BAB 7

Romance Completed 16847

Intan Wirdayu sibuk membelek barang yang dipamerkan di pasaraya besar itu.Haris Huzairie membontoti dari belakang sambil menolak troli.Sedang asyik membelek tiba-tiba Intan terlanggar seseorang.

“Maaf mak cik.”

Ujar Intan lembut sambil membantu wanita yang berusia separuh abad itu mengutip semula buah tomato yang bertaburan.

“Maaf mak cik, saya tak sengaja.Makcik tak apa-apa?”

Intan Wirdayu berasa bersalah.Haris Huzairie menghampiri Intan Wirdayu.

“Mak cik tak apa-apa.”ujar wanita itu lembut.

“Kenapa ni?”

Soal Haris Huzairie pula. Baru sahaja Intan ingin menjawab soalan Haris Huzairie itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.

“Mak tak apa-apa?”

Soal lelaki tadi pada wanita terbabit.

“Mak tak apa-apa.sikit je tu.”

Ujar wanita itu kembali.

Lelaki tadi memandang pula Intan Wirdayu. Dia terpaku seketika.

“…Ayu…”

Ujar lelaki itu. Intan Wirdayu masih pegun. Matanya sedikit berkaca. Hampir tiga bulan dia tidak melihat wajah yang pernah mengisi hatinya dulu.

“Kenal ke?”

Soal Haris Huzairie.Soalan dari Haris itu menyedarkan Intan Wirdayu dari lamunannya.

“…ha….abang kenalkan, ini….ini Izkandar….Iz, ini suami saya, Haris.”

Haris Huzairie bersalaman dengan Izkandar sambil tersenyum.

“Oh ya. Ayu, Haris ini mak saya.”

Izkandar memperkenalkan ibunya.Giliran Intan Wirdayu bersalaman dengan ibu Izkandar.

“Baiklah, Iz, Mak cik, kami minta diri dulu.”

Ujar Intan Wirdayu ringkas sambil terus berlalu pergi.Haris Huzairie membontotinya.

“Pergi dulu.”

Sempat Haris Huzairie meminta diri sambil tersenyum.Izkandar memandang Intan Wirdayu pergi sehingga susuk tubuk kecil itu hilang disebalik rak-rak besar di pasaraya itu.

“Siapa tu Iz?”soal wanita tadi pada Izkandar.

“kawan.”ujar Izkandar ringkas.

Intan Wirdayu melangkah laju meninggalkan tempat pertemuannya dengan Izkandar tadi.Haris Huzairie juga terpaksa berlari-lari anak untuk menyaingi Intan Wirdayu.

“jadi itulah Izkandar? Kacak orangnya.”

Ujar Haris Huzairie.Intan Wirdayu memandang Haris Huzairie.

“Saya tahu, Izkandar tu kekasih awak sebelum awak terpaksa kahwin dengan saya.kan?”

Intan Wirdayu kembali mengalihkan pandangannya kehadapan.

“Awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak. Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”

Ujar Haris Huzairie selamba sambil tersenyum. Intan Wirdayu kembali memandang Haris Huzairie. Dari awal perkahwianan mereka, Haris asyik menyebut ‘bila tiba masanya nanti’ apa maksud dia? Itulah persoalan yang terukir dibenak Intan Wirdayu sejak hari pertama perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience