BAB 2

Romance Completed 16901

Intan Wirdayu berlari-lari anak masuk ke biliknya.Air matanya turun laju.Hancur hatinya bila mendengar kata-kata ayahnya tadi.Ibunya datang menyusur dari belakang dan duduk disebelah Intan Wirdayu.

Puan Suraya membelai lembut belakang badan Intan Wirdayu untuk menenangkannya.

“Intan tak nak kahwin dengan dia bu.Intan dah ada pilihan Intan sendiri.”ujar Intan dalam esak tangisnya.

“Intan, dengar cakap ibu.Tak rugi kamu kahwin dengan Haris tu.Orangnya berpelajaran tinggi, gaji besar, kacak lagi.Dah lima tahun dia kerja kat Amerika.Simpanan dia mesti banyak.Tak rugi Intan, kamu kahwin dengan dia.Cerah masa depan kamu nanti.”

“Ibu, Intan tak nak kahwin dengan dia.Intan tak kenal pun dia.Lagipun Izkandar macam mana nanti?”

“Intan, Kamu tak perlu risau.Ibu dengan Abah kenal dengan Haris tu.Kami tahu dia baik orangnya.Tentang Izkandar, biarkanlah dia cari orang lain.Ramai lagi gadis kat luar sana.”

“Abah tak peduli.!Abah dah kenal Haji Amin tu lama.Abah dah janji dengan dia.Mahu tak mahu, suka tak suka kamu tetap kena kahwin dengan Haris.Muktamat”Ujar Encik Syafie lantang yang dari tadi berdiri tegak dipintu.

Intan Wirdayu terdiam seribu bahasa.Dia kenal benar dengan abahnya itu.Kalau putih, putihlah jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience