BAB 18

Romance Completed 16823

Puan Suraya menghampiri anak tunggalnya yang sedang duduk termenung di beranda rumah.

“Intan.”tegur Puan Suraya lembut sambil memegang bahu Intan.

“Eh…Ibu.”

Intan tersenyum.

“Apa dimenungkan tu?”soal Puan Suraya.Intan hanya tersenyum hambar.

“Intan, Ibu nak cakap sikit ni…”ujar Puan Suraya.Intan memandang Ibunya itu.

“Sah sebulan Intan, kamu tak nak balik ke?”Intan tersentak dengan soalan itu.

“Ibu, Intan belum boleh terima lagi bu. Intan tak sangka dia boleh dapat penyakit kotor macam tu. Entah apa yang di buat dekat Amerika tu sampai dia boleh dapat penyakit tu. Lepas tu balik sini berlagak alim.”

Ujar Intan lantang.

“Astaghfirullah al-azim.Intan!! Kamu sedar tak apa yang kau cakap ni? Haris tu suami kamu!!”

Puan Suraya sedikit meninggikan suara.

“Ibu, kalau dia tak buat perkara-perkara maksiat macam tu, macam mana dia dia boleh dapat penyakit tu?! Intan tak boleh teriam Bu, Intan tak boleh.”

“Sudah tu Su, biarkan dia. Kita dah bagi dia Ilmu yang cukup. Macam dia tak tahu apa hukumnya seorang Isteri keluar rumah tanpa izin suami. Inikan pulak lari dari rumah. Sudah biarkan dia. Biar dia fikir sendiri. Dah mati laki dia tu nanti, baru dia tahu langit ti tinggi ke rendah!!”

Marah Encik Syafie. Lantas dia melangkah ke motorsikalnya dan terus menghidupka enjinnya dan bergerak meninggalkan rumah kayu itu menuju ke surau untuk solat asar berjamaah. Encik Syafie memang kecewa apabila mendapat tahu penyakit Haris. Tapi dia lebih kecewa dan marah dengan tindakan Intan lari ke sini, meninggalkan Haris keseorangan. Intan terpana dengan kata-kata Encik Syafie tadi. Begitulah layanan Encik Syafie sejak dia balik ke rumah itu. Puan Suraya mengusap-usap belakang Intan menenangkannya. Air mata Intan mengalir laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience