dapat penyakit kotor tu?!”

Balqis lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Sampul surat bersaiz A4 itu dicampak ke atas meja.

“Abang Ery terlibat dalam satu kemalangan di Amerika dulu. Dia kehilangan banyak darah. Dan salah satu pain darah yang diterimanya ketika dirawat dihospital tercemar dengan virus tu. Itulah sebab kenapa dia boleh dapat penyakit ni.”

Intan tersentak dengan kata-kata Balqis itu.

“Ini bil pembiayaan rawatan yang ditanggung oleh sebuah Hospital di San Francisco.”

Bentak Balqis.

Air matanya jatuh berlinangan. Dia sungguh kecewa dengan sikap Intan. Lantas Balqis bangun menuju ke tangga beranda rumah kayu itu.

“Baliklah kak. Sebelum terlambat.”

Balqis bersura lembut sebelum turun dari rumah tersebut. Perlahan pintu keretanya dibuka dan dia masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan dan dia beredar meninggalkan rumah itu. Intan memerhati Balqis pergi. Sebaik Balqis hilang dari pandangan, Intan mengambil Sampul surat yang diberikan oleh Balqis tadi. Perlahan sampul surat itu dibuka dan dikelurkan isinya. Air mata Intan mula berlinangan. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience