BAB 23

Romance Completed 16847

Tergesa-gesa Intan Wirdayu keluar dari perut teksi. Kelihatan kereta milik Haeis Huzairie masih ada diluar. Segaris senyuman terukir diwajahnya. Air matanya dikesat. Pintu pagar ditolak, namun berkunci. Intan Wirdayu membuka mangga di pintu pagar itu. Jantungnya mula berdetak laju. Seaakan ada yang tak kena. Langkah diatur laju menuju ke pintu. Terkocoh-kocoh pintu besar itu di buka.

“Abang…Abang Haris….”

panggil Intan sebaik melangkah masuk.Langkahnya diatur naik ke tingkat atas.

“Abang…”

Panggil Intan lagi. Air matanya jatuh semula. Hatinya yang sedikit tenang tadi kembali bergolak.

“tuk…tuk…tuk….”pintu bilik Haris diketuk.

“Abang, ini Intan Bang.Bukak pintu…”

Ujar Intan Wirdayu perlahan sambil mengetuk pintu bilik Haris Huzairie. Namun tiada tindak balas. Intan Wirdayu memberanikan diri. Perlahan Pintu bilik Haris itu dibuka. Kosong. Haris tiada di dalam. Intan berjalan masuk memerhati bilik itu. Kemas. Seakan tiada orang yang tinggal tinggal disisni. Perlahan langsir balkoni di buka untuk membenarkan cahaya masuk. Lantas Intan terpandang sesuatu di atas meja lukis Haris Huzairie.Tertera di atas sampul surat bersaiz A4 itu ‘Untuk Isteriku yang tercinta, Intan Wirdayu Syafie.’Perlahan Intan Wirdayu mengambil sampul itu dan membukanya. Terdapat, buku bank, geran rumah dan geran kereta. Terdapat juga sepucuk surat di dalamnya. Intan meletakan semula kesemua itu, hanya surat itu sahaja yang diambil dan dibaca.

Assalamualaikum.

Intan apa khabar, sihat? Harap Intan sihat. Ibu dan Abah macam mana?

Sebenarnya, sejak awal perkahwinan kita dulu, abang telah dapat agak ini semua akan berlaku. Tapi, tak apa, abang sudah bersedia untuk semua tu. Maafkan abang. Kerana abang, Intan terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS dan HIV positif. Seperti yang abang katakan dulu, abang terpaksa buat semua ni. Abang tak marah kalau Intan takut dengan abang selepas ni. Siapa yang tak takut dengan seorang penghidap penyakit kotor macam abang ni. Hidup abang memang sudah tidak lama lagi. Bila-bila masa saja abang akan dijemput tuhan. Tapi mungkin Intan tak sanggup menunggu sebegitu lama sehingga saat itu tiba, jadi bersama dengan surat ni, abang sertakan dengan surat cerai. Abang sudah pun menandatangani surat itu. Intan tandatangan surat tu dan serahkan pada Syamil. Dia akan uruskan semuanya.Bila semua dah selesai Intan bebas untuk membuat apa sahaja.

Bersama dengan surat ini juga abang sertakan geran, rumah, geran kereta dan buku bank simpanan abang. Semua tu abang dah tukarkan atas nama Intan. Ambillah semua tu. Kalau Intan tak mahu menganggapnya sebagai hadiah perkahwinan, Intan anggaplah itu pampasan kerana Intan terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS.

Sekali lagi Abang mohon maaf sebab terpaksa buat Intan jadi begini. Percayalah, memang bukan niat abang. Abang ucapkan terima kasih sebab Intan telah jadi isteri yang baik untuk abang. Sampaikan salam maaf abang pada Umi, Abi, Ibu dan Abah, cakap pada mereka abang minta maaf sebab tak boleh jadi anak dan menantu yang baik untuk mereka. Sampaikan pada Balqis, abang saying sangat pada dia.

Akhir sekali, untuk Intan, mungkin abang tak berpeluang nak ucap semua ni dengan mulut abang sendiri. Intan, abang benar-besar cintakan Intan. Cinta sangat-sangat. Intan telah buat sisa hidup abang ni lebih bermakna walaupun kita tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Terima kasih atas segalanya. Intan tak perlu cari abang lagi. Biarlah abang pergi sendiri abang tak mahu menyusahkan orang lain. Intan, semoga kita dipertemukan lagi di syurga. Love you Intan. Assalamualaikum.

Dari suamimu yang jauh..

Haris

Haris Huzairie Mohd Amin

Kaki Intan Wirdayu lemah tiba-tiba. Dia terjelopok ke lantai. Air matanya menitis laju. Seakan tiada lagi harapan untuknya untuk bertemu kembali dengan Haris Hizairie.

“Abang…maafkan Intan bang….”

Intan Wirdayu merintih sendiri.Perlahan Intan bengun semula dan mengatur langkah turun kebawah.Tiada apa yang boleh dibuatnya dirumah itu lagi.Dia perlu cari jalan untuk mencari Haris Huzairie.Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Lantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam tas tangan. Nombor didail dan diletakan telefon itu ditelinga.

“Helo, Balqis…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience