BAB 16

Romance Completed 16901

Perlahan Haris membuka matanya. Sudah dua hari dia tidak sedarkan diri. Pandangannya bertukar terang perlahan-lahan. Haris memerhati wajah-wajah di sekelilingnya.

“Haris…”

Kedengaran suara Syamil perlahan. Haris cuba mengukir senyuman. Haris memandang pula dua lagi wajah di sebelah kirinya. Balqis dan Ikram tersenyum memandangnya.

“Abang kat mana Qis?”

Soal Haris perlahan.Sebaik melihat keadaan asing disekelilingnya.

“Abang kat Hospital.”

Ujar Balqis perlahan air matanya mula menitis.

“Kau pengsan masa kau tidur.Intan yang bawa kau kesini.”

Sambung Syamil.

“Intan? Mana Intan?”

Soal Haris sambil melihat sekelilingnya mencari kelibat Isterinya itu. Syamil tertunduk. Begitu juga Balqis dan Ikram.

“Mana kak Intan, Qis?”

Soal Haris lagi.Balqis menggeleng perlahan.

“Apa dah jadi ni?! Tolonglah bagitahu aku?!”

Haris sedikit bengang. Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku. Dia bingung. Perkara terakhir yang dia ingat adalah malam ketika dia mengangkat Intan kebilik. Kemudian dia tidur dan apabila sedar, dia disini.

“Intan dah tahu penyakit kau. Bila dia dapat tahu, dia….dia terus lari. Kami tak tahu dia dimana sekarang. Mungkin dia dekat rumah keluarganya.”

Cerita Syamil.

“Intan dah tahu?”

Soal Haris seakan tak percaya. Pandangannya dialih pula pada Balqis. Seakan mengerti maksud pandangan Haris itu. Balqis mengangguk.

“Qis dah tahu bang. Umi dengan Abi pun dah tahu.”

Cerita Balqis perlahan.

“Qis ….tak marah dengan abang?”

Soal Haris perlahan.Balqis hanya terdiam. Ya, dia memang marah. Dia memang kecewa. Kecewa sangat. Dia tdak pernah menyangka Haris boleh dapat penyakit itu. Tapi dia juga tidak mampu menipu diri sendiri. Dia sayangkan Haris. Dia sayangkan satu-satumya abangnya itu. Haris baring kembali. Dia memejamkan mata, rapat. Mutiara jernih dari matanya mengalir keluar perlahan. Haris kembali membuka matanya. Dia merenung wajah-wajah di sekelilingnya.

“Qis…”

Panggil Haris lembut.Balqis memandang Haris.

“Boleh tolong ambilkan abang air?”

Balqis memandang ke meja kecil di tepi katil. Tiada air disitu.

“Qis pergi beli kejap ya bang.”

Ujar Balqis lalu berlalu keluar dari wad VIP tersebut.

“Ikram..”

Panggil Haris lagi selepas Balqis pergi.

“Ya, Encik Haris.”

Ujar Ikram sambil merapati Haris.Haris tersenyum mendengar panggilan itu.

“Tak payah panggil ‘Encik’ kita bukannya kat office, lagipun Bos kita ni dah pecat saya.”

Ujar Haris sambil menjeling pada Syamil.

“Bila pulak aku pecat kau.”

Bantah Syamil. Haris ketawa kecil. Begitu juga Syamil dan Ikram.

“Ikram, panggil abang je. Lagi pun, abang tahu, kamu suka kat Balqis kan?”

Duga Haris. Ikram tersentak. Merona merah wajahnya menahan malu. Haris tersenyum lagi.

“Janji dengan abang, tolong jaga Balqis elok-elok.”

Ujar Haris. Ikram tersentak lagi. Kehadirannya disitu pada asalnya hanya untuk menziarahi seorang rakan sekerja. Tak sangka lain yang jadi.

“Balqis tu nakal sikit.Nak kena ada orang yang selalu nasihatkan dia dan kawal dia. Kalau tak, jauh tersasar budak tu. Apa yang abang Nampak, kamu orang yang paling sesuai untuk jaga dia lepas abang dah tak ada.”

Ujar Haris lagi.

“Haris, kan aku dah kata jangan cakap macam tu!!”

Pintas Syamil. Dia memang tak suka kalau Haris menyebut tentang kematian. Haris tersenyum memandang Syamil. Pandangannya kembali dialih pada Ikram.

“Janji pada abang ya?”

Soal Ikram inginkan kepastian. Ikram bungkam. Dia tak tahu apa nak cakap.

“Ikram…”

“Baiklah, saya janji…abang.”

Ikram berjanji akhirnya. Haris tersenyum lega. Rasa terlepas bebannya. Haris memandang Syamil pula.

“Syam….boleh tolong aku?”soal Haris.

“Apa dia?”

Soal Syamil pula. Haris kembali memandang Ikram.

“Ikram boleh tolong abang sekali lagi?”

Soal Haris lagi. Ikram hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience