BAB 26

Romance Completed 16901

Haris Huzairie membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Hanya Intan yang berada disebelahnya. Setia menemani Haris.

“Intan, mana yang lain?” Soal Haris.

“Umi dengan Abi pergi makan sekejap dengan Balqis dan Ikram. Syamil dia kata dia nak keluar sekejap. Tak tahulah mana dia pergi. Ibu dan Abah balik ke rumah kita sekejap.”

Cerita Intan lembut. Haris memandang tepat ke syiling. Dia merasakan yang fikirannya kosong. Tak ada apa yang dia fikirkan.Intan meraih tangan Haris lalu digenggam dan dikucup lembut.Keadaan Haris semakin memburuk. Dia sudah kurang bercakap.Haji Amin, Hajah Safiah, Encik Syafie dan Puan Suraya sudah tahu tentang keberadaannya di hospital swasta itu dan sudah acap kali juga mereka datang melawat.

“Intan..”panggil Haris lembut.

“Ya bang..”

“Tolong bacakan Yasin untuk abang.”

Pinta Haris. Intan Wirdayu tersentak dengan permintaan Haris itu.

“Abang..!”

Intan mengerutkan dahi. Haris memandang wajah Intan. Ditenung wajah isterinya itu lama.

“Tolong Intan.”

Ujar Haris lagi. Intan akur. Dia mengeluarkan buku Yasin dari dalam beg tangannya. Perlahan Intan mula membaca Yasin tersebut.

“Sodaqallahul Azim.”

Intan menamatkan bacaanya. Buku Yasin tersebut kembali diletak di dalam beg. Intan memandang semula suaminya. Intan tersentak. Mata Haris terpejam rapat.

“Abang…”

Panggil Intan sambil menggerakan sedikit tubuh Haris. Tiada tindak balas.

“Abang!!!”

Intan bersuara sedikit kuat. Masih tiada tindak balas. Intan memegang tangan Haris. Sejuk. Intan lantas berlari ke pintu wad.

“Nurse…tolong Nurse!!! Suami saya…”

Intan panik.Intan meminta tolong dari seorang jururawat yang kebetulan berada disitu.

“Kenapa Puan?”

“Suami saya…”

Intan sudah mula mengalirkan air mata.

“Sebentar puan saya panggilkan doktor.”

Ujar Jururawat tersebut. Sebentar kemudian Jururawat itu kembali bersama seorang Doktor.

“Puan tunggu disini sebentar.”

Ujar Jururawat itu. Intan Akur. Dia menunggu diluar wad. Intan mundar-mandir dihadapan wad. Sekejap dia duduk di kerusi di luar wad, kemudian dia bangun dan bermundar-mandir semula. ‘Ya Allah, selamtkanlah suamiku.’Intan berdoa didalam hatinya.Lima minit kemudian, pintu wad dibuka.Intan meluru mendapatkan doktor tadi.

“Macam mana suami saya doktor?”

Soal Intan kerisauan.

“Maaf Puan…”

Itu sahaja yang mampu doktor itu katakan. Intan terkesima. ‘Ya Allah.’hatinya merintih. Dia melihat kedalam. Jururawat tadi sedang menutup muka Haris Huzairie dengan selimut. Selesai menutup wajah Haris. Jururawat tadi bergerak ke arah Intan.

“Sabar ya puan.”

Ujar jururawat itu lembut sambil mengusap bahu Intan sebelum pergi meninggalkan wad itu. Intan berasa kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri. Dia rebah Intan terjelopok ke lantai. Air matanya mengalir laju. Baru sahaja dia ingin merasai kasih dari seorang suami namun kesempatan itu telah ditarik semula oleh yang Maha Berkuasa. Dalam pada masa yang sama, Syamil sampai. Buah-buahan yang dibawanya terlepas dari pegangan. Dia memandang Haris yang telah terbaring kaku di atas katil. Air mata lelakinya jatuh lagi. Syamil menghampiri tubuh Haris yang ditutupi selimut. Perlahan selimut tang menutupi wajah Haris itu dibuka. Makin laju air mat lelakinya jatuh.

“Innalillah Wainnalillah Hirrojiun.”

Ucapnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience