BAB 14

Romance Completed 16847

Intan menuruni tangga perlahan sambil mengikat rambutnya. Niatnya mahu kedapur terbantut apabila telefon berbunyi. Intan melirak ke arah jam dinding.Jam menunjukan pukul 8.15 pagi.

“Siapa pulak yang telefon awal-awal pagi ni?”

Soalnya sendiri. Langkah diatur ketefon dan perlahan gagang cordless phone itu di angkat.

“Assalamualaikum.”

Intan member salam.

“Waalaikumussalam.Intan ya?”

Soal suara lelaki di hujung talian.

“Ya, siapa ni?”

Soal Intan kembali.

“Syamil, ingat lagikan?”

“Ohh…Syamil. Mestilah ingat. Kenapa ya?”

“Haris ada kat rumah?”

Soal Syamil. Intan mengerutkan dahi. Kebiasaannya, awal-awal pagi lagi Haris sudah ke tempat kerja.

“Selalunya, awal-awal pagi lagi dia dah ke tempat kerja. Dia tak ada kat Offiece ke?”

Soal Intan pula.

“Dia tak ada. Tu yang saya call ni.”

Balas Syamil pula. Intan melirik ke luar rumah. Dia ternampak kereta Haris masih berada diluar.

“Sekejap, saya periksa dulu. Nanti saya telefon balik.”

Ujar Intan lantas dia meletakan semula gagang telefon. Dia mula berasa tak sedap hati. Dia cemas. Lantas langkah diatur ke tingkat atas semula. Pintu bilik Haris diketuk.

“Abang…”panggil Intan.

“Abang…abang ada kat dalam ke?”

Soal Intan lagi sambil mengetuk pintu bilik Haris sedikit kuat dari tadi. Masih senyap. Intan lantas memulas tombol pintu bilik tersebut. Kelihatan Haris masih terbaring diatas katil. Intan menghampiri Haris. Wajah Haris ditenung lama. Pucat sungguh. Bibir merahnya menjadi putih seakan tiada langsung darah mengalir ke situ. Intan Wirdayu resah.

“Abang..”Intan menggoncang sedikit tubuh Haris.

“Abang..!!!”Haris masih diam.Kaku tubuhnya.

“Abang!!!”

Intan menggoncang dengan lebih kuat.Masih tiada tindak balas.Haris Huzairie tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience