BAB 10

Romance Completed 16901

Perlahan Haris Huzairie membuka pintu rumahnya, jam tepat menunjukan pukul satu pagi.Pintu kembali ditutup dan dikunci.Niatnya mahu terus naik biliknya.Namun niatnya mati.Dia ternampak sekujur tubuh terbaring diatas sofa.Sayu Haris memandang tubuh itu.Haris Huzairie memandang pula meja makan,kelihatan makanan sudah siap terhidang.Haris duduk disisi sekujur tubuh itu.Haris memandang wajah isteri yang sudah dinikahinya enam bulan dulu.Perlahan Haris Huzairie menyentuh pipi putih milik Intan Wirdayu.Rambut lurus yang berjuraian di wajah Intan diselak perlahan.

‘cantik sungguh awak Intan, bertuah siapa yang dapat memiliki awak. Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’

Ujar Haris Huzairie perlahan sambil membelai lembut rambut Intan Wirdayu.

“abang dah balik..”

Intan Wirdayu terjaga.Teguran Intan itu mengejutkan Haris Huzairie sehingga dia jatuh terduduk dilantai.

“aduh….!!”

Haris Huzairie mendengus perlahan.

“abang buat apa duduk kat bawah tu?”

Soal Intan Wirdayu Hairan.

“Tak…tak..ada apa-apa.”

Ujar Haris Huzairie sambil berdiri. Intan Wirdayu turut bangun. Perlahan tangan Haris Huzairie diraih dan disalami. Beg dan blazer milik Haris dicapai. Penuh sopan santun. Haris Huzairie terdiam. Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan isterinya itu.

“Abang dah makan? Intan dah siapkan makanan tu.”

Ujar Intan Wirdayu sambil menarik tangan Haris menuju ke meja makan.

“Slamak bang, dah sejuklah, sekejap ek, Intan panaskan. Abang duduklah dulu.”

Ujar Intan lembut.Intan meletakan blazer dan beg Haris diletak di kerusi.

”Intan..”

Panggil Haris.Intan berpaling ke arahnya.Haris mengambil semula blazer dan begnya.Intan Wirdayu hanya memerhati gerak geri Haris.

“awak tak payah susah-susah.Saya dah makan dah.Awak simpan je semua ni.”

Ujar Haris Huzairie perlahan.

“Ta…tapi….”

“Esok awak dah tak perlu siapkan makanan.Tak payah tunggu saya.Saya akan selalu balik lambat selepas ni.”

Ujar haris lembut memintas kata-kata Intan Wirdayu. Lantas terus meninggalkan Intan dan naik ke atas. Intan Wirdayu memerhati langkah suaminya sehingga hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience