“tuk…tuk…tuk…”kedengaran pintu diketuk.
“masuk.”
Ujar Haris Huzairie. Seketika kemudian, pintu dikuak dan terjojol wajah Syamil mengukir senyuman. Haris Huzairie membalas senyuman itu.
“Nah…ini projek terbaru kita.”
Ujar Syamil sambil menyerahkan sebuah fail pada Haris Huzairie. Haris menyambut fail tersebut dan membeleknya.
“Rumah kedai?”
Syamil mengangguk.
“Kalau nak ikutkan aku, aku nak bagi projek ni kat Ikram. Aku nak kau duduk rumah diam-diam. Rehat je. Tapi kau yang bereia-ia nak uruskan projek tu.”
Ujar syamil sambil membelek-belek pelan banglo yang telah disiapkan oleh Haris Huzairie.
“Kau ni, macam nak berhentikan aku kerja je..”
Ujar Haris Huzairie seakan merajuk.Syamil tergelak kecil.
“Tak adalah macam tu, aku Cuma risau tengok kau ni.Makin hari-makin tak bermaya.”
“Aku masih mampu bekerja Syam. Aku ni ada tanggungan. Kalau aku tak kerja, siapa nak bagi Intan tu makan?”
Ujar Haris Huzairie pula. Syamil tersenyum mendengar kata-kata dari Haris itu. Syamil merenung Haris lama. Timbul perasaan kagum dalam dirinya. Haris begitu tabah mengharungi semua dugaan ini.
“Kenapa kau tenung aku macam tu?”
Soal Haris kehairanan.Syamil tersenyum lagi.
“Tak ada apa, cuma, aku rasa kagum tengok kau. Kau boleh tenang hadapi semua ni. Kalau akulah, dah lama aku cari mana-mana pulau terpencil yang tak ada orang dan menyorok kat situ.”
Ujar Syamil. Kini Haris pula ketawa kecil mendengar kata-kata Syamil itu.
“Kau ni, ada-ada je. Kalau macam tu, aku syorkan kau pergi Pulau Jerjak kat Pulau Pinang tu. Kat situ memang atak ada orang.”
Haris Huzairie berseloroh.Pecah tawa mereka berdua.
“Tapi aku serius ni, memang aku kagum tengok kau.”
Syamil mengulang kata-katanya tadi.Haris tersenyum Hambar.Dia diam seketika.
“Allah tak akan datangkan sesorang itu dugaan melainkan dia menyayanginya.Allah pun tidak akan menadatangkan dugaan yang tidak mampu dihadapi oleh umatnya.Itu janji Allah Syam.Ini semua dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku.Nak tak nak aku kena lalui.Aku tiada pilihan.Kadangkala hidup kita ini disajikan dengan pelbagai pilihan.Ada yang baik dan ada yang buruk.Tapi , kadang kala Allah hanya memberikan kita satu pilihan.Baik atau buruk, mahu tidak mahu, kita kena lauinya dan yang pasti itulah jalan terbaik untuk kita.Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni.”
Ujar Haris panjang lebar.Syamil memandang Haris Sayu.Haris sudah pasrah dengan segalanya.
“Lagipun, cuba kau fikir dari sudut positif, sekurang-kurangnya, aku berpeluang untuk bertaubat dan buat apa yang aku patut buat sebelum aku tinggalkan dunia ni.”
Tambah Haris.
“Kau janganlah cakap macam tu, aku sedih tau setiap kali kau cakap macam tu.”
Haris tersenyum mendengar kata-kata Syamil itu.
“Oklah, aku nak sambung balik kerja aku tu. Kau kalau tak mampu nak buat projek tu kau bagi tahu aku, aku boleh serahkan projek tu pada Ikram.”
“Tak apa, aku masih mampu nak buat.”ujar Haris Huzairie sambil tersenyum.
Share this novel