BAB 19

Romance Completed 16891

Syamil membuka pintu kondo milik Haris. Dia memang diberikan kunci oleh Haris supaya dia bebas keluar masuk. Syamil baru sahaja pulang dari rumah banglo milik Haris. Segala urusan tukar milik banglo tersebut dan kereta milik Haris telah pun selesai. Dia ke banglo tersebut untuk meletakan semula geran rumah dan geran kereta ditempat seperti yang diminta oleh Haris.

“Assalamualaikum.”

Syamil memberi salam. Syamil duduk disofa diruang tamu dan membuka televisyen.

“Haris…”panggil Syamil.

Tiada sebarang sahutan.

“Haris!!!”

Panggil Syamil dengan suara sedikit meninggi. ‘kemana pulak Haris ni, keluar ke?’ soalnya sendiri. Syamil melirik ke arah jam tangannya. ‘dah pukul 12.00, tak kan tidur lagi?’ ujar Syamil lagi. Syamil bangun dan menuju ke bilik Haris. Perlahan pintu di ketuk. Tiada tindak balas.

“Haris..”

Panggil Syamil lagi sambil mengetuk pintu. Masih tiada jawapan. Perlahan pintu bilik Haris dibuka. Mata Syamil melilau mencari Haris .Tiada. Haris terpandang pintu bilik air didalam bilik itu terbuka dan terdengar juga bunyi air. Syamil mengerutkan dahi. ‘tengah mandi ke? Tapi takan pintu dibiar terbuka kot.’

“Haris..”

Panggil Syamil lagi sambil mendekati bilik air itu.

“Haris!!”

Syamil kaget. Haris terbaring lesu didalam bilik air. Haris pengsan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience