BAB 9

Romance Completed 16901

Tiga Bulan Kemudian.

Syamil menutup pintu biliknyanya perlahan.Langkah diatur menuju ke pintu Utama pejabat tersebut. Namun langkahnya terhenti. Dia memandang bilik Haris Huzairie. Masih berlampu. Syamil melangkah perlahan menuju kebilik tersebut. Pelahan pintu diketuk. Tiada respon.Sekali lagi pintu diketuk. Masih senyap.

“Ada orang ke tak ni?”

Soal Syamil sendirian.

“Haris…!!”

Sekali lagi pintu diketuk diikuti dengan panggilan dari Syamil. Masih sunyi seperti tadi. Syamil cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Perlahan pintu dibuka. yamil memerhati segenap ruang bilik. Tiada sesiapa.

“Haris…Haris…kalau nak balik tu tutuplah lampu…”

Rungut Syamil sambil menggelengkan kepala.

“Aku tak balik lagilah…”

Sergah Haris dari belakang.

“Masyaallah..!!!!”

Syamil terkejut. Haris Huzairie ketawa kecil melihat riaksi kawan karibnya itu.

“Engkau ni.!!! Nak gugur jantung aku ni tau tak…!!!”

Ujar Syamil sambil mengurut dadanya. Haris Huzairie selamba masuk ke dalam bilik itu dan duduk semula ditempatnya. Syamil turut masuk dan duduk dihadapannya.

“kau pergi mana tadi?”soal Syamil pula.

“aku pergi toilet jap..”ujar Haris selamba sambil memandang Syamil sekilas.

“dah pukul sebelas ni, kenapa tak balik lagi?”soal Syamil lagi.Haris Huzairie memandang Syamil lagi.

“Yang kau tu, kenapa tak balik lagi?”soal Haris Huzairie pula.

“aku nak siapkan lakaran pelan banglo baru Tan Sri Hasyim tu.Malas aku nak bawak balik.”jawab Syamil bersahaja.Haris hanya tersenyum kecil dengan jawapan kawannya yang juga majikannya itu.

“kau kenapa tak balik lagi?.Kasihan Intan tu kau tinggalkan sorang-sorang kat rumah.”

Soal Syamil lagi masih tak berpuas hati.Haris hanya diam sambil menghadap komputer ribanya.

“Haris, aku cakap dengan kau ni!!”

Syamil sedikit berang.Haris masih seperti tadi, menumpukan perhatian pada komputer ribanya.

“Ai…. ‘meja’ kenapa kau tak balik lagi ‘meja’.”

Syamil berlagak seakan-akan bercakap dengan meja tersebut.Haris Huzairie menoleh ke arah Syamil dan tergelak kecil.

“Hah…gelak pulak kau, dengar pulak aku cakap.Aku ingatkan aku bercakap dengan meja ni tadi.”

Ujar Syamil bersahaja.

“Aku dengarlah, aku belum pekak lagi.”

Balas Haris Huzairie.

“Dah tu?!”

Haris Huzairie mendiamkan diri lagi.Tak tahu samada dia ingin cakap atau tak. Dia memang merancang untuk pulang lambat. Dia tidak mahu terserempak dengan Intan Wirdayu.Syamil merenung temannya itu lama.

“Kau……kau ada masalah dengan Intan ek?”

Duga Syamil.

Dugaan Syamil itu membuatkan Haris Huzairie tersenyum.Tepat sungguh dugaannya.

“Kenapa ni? Ceritalah dekat aku.”

Pujuk Syamil. Haris Huzairie berhenti dari menaip. Dipandang muka temannya itu sejenak. Lantas dia menyandar pada kerusi sambil meraup wajahnya yang kelihatan pucat. Syamil masih setia menunggu mulut kawannya itu terbuka untuk mula berbicara.

“Entahlah Syam. Aku sebenarnya malas nak balik. Aku takut nak jumpa Intan.”

Ujar Haris Huzairie lemah.

“Kenapa?”

“Beberapa hari lepas, Intan dah mula panggil aku ‘Abang’, dia kata dia dah bersedia untuk menerima aku sebagai suami dia dan bersedia untuk menjalankan tanggunngjawabnya sebagai isteri kepada aku sepenuhnya.”

Haris Huzairie mula menceritakan masalahnya.

“….kau…jawab apa kat dia?”soal Syamil lagi.

“aku cakap…..baguslah.”

“itu je?”

Syamil mencari kepastian.Haris Huzairie mengangguk.

“Yang parahnya, aku rasa…….aku dah mula jatuh cinta pada dia.”

Bulat mata Syamil mendengar kata-kata dari Haris itu.

“Kau biar betul?! Kau jangan tambah masalah. Kau tau kan, kau tak boleh jatuh cinta pada dia dan bukan setakat pada dia, kau tak boleh jatuh cinta pada sesiapa pun.”

Syamil mengingatkan Haris huzairie.

“Aku tau Syam, aku tau tulah sebab aku masih ada kat pejabat ni pada waktu ni,aku nak elakan diri dari dia, mungkin dengan cara ni ,aku dapat lupakan perasaan aku pada dia.”

Syamil mengeluh lembut mendengar kata-kata dari Haris itu.Dia begitu bersimpati dengan Haris Huzairie, orang lain begitu seronok dan bahagia bila dilamun cinta, tapi tidak untuk Haris Huzairie.Hanya dulu dia bahagia bila dilamun cinta, kini, jatuh cinta adalah sesuatu yang amat perit untuknya.

“Dah lah….sabarlah Haris. Aku sentiasa da dibelakang kau. Aku tau kau mampu lalui semua ni.”

Syamil memberikan semangat. Haris hanya tersenyum dengan kata-kata Syamil itu. Syamil adala satu-satunya orang yang tahu tentang masalahnya. Syamil sentiasa bersamanya sejak dia mengetahui tentang berita itu. Kalau bukan kerana Syamil juga, dia tak mungkin akan dapat pekerjaannya sekarang ni. Tiada siapa yang mahu mangambil orang sepertinya sebagai pekerja.

“Kau ni dah makan ubat ke belum. Makin pucat aku tengok muka kau ni.”

Soal Syamil lagi.

“Dah…kau janganlah risau sangat.Lagi pun aku makan ke, tak makan ke, sama jugak.tak ada bezanya.”

Ujar Haris Huzairie bersahaja.

“Kau janganlah cakap macam tu, ajal maut ditangan tuhan.”

Kata-kata Syamil itu disambut senyuman hambar dari Haris huzairie.

“Oklah, kau nak duduk kat sini sampa bila? Tak nak balik? Aku nak balik ni.”

“Aku nak siapkan ni sikit, dah siap nanti aku baliklah.”

Jawab Haris Huzairie.Syamil bangun dari duduknya dan mengambil semula beg yang diletak di lantai sebentar tadi.

“oklah aku balik dululah.”ujar Syamil sambil bersalaman dengan Haris.

“Elok-elok jalan.”

Balas Haris Huzairie.Syamil memulas tombol pintu dan berlalu keluar namun, beberapa saat kemudian pintu itu kembali terkuak.Haris Huzairie memandang ke arah pintu.Kelihatan Syamil sedang berdiri tegak dipintu.

“Apa lagi?”

Soal Haris Huzairie.Syamil tersenyum.

“jangan balik lambat sangat, aku dengar cerita, office ni berhantu.Jaga-jaga.”ujar Syamil sambil tersenyum.

“Ada-ada je kau ni.Dah pergi balik!!”

ujar Haris Huzairie seakan menghalau. Kedengaran tawa Syamil memecah kesunyian pejabat tersebut. Syamil kembali menutup pintu bilik Haris dan berlalu pergi dengan tawa yang masih tersisa. Haris Huzairie tersenyum lebar sambil menggelengkan kepala. Kelakar betul Syamil ni.Ada saja modal nak buat Haris ketawa. Haris tahu Syamil sedang cuba menghiburkan hatinya supaya di tidak terlalu tertekan dengan masalahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience