BAB 22

Romance Completed 16901

Intan mengheret begnya keluar dari bilik. Dia tekad, dia perlu pulang kepada Haris. Tempatnya bukan disini, tempatnya bersama Haris.

“Nak ke mana ni Intan?”

Soal Puan Suraya yang baru datang dari dapur.

“Ibu…”

Intan berjalan perlahan mendapatkan ibunya.Perlahan tubuh Puan Suraya dipeluk.Puan Suraya hanya membalas pelukan itu.

“Ibu, Intan nak balik .Intan nak minta maaf kat Abang Haris.”

Ujar Intan. Puan Suraya tersenyum. Akhirnya terbuka juga hati anaknya ini untuk pulang ke pangkuan suaminya.

“Yalah, pergilah nak, memang itu yang patut kamu buat dari dulu lagi.”

Ujar Puan Suraya lembut sambil membelai lembut bahu Intan.

“Intan pergi dulu Ibu.”

Intan meraih tangan Puan Suraya lalu disalami. Intan mengambil semula begnya dan bergerak untuk pergi. Sampai di pintu, Intan termati langkah seketika. Encik Syafie muncul dipintu. Perlahan tangan encik Syafie juga diraih dan disalami.

“Intan nak balik Ayah.”

Ujar Intan perlahan. Usai bersalam. Intan berjalan perlahan ke beranda rumah. Baru sahaja kakinya menjejak ke anak tangga yang pertama Encik Syafie memnaggilnya.

“kamu nak keluar dengan apa?”

Soal Encik Syafie. Intan hanya terdiam. Niatnya hanya mahu berjalan kaki ke jalan besar sebelum mendapatkan bas.

“Jom, ayah hantar ke Bandar. Kamu naik bas dari sana ke KL.”

Ajak Encik Syafie sambil menuruni tangga dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir dibawah rumah. Intan Memandang Puan Suraya yang berdiri memerhati di pintu. Puan Suraya tersenyum dan mangangguk. Intan membalas senyuman itu dan lantas mengatur langkah menuju ke kereta Encik Syafie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience