BAB 15

Romance Completed 16892

Intan Wirdayu berlari-lari anak mendapatkan Doktor Syafiq. Syamil, Balqis, Haji Amin dan Hajah Safiah mengekori dari belakang.

“Suami saya macam mana Doktor.”

Soal Intan dalam tangisnya. Doktor Syafiq merenung Intan lama. Intan semakin resah.

“Puan ni isteri Encik Haris?”

Soal Doktor Syafiq.Intan Mengangguk laju.

“Puan tolong ikut saya sebentar.”

Ujar Doktor Syafiq.Intan akur dan mengekori Doktor tersebut. Ahli kelurga Haris yang lain masuk ke dalam wad untuk melawat Haris.

“Puan, saya terpaksa melakukan pemeriksaan keatas puan.”

Ujar Doktor Syafiq sebaik mereka sampai ke bilik Doktor Syafiq.

“Kenapa ni Doktor? Suami saya sakit apa?”

Soal Intan sediki panik. Namun dia akur dan mengikut semua jenos pemeriksaan yang dijalankan.

“Sampel darah ni saya akan bawa ke makmal dan tak lama lagi kita boleh tahu keputusannya.”

Ujar Doktor Syafiq lagi selepas mengambil sampel darah dari Intan.

“Puan ada anak?”

Soal Doktor itu lagi.Intan menggelang.

“Kenapa ni Doktor? Tolonglah bagi tahu saya. Suami saya sakit apa? Kenapa pula saya kena buat semua ujian ni?”

“Puan, suami puan adalah penghidap AIDS dan HIV positive. Saya takut Puan akan dijangkiti oleh penyakit tu. Itulah sebab puan perlu menjalani semua ujian tadi supaya dapat dikesan dari awal.”

Terang Doktor Syafiq. Intan terpempan. Dia tersandar pada kerusi seakan tak percaya.

“Dok…Doktor cakap apa tadi? H…HIV?”

Perlahan Doktor Syafiq mengangguk. Intan berasa seakan masa depannya gelap. Harapan untuk hidup bahagia dengan Haris punah. Hatinya hancur. Dia berasa tertipu. Rupanya Haris bukanlah sebaik yang disangka. Intan bangun dan terus keluar dari bilik Doktor Syafiq. Dia menyandar pada dinding. Air matanya jatuh laju. Dia benar-benar kecewa. Dia langsung tak pernah menyangka yang haris adalah orang yang sebegitu. Langkah diatur laju.Intan berlari meninggalkan Hospital itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience