Haris Huzairie menyidai sejadah di ampaian.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.Dia menuju ke almari pakaian.Dia mahu bersiap untuk keluar makan malam.Baru sahaja songkoknya ditanggalkan dia terbau sesuatu dari luar.Perlahan pintu bilik dibuka.Ya benar , memang ada bau dari arah dapur.Haris Huzairiue meninggalkan biliknya dan menuju ke dapur.Sebaik sampai, dia terpaku seketika.Kelihatan Intan Wirdayu sibuk menyiapkan hidangan makan malam.Dia tersenyum sendiri.
“eh…awak dah habis solat.Duduklah dulu.Saya hidangkan makanan sekejap.”ujar Intan Wirdayu lembut.
Haris Huzairie duduk di meja makan. “awak tak perlu buat semua ni.Saya boleh makan kat luar.”ujar Haris Huzairie lembut.
Intan Wirdayu datang lalu menghidangkan nasi. “walaupun saya berkahwin dengan awak bukan dengan kerelaan hati.Tak bermakna saya terkecuali dari tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.Saya dah diberikan pendidikan yang cukup.Saya tahu tanggungjawab saya.”ujar Intan Wirdayu.
Haris Huzairie tersenyum senang.
Selesai menyenduk nasi, Intan Wirdayu meninggalkan Haris disitu.
“tak makan sekali?soal Haris Huzairie.
“saya nak solat dulu.”ujar Intan Wirdayu ringkas dan terus mendaki tangga naik ke bilik.
Haris Huzairie berjalan perlahan menuju ke balkoni dibiliknya.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak.Haris Huzairie merenung langit.Kosong langit malam ni.Pandangannya teralih ke bawah.Terlihat Intan Wirdayu berada di wakaf yang dibina di hadapan rumah banglo dua tingkat itu.Haris Huzairie tersenyum memandang Intan Wirdayu.Lalu pandangannya kembali teralih ke hadapan.
“kau gila?! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Come on.Haris wake up!!”Syamil sedikit meninggikan suara.
“aku sedar Syam.Aku tahu apa yang aku buat.”Jawab Haris Huzairie perlahan.
“habis tu, kenapa kau setuju nak kahwin?”selar Syamil.
“Syamil.Kau kawan baik aku.Tolonglah faham keadaan aku.I have to do it Syam, I have to…”tegas Haris.
Syamil membisu seketika.Begitu juga dengan Haris Huzairie. “tapi, kau akan menganiaya gadis tu.Kasihan dia.”
“kau ingat aku suka buat semua ni? Kau tak ada ditempat aku.Kau tak faham perasaan aku.Ini sahaja yang mampu aku buat untuk Umi dan Abi aku.Mereka berharap sangat aku dapat kahwin dengan anak kawan Abi aku tu.Aku tak ada pilihan.Dan aku pun dah tak ada masa.Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan.”
Syamil terdiam. ada benarnya kata-kata Haris Huzairie itu. “ok, kalau itu sahaja jalan yang ada.Aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang.Tapi kau tahukan apa yang patut dan tak patut kau buat?”
Haris Huzairie mengangguk perlahan.
Syamil datang duduk disebelah Haris Huzairie. “Haris, ingat.Kau dah terpaksa heret gadis tu masuk dalam masalah kau.So, tolong jangan buat hidup dia bermasalah.Layan dia sebaik mungkin.Aku sebagai kawan baik kau akan sentiasa menyokong kau dari belakang.”ujar Syamil lembut sambil menepuk belakang Haris Huzairie
Share this novel